Selasa, 27 Julai 2010

Bandito..


Dah lama aku tak update pasal band..Ok terbaru ni Toxic Toy akan main di Singapura..Bila dapat tau perkara nih dalam beberapa bulan lepas, aku dah rasa teruja sebab dapat pergi sana terutamanya melakukan persembahan kugiran..Ini semua atas jemputan Akiff dari band Random Arrival yang berasal dari Singapura..perkenalan dan sama-sama menjayakan gigs di Melaka membuahkan rasa minat di antara kami..minat yang macam mana tu?minat muzik yang menyatukan kami.Punk Rock.tak sangka rupanya ajakan Akiff bukan omongan kosong..Rupanya dia aktif juga dalam mengajurkan aktiviti kugiran di sana..

Dan kali ni, aku mengajak isteri untuk turut sama pergi ke Singapura.kebetulan masa kerjanya terluang.tiada halangan kali ini dan seterusnya kami perlu buat pasport untuk ke sana.Bila mana nak kena buat pasport tu mencuakkan diri aku kejap.pasal apa?sebabnya takut tak boleh ke luar negara di sebabkan sekatan dari PTPTN.leceh betul.nasib cek senarai blacklist nama aku dan Ellia tidak terlibat.mungkin belum lagi..dengan kepercayaan itu, kami membuat pasport dengan perasaan teruja.Bukan apa, selain ke Singapura mungkin di hujung tahun boleh pergi ke mana-mana destinasi lain pula..dapat pergi ke Bali pun da cukup bagus..Abang aku pun setiap tahun pergi ke Indonesia, kali ni aku mesti ikut dia!Al Maklumla pasport dah ada kan.

Berbalik pada show di Singapura ni nanti, dalam minggu ni aku giat praktis..dengan kesempatan masa yang ada aku gunakan untuk mengocok-ngocok tali gitar aku.Mengikut alunan lagu Punk Rock ciptaan Man Ken Ron..dah seberapa lama tak jamming bersama.memasing dengan agenda hidup sendiri.tapi sekali lagi muzik menyatukan kami..Khamis malam barulah Man akan ke KL dan malam tu kami akan praktis..persediaan memang perlu, demi menjayakan show di singapura..walaupun agendanya berhibur selain itu dapat jugalah berkenalan dan tukar-tukar stuff ke.. Ini adalah kali pertama kami ke Singapura.kali pertama Toxic Toy begitu jauh menjelajah dan bermain muzik.Jadi, Ini perlu di pandang serius.kami kena berikan persembahan yang terbaik.

Kali ni juga kami menjemput Boy dari GGK untuk sama-sama memeriahkan Toxic Toy.hehe sebenarnya untuk bantu aku yang selalu tersalah chord bila bermain di khalayak..dengan bekap dua gitar juga boleh dapatkan sound yang lebih padat dan harmoni..Terima Kasih Boy sebab ko mau join..Goyang jugak ni aku nak main kat sana..sebab kali pertama.Tapi dengan ada Boy aku ok sikit..Tambah pulak Boy sudi bagi khidmat kenderaan beliau..setel masalah tansport.Asalnya nak pergi ke sana menaiki keretapi dari sentral.Tetapi tiket dan penuh pulak, lepas tu nak naik bas, tetapi kami rasa goyang la pulak nak naik bas..akhirnya keputusan di buat dengan menaiki kereta sahaja..dua biji kereta.kereta Ellia dan Kereta Boy.lepas tu cadangnya nak singgah di rumah Yanti di JB dan esoknya menaiki Bas masuk Singapura.Mungkin itu plan yang terbaik buat masa ini..

Tengok kat Flyers tu.Betapa penghormatan diberikan kat Toxic Toy.Tulisan besar-besar pulak tu.Malaysian Punk Rockers dan opening band datangnya dari band-band singapura.Betul-betul kami rasa macam budak sekolah yang baru pindah ke sekolah lain dan dikerumuni oleh Budak sekolah yang hensem-hensem dan cantik-cantik.Macamlah kami ni band yang besar dan bagus sekali di Malaysia.Walhal, Kami ni amatlah barainya dan kelu/kaku bila melakukan persembahan..tapi apa ada hal, dah orang ajak,pergi jelah..timba pengalaman.hehe

Buat sesiapa yang nak join.Marilah ke Singapura sama-sama..Meriah-meriahkan walaupun venuenya di Studio sahaja.kira ok lah tu sebagai permulaan.

Selasa, 20 Julai 2010

tukar.

Sejak kena duduk di kaunter menguruskan buku pulang dan pinjaman, aku dah menyampah dengar perkataan buku. Sampai tengok kat blog aku ada perkataan buku..aku rasa nak tukar.
aku gantikan dengan Brains!!..quote yang aku ambil dari movie zombie Return of the living dead..bila mana zombie sedang ketagihan daging manusia,sambil mengejar manusia sambil berkata "brains!Brains!"...macam tu jugakla zombie di library aku ni yang dahagakan brain!brain! dengan menyedut lemak-lemak yang terdapat dalam buku!

The Return of the Living Dead (1985)


Mr.Tarman

Isnin, 19 Julai 2010

2011

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Ubah.

Apakah motif perubahan?sudah tentu secara logiknya untuk mendapatkan lebih baik..tapi kajian secara menyeluruh perlu dilakukan sebelum melakukan perubahan.bukan berubah secara membabi buta.kalau perubahan itu lebih menjurus ke arah menyusahkan, kenapa nak laksanakan juga?

