Khamis, 19 Mei 2011

Sinki.

Kamu tahu, Idris Kadir dah naik bosan dah dengan masalah sinki tersumbat di rumahnya.Asyik-asyik masalah, sikit-sikit air melimpah, bertakung. Idris Kadir dah tak tahan dah asyik nak kena membazir kredit teleponnya menelepon tukang paip atau plumber bagitau rosak itu ini. Tambah pulak nak kena keluar duit lagi upah repair. berasap je satu badan "abang Ris"(kalau Idris Kadir naik berang, orang selalu gelar dia dengan abang Ris) dengan masalah yang melanda dirinya.

Tapi kali ni Idris Kadir cuba tenangkan diri. Dipraktikkannya sekejap amalan taichi selama seminit dua, sementara dalam proses bertenang..agak-agak dah lapang dada, pemikiran pun dah terbuka, Idris Kadir nak buat sendiri kali ni. Nak repair sendiri sinki tersumbat. bukan susah pun. Apa guna ada kemahiran kejuruteraan dari Universiti dan ilmu kemahiran hidup masa kat sekolah dulu kalau tak di gunakan. Tiba-tiba berduyun-duyun idea datang ke kepala Idris Kadir. sambil petik jari tanda bagus, Idris Kadir memulakan kerja.

Power tak powernya skill Idris Kadir, lebih kurang sejam 20 minit jer masalah dah settle. selepas menekan butang stop untuk menghentikan catatan masa dekat handphone, Idris Kadir berdiri sambil menggosok-gosok tangan dekat bajunya. Ujilari pun dimulakan. di bukak air dekat kepala paip, air pun keluar. macam takde apa-apa pun.normal. semua berjalan lancar. Air dah tak melimpah, dah tak tersumbat. jom kita fokus dekat bibir Idris Kadir..Ya, jelas terpapar senyuman sehingga menampakkan 2,3 batang gigi di barisan depan..berjaya mungkin?

bukan itu sahaja, dengan nada tegas Idris Kadir menyebut "Basuh Pinggan".tiba-tiba sinki dapurnya mengeluarkan dua batang tangan robot sambil mengambil pinggan dan mencuci pinggan itu..memang bersih, cepat pulak tu. sekejap jer 4 pinggan dah siap dicuci. Kali ni Idris Kadir menyebut "Cuci Periuk". sepantas kilat keluar bentuk tangan robot sambil mengambil periuk kotor untuk dicuci. Fuh! canggih. memang canggih. Idris Kadir bukan saja boleh repair sinki rupanya, malah boleh bikin sinkinya patuh dengan arahan Idris Kadir.

Dan yang paling menarik, sinkinya siap build in ada wifi. Tapi kena key in passwordla,takut jiran-jiran sebelah menumpang line internet sinkinya.lepas jer Idris Kadir selesai buat kerja, ditekannya butang on wifi dekat handphonenya..lalu diupdate status facebooknya menerusi mobile facebook..ditaipnya dekat wall"baru jer selesai repair sinki dapur tadi.." Adala 3 orang kawan rapatnya like status Idris Kadir.

Prak! tiba-tiba bahagian bawah sinki nya berbunyi. habis keluar balik air, melimpah-limpah..Idris kadir geram. tapi diupdate dulu status dekat facebook "Celake! jahanam balik sinki Aku! Babi!"..kali ni ada 7 orang like statusnya.siap ada yang komen "rileks, Abang Ris!"

1 ulasan: