Sabtu, 9 April 2011

Remote.

Hari Jumaat hari yang dinantikan oleh Rostam sebab Rostam ni jenis suka berlawak, dah semestinya dia suka tengok cerita terbaru dari astro "Maharaja Lawak". Sampai je kat rumah dalam pukul 8 malam , Rostam dah seronok sebab tak sabar nak tunggu program ni start. Nak ketawa berdekah kalau boleh, sebab kalau boleh Rostam nak peserta kegemaran Rostam buat lawak kaw-kaw. Berharap sangat dia terhibur malam ni.

Tapi apa yang berlaku lain pulak, Masuk je rumah tengok TV tak bukak. lepas tu dengar bunyi orang menangis..Bini Rostam tengah bersedih remote control astro rosak. Rostam dah tepuk dahi. Alamak macam mana nih. Ada jugak rasa macam nak menangis Rostam ni, tapi tahan, sebab nangis pun tak guna. memang tak guna pun Rostam ni. dah cepat-cepat pikir cara nak buat macam mana nak tengok Maharaja lawak ni. Astro beyond ni memang jahanam sikit. kalau takde remote atau remote rosak, memang tak boleh nak tukar channel guna manual dari decoder. yang tengah terpacul kat tv channel Oasis. Aduhai, kenapa tak prima, kan boleh jugak layan..

Dengan perasaan geram, Rostam cuba mengarate remote tanda protes. pap! sakit tangan Rostam. tak cukup dengan tu di balingnya remote tu terkena pulak ke muka bini Rostam. Sikit lagi nak kena bijik mata bini Rostam. terkedu Rostam tengok. Bini Rostam dah panas, di sepaknya TV jatuh ke belakang. TV dah la mahal & nipis. Terkedu lagi Rostam tengok. akhirnya kedua-dua laki bini ni tak tahan. kita bakor je-kita bakor je. bengang dengan rosak Remote. Rostam mengajak bini dia bakor tv dengan decoder astro beyond, dengan remote-remote sekali.
"sekejap abang nak panjat!" hah, di cabutnya piring astro, langsung bakor sekali..eh kejap, ni surat warranty setahun bakor jugak. ada lagi, wayar Astro yang berapa meter tu pun di bakor.

Lepas bakor Rostam buat muka brutal. Aksi Rostam dengan bini dia cukup macam drama sinetron dari Indonesia. bezanya cuma episodnya tak panjang. lepas tu Rostam terpandang remote Astro yang tak habis di bakor ada sticker bertulis, made in Indonesia."cis!" berkerut dahi Rostam.

2 ulasan: