Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2011

Pengakuan.

Argh, aku lupa memberitahu cerita ini...

Selang beberapa minggu kemudian, selepas hari raya, muncul lagi ibu kucing sebelah rumah yang selama ini menghilangkan diri. Rupa-rupanya sepeninggalan beliau, rupanya beliau membawa diri yang lara untuk berbulan madu setelah ada masa terluang tanpa anak, kononnya seperti bujang kembali,seperti janda yang masih laku, disebabkan anak beliau aku telah buang ke lain daerah, beliau rupanya memasang idea baru dan dengan harapan baru beliau pergi mencari jantan-jantan yang kegersangan dan menggoda mereka-mereka untuk mendapatkan segumpal benih!

Cis, memang hebat permainan si ibu kucing sebelah. dengan keadaan perutnya yang membunting, seperti mau menunjuk-nunjuk kepada kami. permasalahan yang dulunya disangka selesai bakal menghantui kembali. akan datang, pasti akan tersebar kembali bulu-bulu, bau-bauan tahi dan di mana ada bau di situ ada macam-macam jenis tahi di tepat hadapan pagar rumah kami.

Kemudian, hari yang dijangkakan sudah tiba, 3 ekor anaknya kecil-kecil molek sedang enak berada di depan rumahku.buka saja pintu dah kelihatan mereka membuat port di depan pintu rumah..persoalannya ialah kenapa berada di rumahku tetapi tidak di rumah tuannya? ini tak boleh jadi, lalu ku halau mereka seperti anjing walaupun mereka itu kucing. tidaklah terlalu ganas, tetapi cukup membuatkan ibunya lari melintang pukang dan meninggalkan anak beliau berurusan denganku.

Jahanam punya emak.tinggalkan anak bila berlaku musibat.yang si anak pula bijak juga lari ke bawah keretaku yang sedang elok parking di hadapan rumah.langsung aku lihat hilang entah kemana.ini tak lain tak bukan mesti menyorok dekat tayar kereta atau bumper kereta yang mana menyukarkan aku mengambil apatah lagi menghalau mereka.lalu ku biarkan begitu saja, tak kuasa nak melayan..dan pagi itu, aku bawa motorsikal saja dan biarkan kereta di rumah...

debaran ceritanya disini..nak dijadikan cerita, motosikal yang aku naiki hari itu mengalami kerosakan, sudahlah aku sudah lambat ke ofis..buat hal pula motor rosak, perjalanan masih jauh ke ofis, dan jauh juga untuk patah balik ke rumah.Lalu aku mula bertafakur mencari idea-idea bernas macam mana aku nak handle permasalahan ni..akhirnya aku menolaklah motor yang beratnya boleh kata boleh membuat kan aku berpeluh jantan..hidung kembang kempis menolak motor, muka menahan malu tapi sabar dengan keadaan sekeliling.

Berkat kesungguhan,akhirnya sampai juga ke workshop yang berdekatan..kemudian motor ku dibaiki.aku menelefon isteriku untuk mengambilku dan menghantar pulang ke rumah untuk mengambil keretaku.hari itu aku gagah juga hendak pergi kerja..di lajukan cerita ini, seperti biasa aku pandulah kereta pula ke ofis,motor aku tinggal ke bengkel nanti petang baru aku deal kembali..dalam perjalanan aku bawak memang laju, maklumlah dah lambat dan hari itu aku ada urusan penting di ofis..ada seketika aku bertembung dengan lopak dan bonggol yang agak tinggi..

tiba-tiba aku merasakan macam ada tak kena dan sekilas aku memandang ke cermin pandang belakang, pada masa tu aku ternampak kelibat mahkluk kecil berguling-guling keluar dari bawah kenderaan aku.Alamak!ini tak lain tak bukan mesti anak kucing awal pagi tadi!rupanya mereka masih ada bawah kereta aku,tidak,mungkin di dalam bumper atau celah-celah kereta yang boleh mereka menyorok.Hal ini memang diluar jangkaan dan kawalan aku. aku tak sangka mereka masih berada di situ dan kebetulan aku terpandang cermin belakang dan masa itu juga terpandang si anak kucing itu tergolek-golek keluar...

