Jumaat, 15 April 2011

Kursus

Semalam I pergi kursus movie maker tau. I kena kumpul jam kredit at least 50jam untuk aktiviti staf setiap tahun. Jadi I pilih kursus ni lah walaupun i dah tau guna movie maker tapi apa salahnya untuk tau lebih lanjut lagi kan.Sampai je masa berkursus ni cikgu yang ajar I tu takde lah nak ajar sangat pasal movie maker..tau-tau je dah bagi tugasan itu ini. paling best sekali siap suruh kitorang ni buat satu filem pendek dalam masa dua hari je. hadoi, kena pulak pikir nak buat filem apa ya?

dalam kelas tu dibahagi-bagi kan dapat la 3 kumpulan. kumpulan I 4 orang. lepas tu memikirla kami nak buat cerita apa .I dah excited jugak ni dapat buat movie. macam-macam idea jugak yang timbul dekat kepala ni. tapi tu lah, kena ikut apa yang ada, masa pun 2 hari jer, I pun bincang la dengan ahli kumpulan, i terangkan itu ini..sudahnya diorang ok dan i jadi pengarahnya.hui diterima jadi Pengarah? bagus jugak, boleh jugak I nak try tengok apa hasil yang ada dalam kepala otak i ni..dengan gunakan apa yang ada, dengan masa 2 hari tu, akhirnya siap jugak movie kami. hasilnya kena tayang dekat semua dalam kelas, betapa seronoknya I dapat tengok movie dari idea I sendiri. Tapi takde lah bagus pun, pasal I sebenarnya terbayang nak buat citer gore, bunuh-bunuh orang, tapi mana I nak dapat prop, buat effect darah-darah bagai..pelakon memang dah sporting habis, dia rela je kalau I ni buatkan dia jadi pembunuh..I cakap kat dia, U nak jadi killer kan, u kena tengok cerita ni dulu ok..ambil feeling..

Bedevilled


Bedevilled, 2010_The Sun is talking to her from easybird on Vimeo.

Trailers.

Sabtu, 9 April 2011

Remote.

Hari Jumaat hari yang dinantikan oleh Rostam sebab Rostam ni jenis suka berlawak, dah semestinya dia suka tengok cerita terbaru dari astro "Maharaja Lawak". Sampai je kat rumah dalam pukul 8 malam , Rostam dah seronok sebab tak sabar nak tunggu program ni start. Nak ketawa berdekah kalau boleh, sebab kalau boleh Rostam nak peserta kegemaran Rostam buat lawak kaw-kaw. Berharap sangat dia terhibur malam ni.

Tapi apa yang berlaku lain pulak, Masuk je rumah tengok TV tak bukak. lepas tu dengar bunyi orang menangis..Bini Rostam tengah bersedih remote control astro rosak. Rostam dah tepuk dahi. Alamak macam mana nih. Ada jugak rasa macam nak menangis Rostam ni, tapi tahan, sebab nangis pun tak guna. memang tak guna pun Rostam ni. dah cepat-cepat pikir cara nak buat macam mana nak tengok Maharaja lawak ni. Astro beyond ni memang jahanam sikit. kalau takde remote atau remote rosak, memang tak boleh nak tukar channel guna manual dari decoder. yang tengah terpacul kat tv channel Oasis. Aduhai, kenapa tak prima, kan boleh jugak layan..

Dengan perasaan geram, Rostam cuba mengarate remote tanda protes. pap! sakit tangan Rostam. tak cukup dengan tu di balingnya remote tu terkena pulak ke muka bini Rostam. Sikit lagi nak kena bijik mata bini Rostam. terkedu Rostam tengok. Bini Rostam dah panas, di sepaknya TV jatuh ke belakang. TV dah la mahal & nipis. Terkedu lagi Rostam tengok. akhirnya kedua-dua laki bini ni tak tahan. kita bakor je-kita bakor je. bengang dengan rosak Remote. Rostam mengajak bini dia bakor tv dengan decoder astro beyond, dengan remote-remote sekali.
"sekejap abang nak panjat!" hah, di cabutnya piring astro, langsung bakor sekali..eh kejap, ni surat warranty setahun bakor jugak. ada lagi, wayar Astro yang berapa meter tu pun di bakor.

Lepas bakor Rostam buat muka brutal. Aksi Rostam dengan bini dia cukup macam drama sinetron dari Indonesia. bezanya cuma episodnya tak panjang. lepas tu Rostam terpandang remote Astro yang tak habis di bakor ada sticker bertulis, made in Indonesia."cis!" berkerut dahi Rostam.

Jumaat, 8 April 2011

Kedai


Jom singgah Dagang Pak Malau punya kedai bundle ha geeksfromhell.blogspot.com

Hellbabe


Esok aku ingat nak angkat Behringer Hellbabe Wah HB-01..pedal yang murah dan agak-agak berbaloi kot memilikinya.Dah lama plan nak ada wah wah tapi hold dulu..sekali bukak kat Mudah.my ada mamat ni jual wah ni dengan harga yang murah..So aku angkatla.next time jamming dah boleh try lagu Sorry For A Frog-never give up & Northern19-smile for peace. :)

Isnin, 4 April 2011

isytihar

Mulai hari ini, penulis nak mengisytiharkan perang terhadap kutu-kutu yang melepak kat badan kucing penulis.

Biarpun bilangan tentera kutu-kutu tu banyak..Penulis tak gentar.apa segala teknik menyerang yang boleh digunapakai, akan di praktikkan. Penulis tak rela kutu-kutu itu menjajah badan kucingnya, kesucian dan kebersihan kucing harus dipertahankan!..kebetulan baru melayan cerita perang Battle: LA kat wayang. jadi kian semarak penulis nak berperang.


Ahad, 3 April 2011

Chainsaw

Kali ni penulis bukan nak cerita kaitan gambar di atas dengan cerita-cerita horror. Tapi keseriusan penulis dalam menceburi bidang perladangan organik memang tidak boleh disangkal lagi. Barang ni bukan mainan, bukan juga main-main tulis je ni. Ini memang penulis nak beli. Seusia muda lingkungan 20-an sudah memilik Chainsaw sendiri.Nampak sangat petanda penulis akan menjadi taukey balak tak lama lagi. Siapa sangka, penulis masih muda dan mempunyai barangan yang entah apa-apa. Penjual kat kedai pun terkejut masa nak jual bende ni dekat penulis, tengok gaya macam kaki bangku, tangan tisu ( tak boleh buat kerja keras), muka manis (serius) tapi, beli benda gagah macam ni. Masa si penjual bertanyakan kepada penulis "nak buat apa dengan Chainsaw ni?" dengan nada tenang, berdiri tegak, tangan masuk poket, mata memandang tajam ke arah mata penjual, penulis menjawab " nak potong orang!".

Penjual merasa resah, runsing, tapi dalam hati penuh sifat kapitalis. "anda bergurau kan?" suara nipis penjual. "mestilah" jawapan yang bernas dikeluarkan penulis. terjawab semua persoalan.