Di mana sikap sebenar kepimpinan anda?tidakkah anda tahu yang ramai orang mengkritik anda seorang yang tak guna..Apa itu yang dimahukan?keputusan dari seorang diktator memang akan dibenci..kenapa tak bermesyuarat terlebih dahulu..berbincang baik buruk kemudian laksanakan.bukan laksanakan kemudian gagal dan menyesal...

yang susah adalah orang bawahan.Orang atasan tahu menerima pujian, sedarkah anda kita saling memerlukan, bukan kami perlu anda..anda perlu kami..kami hanya membantu menjana kehendak anda..tapi akhirnya anda memutuskan kami sebagai pemalas dan sebagainya..

dengan ini, aku sangat kecewa dengan perubahan baru di perpustakaan..kita terlalu menunjukkan kelemahan terhadap zombie..mereka terang-terang akan perlekehkan perubahan baru ni..semakin ramai yang akan jadi liar dan memberontak..bila itu terjadi anda sebagai bos hanya goyang kaki!

Sabtu, 17 Julai 2010

Keluarga

Oh kehidupan berkeluarga nyata berbeza..Aku sudah punya keluarga yang besar..bukan saja keluarga sendiri..tapi keluarga mertua lagi..komitmen juga berubah, Aku kena berada bersama keluarga jika ada sebarang peristiwa..tidak boleh pentingkan agenda sendiri..Aku sudah berkongsi hidup..dan aktiviti dilakukan bersama keluarga..waktu cuti lebih banyak isi..itu ini kena sama-sama tolong..tengok movie pun kena ada inspirasi keluarga sikit..kalau begitu apa kata tengok cerita ni?

love, music, horror..oklah tu kan?
dah mati pun happy kan..
aneh dan ikut suka dia la.

Citer yang unik ni ala-ala the sound of music + sweeney todd..Ia ada unsur komedi-horror..dengan slot-slot lagu karaoke riang-riang..tapi jalan cerita ada sedikit unsur komedi horror dan gore..pasal satu family ni menjalankan perniagaan rumah penginapan (hotel)...tapi setiap kali orang datang check in jer mesti mati..dan menyusahkan keluarga ni nak uruskan mayat diorang..masing-masing ada kisah tersendiri di kalangan ahli keluarga..cerita dia memang lain macam..Takashi Miike ni memang kaya dengan idea cerita yang pelbagai..tapi menten dengan trademark horrornya..tak kira la nak buat cerita seisi keluarga santai-santai pun tak terlepas dengan adegan gore dia.Apa pun yang penting mesejnya tetap berlandaskan nilai-nilai kekeluargaan..dan happy!

salah?

Adakah salah menggemari filem horror?ketaksuban terhadap darah dan aksi pembunuhan adalah sesuatu yang jarang ada pada manusia.kalau dilihat dari segi seni ia sebenarnya boleh menjadi minat yang menguntungkan.lihat saja banyak genre-genre gore,horror di tayangkan di serata dunia..banyak je filem-filem horror sukses dan peminat masih faham ianya hanya sekadar hiburan dan bukan memudaratkan..kejadian keganasan di kalangan manusia dah memang azali..kadang-kadang horror filem dikatakan menjadi platform kepada aktiviti keganasan mendapat ilham dan dipraktikkan di dalam dunia nyata..Bagi aku sebenarnya..keganasan dari dunia nyata itulah sebenarnya yang memberi inspirasi kepada penggiat filem horror untuk memberitahu manusia inilah realiti dunia kita berpijak..dunia memang kejam..

Remy, seorang make up artis kentroversi dan penggiat filem horror di Kanada ditahan dan dikenakan hukuman saman oleh kerajaan Canada kerana dikatakan melakukan kesalahan "moral corruption".melalui make up efek yang di lakukannya dan melalui filem pendek yang diterbitkannya dikatakan mengganggu kehidupan tenang masyarakat sana..ramai yang takut filem tu akan mempengaruhi orang untuk membunuh seperti dalam filemnya..

ini macam menarik..apa kata kita cuba tengok..hebat sangat ke?


Inner Depravity - Watch more Funny Videos

kira.

Aku terpaksa..hidup di sini macam terpaksa..cabaran semakin buat hilang sabar..mana tak nya, dengan hidup nak menghirup oksigen secara selesa aku terpaksa mengharungi permainan buatan manusia yang semakin kejam dan meruncingkan.Aku gadai masa, aku berburuh, aku kerah tulang keringat.Semata-mata hendak bergerak, makan, dan mengerlip mata..Ahad ku gadaikan untuk berada di dalam library..Cagarannya aku dapat la sedikit kekenyangan dari roti ke nasi..mana keluarga?masa itu lah sebagai ganti..mereka faham dan mengerti..kehidupan memang begini..di kota harus ada asam garam gula dan pedasnya..nak buang air kecil pun ada bayarannya..inikan pula Tol di jalan raya..nak tak nak kita mangsanya..lainlah setiap orang itu kaya..

Perjalanan hari-hari ke tempat kerja ikut kemuning sudah kena caj RM1.20..tol pergi.kalau balik lagi kena RM1.20..kalau sebulan?itu lah LKSA..Ada lagi satu laluan ikut Alam Impian RM0.60..pergi balik RM1.20.dah la buka 2 tol, kedua arah dengan harga yang menyengsarakan..dah kena tambah kos saraan untuk pergi kerja, petrol naik harga lagi, per liter rm1.85 (R95)..

Aku berikhtiar.Jalan alternatif mengorbankan jarak masa dan penambahan penggunaan petrol..pilihan yang mana satu?..Inilah masanya nak kerahkan tenaga motor skuter anak gajah putih..Aku harap kali ni dia gagah dan tak bermasalah..Nak pindah rumah belum lagi masanya..kereta putihku pula, sila berehat dan jangan bimbang kadang kala aku akan guna engko..nanti kita lari dari kehidupan kota..minggu depan kita balik kampung ya~!sila jangan buat hal.