Aku tak tau la apa nasib mereka, aku dalam keadaan memandu yang agak laju..langsung kelibatnya tidak kelihatan.nak berhenti ada banyak lagi kereta dekat belakang dan harapnya tak dilanggarlah anak kucing itu.aku merasa bersalah..aku tidak berdendam dengan si ibu kucing tetapi aku jangkakan sudah nasibnya bakal kehilangan anaknya lagi sekali...Aku tak berhenti, aku cuma berharap kucing itu tidak apa-apa..yang pasti cuma seekor yang kelihatan keluar tergolek, yang 2 ekor lagi aku tak tau la macam mana pula,mungkinkah sudah awal-awal lagi tergolek keluar tanpa pengetahuan aku?atau cuma seekor saja yang berada di bawah kereta..

kepada ibu kucing sebelah rumah, maafkan saya dan kepada tuan punya kucing maafkan saya, dan sehingga ke hari ini cuma seekor saja anaknya yang berada di samping si ibu..huh.nasib ada juga anaknya yang selamat, aku ingatkan sudah arwah ketiga-tiga anaknya..

Rabu, 14 September 2011

Misteri

Sekuel terakhir bagi cerita Livi,Edo & Cat adalah aku sekeluarga mewujudkan suasana misteri di kalangan kejiranan dengan ura-ura kehilangan kucing secara tiba-tiba di masa cuti perayaan..Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebelum pulang beraya di kampung,aku membuang Livi & Edo dengan membawa mereka menaiki kereta dan memindahkan mereka ke zon yang lebih selesa agar tampak berdikari, aman dan damai...bukan itu sahaja kucing sebelah yang selalu menyusahkan aku pun menjadi mangsa buangan aku.ini semua atas desakan tak tahan dengan "hasil seni" oleh para kucing yang memperagakan sekumpulan tahi pelbagai bentuk berlonggok di hadapan pagar rumah.

Sekembalinya jiran sebelah rumah dari cuti raya, mereka merasa pelik.takde lagi kelibat kucing mereka.terus di hadapnya makanan kucing mereka..tidak disentuh..lalu mereka langsung memanggil-manggil nama kucing kesayangan tetapi akhirnya tak muncul-muncul juga..pada waktu itu, secara tak sengaja aku berada di luar rumah. langsung di tanyakan kepada aku kemana hilangnya kucing mereka itu.

Dengan wajah palsu dan menampilkan riak muka sedih dan mata agak kuyu, lakonan berkesan ini penuh emosi ditambah pula dengan dialog "entahlah, saya pun sedih kak, kucing saya yang saya bela dari kecik, mandikan dan bagi makanan mahal-mahal tu dah hilang! Ini yang saya pelik ni kak!saya pun cuti balik kampung.sedar-sedar je kucing dah takde"...

Kami masing-masing masuk ke dalam rumah, sama-sama menutup pintu..dum! dum!..mungkin akak sebelah rumah sedang bersedih.tapi aku pula setelah menutup pintu, aku ketawa dalam hati..tangan digenggam rapat..menumbuk ke arah udara! gaya seperti menang oscar!

Selasa, 19 Julai 2011

Takut.

sekarang aku merasa takut! Aku berdebar tengok kalendar. berdebar tiap kali dengar telefon aku berbunyi di tempat kerja. Berdebar melihat jam. berdebar melihat huruf "H". berdebar untuk tidur nyenyak. Berdebar setiap kali memandu dan terakhir berdebar mendengar satu "suara" sakit & "suara" kecil.

Isnin, 18 Julai 2011

Taklimat.

Perjalanan karier sebagai "jaga" di library sini memang mencabar Fuad. Sepanjang beberapa tahun berjuang di sini, Fuad dah banyak tempuhi bermacam jenis penangan sesungut zombi-zombi. Tetapi kali ini cabarannya sangat berbeza & lebih mencabar.kerenah zombi rupanya tidak lah berat cabarannya jika nak dibandingkan dengan ciptaan kerja yang perlu ditanggung oleh Fuad. Tekanan dari jeneral-jeneral atasan membuatkan Fuad naik jari tengahnya secara automatik. Fuad bukan jenis berjuang secara terbuka, Fuad jenis haluan kiri. Fuad diperintah untuk memberi makan pagi, petang sampai malam ke atas zombi-zombi. Selepas ini, Fuad harus membina kubu.Medan pertempuran Fuad selepas ini akan menjadi semakin luas dengan jumlah pejuang yang sedikit terpaksa menghadapi ribuan virus spek mata zombi-zombi. bukan itu sahaja..

