Selasa, 21 Disember 2010

Beware!

Encik Wahid memang nak kena!dah banyak kali Razak telefon dia tak angkat-angkat.Padahal Razak nak berbincang hal yang mudah je.Razak dah hangin satu badan.Kaki kanan dah sepak-sepak dinding simen..agak retak di buatnya.kuat juga Razak ni.Dia sendiri pun terkejut tengok dinding tu retak, tapi kaki kanan yang bogel tu tak rasa apa-apa.Macam ni kalau dia tendang Encik Wahid nanti memang padu la,silap-silap boleh ICU kat hospital.

Dah macam sial perangai Encik Wahid!kalau tak setuju ke apa ke jawab je la telefon, cakap betul-betul.ni buat Razak ternanti-nanti..Apa takde telo ke nak bagitau hal sebenar?Ini Deal betul-betul, bukan main-main..mau makan ribu-ribu ni kalau jadi..sekali lagi buat razak berasap.!terus tepuk pulak tapak tangan kat atas meja.Mata dah merah saga..kali ni meja tu steady je..Jati tu..taknak kalah dengan hentaman tangan Razak...sebenarnya kali ni agak terasa jugak kesakitan kat tapak tangan Razak ni..merah-merah dah tapak tangan.pedih..Itu lagi beri impak nanti bila dapat lepaskan kemarahan kat Encik Wahid.

Jaga lah kau Encik Wahid.Razak dah marah!..jumpa nanti tau lah nasib..jadi Wahid satey la kena cincang-cincang!

Jumaat, 17 Disember 2010

Skandal

Fauzi tenung wajah Sukinah.Fauzi geram melihat gerak geri Sukinah.Kekadang Sukinah memberi jelingan manja.Sukinah tahu Fauzi memerhatikannya.lalu dia berlalu pergi..


Fauzi seorang kerani di pejabatnya.Sukinah pula "cleaner"di situ.tepat pukul 8 pagi,pasti Sukinah akan mengemas meja kerja Fauzi..Sukinah baru sebulan bekerja di situ,sebelum ini ada makcik tua yang juga sama jawatan dengan Sukinah..Sukinah tampak lebih muda dan boleh dikatakan memiliki tubuh yang menawan.


Fauzi sekadar memberi renungan kepada Sukinah kerana dihatinya sudah dimiliki gadis pujaan yang telah lama dikenalinya.Di luar pintu pejabatnya kedengaran suara Sukinah berborak di telefon bimbit,makin lama suara itu semakin kuat dan tidak difahami dialeknya.Fauzi curi-curi dengar walaupun perbualan itu tidak difahaminya..


Dari runut bunyi suara, sepertinya Sukinah sedang bertengkar.kemudian kedengaran tangisan..lalu fauzi memberanikan diri membuka pintu dan melihat Sukinah menangis..perbualan telefon sukinah telah dimatikan, Sukinah mengesat air matanya dan mula berborak dengan Fauzi.

Intipati perbualan itu hanya mereka saja yang tahu..Petang itu tepat pukul 5 petang..Fauzi sudah mula berkemas dan ingin pulang.selesailah kerjanya pada hari itu.Fauzi agak tergesa-gesa kerana dia ada "janji"dengan Sukinah.Fauzi bergegas menuju ke keretanya..lalu Sukinah muncul dan mereka menaiki kenderaan..di dalam kereta Sukinah kelihatan malu-malu..dalam lebih kurang 10 minit mereka sampai di satu destinasi.


baru sahaja pintu kereta hendak dibuka..kelihatan lelaki bengis berdiri di sisi Fauzi.Sukinah sudah berdebar-debar.dia kenal lelaki itu.Lelaki itu marah dan bercakap dengan bahasa yang tidak difahami Fauzi lalu terus menolak fauzi keluar kereta.tangannya memegang sebilah sabit!

Dihayunnya Sabit ke arah Fauzi.Fauzi sempat mengelak!dan pukulan itu terkena ke kereta Fauzi.Fauzi mengelak tapi belum sempat berdiri, hayunan kedua pula menyinggah!kali ni tepat ke mata Fauzi..hujung bilah sabit yang tajam merobek dan menikam kelopak mata Fauzi.langsung mahu sampai ke otak.Fauzi bertindak balas dengan meronta-ronta.Tanpa belas kasihan, sabit itu ditarik keluar kembali..mata Fauzi juga turut melekat di sabit itu..dicarik keluar dari kepalanya..lalu mata Fauzi di lempar ke tanah dan dipijak-pijak oleh lelaki itu..

Sukinah sudah menjerit-jerit dan memanggil-manggil orang yang ada di situ agar menghentikan tindakan Suaminya itu!kali ni lelaki itu melibas kembali sabitnya tepat ke perut Fauzi.di robek-robek perut Fauzi yang masih lengkap berbaju pejabat itu..darah mencurah-curah keluar..terpercik ke kereta.terpercik ke tanah. terpercik merah menyala di sabit lelaki itu!usus dan isi perut Fauzi langsung terburai dan menampakkan seperti terputus dan hancur bertaburan di atas tanah!


