Rabu, 14 September 2011

Misteri

Sekuel terakhir bagi cerita Livi,Edo & Cat adalah aku sekeluarga mewujudkan suasana misteri di kalangan kejiranan dengan ura-ura kehilangan kucing secara tiba-tiba di masa cuti perayaan..Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebelum pulang beraya di kampung,aku membuang Livi & Edo dengan membawa mereka menaiki kereta dan memindahkan mereka ke zon yang lebih selesa agar tampak berdikari, aman dan damai...bukan itu sahaja kucing sebelah yang selalu menyusahkan aku pun menjadi mangsa buangan aku.ini semua atas desakan tak tahan dengan "hasil seni" oleh para kucing yang memperagakan sekumpulan tahi pelbagai bentuk berlonggok di hadapan pagar rumah.

Sekembalinya jiran sebelah rumah dari cuti raya, mereka merasa pelik.takde lagi kelibat kucing mereka.terus di hadapnya makanan kucing mereka..tidak disentuh..lalu mereka langsung memanggil-manggil nama kucing kesayangan tetapi akhirnya tak muncul-muncul juga..pada waktu itu, secara tak sengaja aku berada di luar rumah. langsung di tanyakan kepada aku kemana hilangnya kucing mereka itu.

Dengan wajah palsu dan menampilkan riak muka sedih dan mata agak kuyu, lakonan berkesan ini penuh emosi ditambah pula dengan dialog "entahlah, saya pun sedih kak, kucing saya yang saya bela dari kecik, mandikan dan bagi makanan mahal-mahal tu dah hilang! Ini yang saya pelik ni kak!saya pun cuti balik kampung.sedar-sedar je kucing dah takde"...

Kami masing-masing masuk ke dalam rumah, sama-sama menutup pintu..dum! dum!..mungkin akak sebelah rumah sedang bersedih.tapi aku pula setelah menutup pintu, aku ketawa dalam hati..tangan digenggam rapat..menumbuk ke arah udara! gaya seperti menang oscar!

Selasa, 13 September 2011

Buka.

Semester baru bermula lagi..selama 3 bulan bercuti, bermacam kisah terpendam tak di ceritakan dan terus terpendam..kini zombi kembali lagi.hari pertama dah mendatangkan hal yang rumit. di jalanan penuh sesak dengan bendasing yang keras, perlahan lagi memeningkan. Jalan raya tersekat. tangan gagah memegang tombol gear, kaki setia dengan pedal clutch. sesekali nak menderu kenderaan untuk melanggar zombi dari belakang. kerana semak, kerana sesak, niat kejam itu dipendam lagi..tak ada peluang nak bertembung..mintak-mintak di dalam library akan bertembung.pada masa itu nanti senjata terunggul mesin gerudi sudah bersedia hendak mengorek biji mata mereka!huh..