Hari ini Fuad menerima pula perintah dari jeneral supaya pejuang-pejuang seangkatan seperti Fuad harus menjadi library representative memberikan taklimat kepada zombi bila mereka masuk library nanti. Fuad bukan jenis banyak bercakap. sehari boleh dikira berapa patah perkataan saja yang terpacul dari mulutnya. Inikan pula mahu memberi ribuan patah kata dalam taklimat? Fuad adalah pejuang, bukannya penceramah. Fuad tak hinginkan SKT seperti yang ditawarkan. Fuad tahu itu hanyalah agenda semata-mata. Tetapi Fuad & friends tunduk menurut perintah. bayangkan status "Jaga" selepas ini menjadi "pengajar". Alamat kelu lah lidah Fuad menyusun ayat berhadapan zombi nanti. Lihatlah betapa masyurnya pemerintahan jeneral Fuad.Library glamor ini akan menjadi pusat disko kegemaran zombi.Adakah Fuad sudah bersedia?..

Ahad, 29 Mei 2011

Doa.

Dalam beberapa bulan je lagi aku bakal menyaksikan keajaiban. Menyaksikan kebesaran Ciptaan Tuhan. Menyaksikan titik tolak perubahan besar dalam hidup aku. Aku juga berharap segalanya berjalan lancar dan sesungguhnya aku sangat berterima kasih kepadamu ya Allah di atas segala kurniaan dan segala rezeki yang dilimpahkan. Amin.

Selasa, 24 Mei 2011

Buntu.

Harini aku dapat rasa Catherina mesti sedih sebab anak dia,Mila dah hilang. Pagi tadi aku dengar Cat bising-bising memanggil Mila. Tapi takde respon dan sejak semalam Mila dah hilang tak muncul-muncul lagi sehingga kini. cukup 24 jam nanti aku ingat nak buat report polis penyiasat haiwan. Dulu pernah sekali aku jadi cuak jugak sebab Livi, anak kedua Cat hilang. Aku cari pusing-pusing sekitar rumah tak jumpa..Tapi Cat cari, jumpa pulak..comel je tengok Livi ikut si ibu,Cat dari belakang..oh baru aku tau rupanya risau jugak si Cat ni kalau anak dia hilang.

Pagi tadi aku tengok Livi & Edo sedih je baring dekat simen. Adik diorang si Mila takde di samping mereka. Ada banyak tanggapan yang aku buat sejak semalam. Mungkinkah Mila kena langgar?tapi mayatnya takde pulak. Mungkin Mila kena culik? kalau diculik orang berdekatan ada kemungkinan boleh dapat balik..atau Mungkinkah Mila tersesat?lebih teruk lagi adakah Mila dibaham oleh binatang lain?dan lebih teruk ditangkap dan di makan oleh orang vietnam?

Cat, nanti kita usahakan cari Mila ok? you jangan buntu.

Isnin, 4 April 2011

isytihar

Mulai hari ini, penulis nak mengisytiharkan perang terhadap kutu-kutu yang melepak kat badan kucing penulis.

Biarpun bilangan tentera kutu-kutu tu banyak..Penulis tak gentar.apa segala teknik menyerang yang boleh digunapakai, akan di praktikkan. Penulis tak rela kutu-kutu itu menjajah badan kucingnya, kesucian dan kebersihan kucing harus dipertahankan!..kebetulan baru melayan cerita perang Battle: LA kat wayang. jadi kian semarak penulis nak berperang.