Fauzi sudah kaku tetapi masih bernyawa dan menggeletar di seluruh tubuh!terakhir..tindakan pemutus nyawa oleh lelaki itu..disabitnya celah kangkang Fauzi..ditikam dan ditarik,dikelar hingga ke seluruh badan, melepasi tengkuk..tengkorak dan..langsung terbelah dua tubuh Fauzi!!

Darah membuak-buak!!langsung tiada lagi suara kesakitan..yang jelas hanyalah tubuh yang hancur..otak dan isi perut bertaburan..tulang-tulang anggota badan jelas kelihatan!

Dendam

Keseronokan jelas terpapar di wajah Asmadi.Seorang pemuda kaya.riang tawa manusia di sekelilingnya menggamit suasana meriah..diiringi tepukan dan nyanyian harijadi..di hadapan laman rumah Asmadi sememangnya sudah dipenuhi sekumpulan manusia yang memakai pakaian mahal-mahal dan berjenama..Asmadi meniup lilin di kek..senyuman demi senyuman dilemparkan dan muzik pun bergema..


Di satu tempat yang lain pula..terbujur susuk tubuh manusia bersama motosikal yang dari tadi memerhatikan suasana kemeriahan di rumah Asmadi.riak wajah yang suram dan penuh kemarahan semakin memuncak di dalam dirinya..Azhar,seorang pemuda yang lasak.ibu jari kanan Azhar menekan butang starter motosikalnya..kekecohan bakal menyusul sekejap lagi!Azhar menunggang laju motosikalnya..dibawa laju ke arah rumah Asmadi..memasuki ruang legar laman rumahnya..semua orang terkejut!apatah lagi menyaksikan aksi Azhar menghunus senapang!sambil menunggang motosikal dengan sebelah tangan,Azhar mula menembak mangsa pertamanya! seorang anak kecil yang dari tadi menangis..Tepat di kepala!terburai otak dan serpihannya mengenai muka ibu mangsa..


"Arghhhhh!!!!"...jeritan menggamat suasana..bertempiaran manusia lari..Azhar semakin gila..dan menunggang motosikal ke arah pintu rumah Asmadi..lalu terjun dari motosikal seperti lagak di dalam filem aksi.Motosikalnya merumpuh pintu rumah Asmadi..setelah itu Azhar membuta tuli menembak setiap orang yang berada di situ..yang mana tak sempat melarikan diri habis menjadi mangsa..ada yang ditembak di kepala, badan, tangan, punggung, dan jari..bertaburan cebisan daging di atas tanah..darah memancut keluar dari setiap anggota badan mangsa..yang tinggal bernyawa adalah satu-satunya sasaran utama Azhar! ya, dengan terketar-ketar Asmadi mengangkat tangannya meminta belas kasihan agar tak ditembak oleh Azhar..


Sambil berjalan ke arah Asmadi dengan mengacukan senapangnya, Azhar kelihatan puas dan geram melihat Asmadi. Dijeritnya perkataan "Mati kau!" kepada Asmadi..lalu memukul kepala Asmadi dengan senapangnya..terduduk Asmadi dan berdarah kepalanya..kelihatan di satu sudut meja terdapat banyak hadiah harijadi Asmadi..Azhar menuju ke arah longgokan hadiah itu dan membuka satu hadiah "istimewa". Rupanya hadiah itu adalah milik Azhar yang sengaja diberikan kepada Asmadi kerana didalamnya terdapat sebotol Asid!..


Azhar hanya senyum kepada Asmadi dan mencurahkan asid ke muka Asmadi lalu ketawa sepuas hatinya..meronta-rontalah Asmadi kesakitan setelah dicurah asid ke mukanya..berguling-guling di tanah sambil menekup muka dengan tangannya..jeritan yang amat dasyat kedengaran dari suara kesakitan Asmadi..seiring dengan hilai tawa Azhar..


keriuhan di luar rumah Asmadi itu baru disedari oleh bapanya yang berada di dalam rumah..terkejut dengan bunyi tembakan dan rempuhan motosikal di pintu rumahnya.Bapanya sudah syak ada musibah yang bakal berlaku.lalu, segera mengambil pistol yang berada di biliknya..sambil berlari menuju ke luar rumah..bapanya menjadi kaku seketika tatkala melihat mayat bergelimpangan di laman rumahnya dan terdapat dua manusia sahaja yang masih bernyawa di situ..bapa Asmadi sudah dapat memastikan siapa punya angkara lalu membidik pistolnya ke arah Azhar..


dush!!dush!!dush!!tepat mengenai kepala, badan, dan leher Azhar..lalu Azhar terus rebah..dengan keadaan mata yang terbeliak, mulut terbuka, darah memancul keluar dari tubuh kakunya..


Ahad, 12 Disember 2010

list

ok salahkan facebook yang menyebabkan aku dah tak layan blog ni.
takpe, nanti aku update sikit-sikit.
mungkin aku dah makin malas nak bercerita pasal filem gore.
Ini kerana ada sebab.mungkin aku sudah kena "rehat".
Akur kepada pandangan orang yang lebih makan garam.

Apa pun mungkin aku patut list down je tajuk movie horror/gore yang aku suke layan.
mungkin munasabah kot..sebelum tutup tahun ni nanti hujung-hujung tahun mungkin aku buat satu list.