Ahad, 3 April 2011

Chainsaw

Kali ni penulis bukan nak cerita kaitan gambar di atas dengan cerita-cerita horror. Tapi keseriusan penulis dalam menceburi bidang perladangan organik memang tidak boleh disangkal lagi. Barang ni bukan mainan, bukan juga main-main tulis je ni. Ini memang penulis nak beli. Seusia muda lingkungan 20-an sudah memilik Chainsaw sendiri.Nampak sangat petanda penulis akan menjadi taukey balak tak lama lagi. Siapa sangka, penulis masih muda dan mempunyai barangan yang entah apa-apa. Penjual kat kedai pun terkejut masa nak jual bende ni dekat penulis, tengok gaya macam kaki bangku, tangan tisu ( tak boleh buat kerja keras), muka manis (serius) tapi, beli benda gagah macam ni. Masa si penjual bertanyakan kepada penulis "nak buat apa dengan Chainsaw ni?" dengan nada tenang, berdiri tegak, tangan masuk poket, mata memandang tajam ke arah mata penjual, penulis menjawab " nak potong orang!".

Penjual merasa resah, runsing, tapi dalam hati penuh sifat kapitalis. "anda bergurau kan?" suara nipis penjual. "mestilah" jawapan yang bernas dikeluarkan penulis. terjawab semua persoalan.

Khamis, 31 Mac 2011

Drill

kerja-kerja rumah masih banyak tertangguh..bermain dengan cat tak berapa nak menarik perhatian Badrul Hisham. masih banyak dinding-dinding buruk rumahnya yang belum disentuh. disebabkan kelembapan Badrul Hisham menangani isu kerja rumah ni..urat dahi isterinya dah menegang memberi impuls keberangan. benda cantik kenala buat pantas-pantas. tapi itu takde kesan dalam diri Badrul Hisham. Dia tak berapa nak semangat dalam seni cat -mengecat ni. Tambahan pula rumah yang didiami itu sekadar rumah sewa saja.

Tapi berlainan hari ini, Sikap Badrul Hisham berubah besar bila di pasaraya Badrul Hisham terpandang mesin Drill. Itu lah yang membangkitkan semangat kejuruteraan yang ada dalam dirinya. bertimbun-timbun idea deko di rumah muncul di kepala hotak Badrul Hisham..pantas di belinya mesin Drill yang paling murah yang ada kat situ. setibanya di rumah. awan-awan idea dari IKEA terpacul tatkala memandang ke rumahnya..sebentar lagi, rumah nya akan jadi cantik..dengan mesin Drill ni dia akan deko dalam rumah dengan menyangkutkan rak-rak dan lampu-lampu beserta jam-jam yang lawa-lawa..minat betullah Badrul Hisham bermain dengan Drill..sementara itu Badrul Hisham memasang telebisyen..rehat-rehat kejap sebelum memulakan kerjanya..Dia tukarla Channel HBO ada movie yang best-best katanya..langsung keluar cerita ini...

The Loved Ones





The Loved Ones - The Official Trailer from Madman Entertainment on Vimeo.

lepas menonton sampai habis cerita ni..Badrul Hisham turut berubah..Badrul Hisham terpanggil untuk menjadikan Drill itu sebagai senjatanya untuk berekperimen dengan darah!dia duduk di kerusinya, buka sedikit kakinya, mengusap dagunya..kemudian mengusap Drillnya..Jiran depan rumah yang dibencinya terbayang di fikiran..Selalu sangat Jirannya mengganggunya dengan lori Aisnya..Selalu sangat berebut tempat parking kereta dengan Jirannya..kali ini, Badrul Hisham tau apa yang perlu dibuat..Cerita itu memberi ilham kepada Badrul Hisham..lalu dia bergegas membuka pintu..membawa bersama Drillnya..menutup kembali pintu rumah..dan menuju ke depan rumahnya....

Selasa, 15 Mac 2011

HMZ 2011

Dia datang lagi.setiap kali dia datang penulis jadi banyak kerja..penulis dipaksa jadi AJK buat promosi.kena design poster cantek-cantek untuk menarik perhatian zombi..kalau boleh biar letak gambar otak(buku) yang baru-baru..fresh..menggiurkan.Bayangkan perayaan yang dipenuhi dengan zombi-zombi.Apa saja jenis zombi boleh didapati dekat pesta yang macam ni..Inilah perayaan yang paling mencari nahas..sedang elok-elok mereka buat hal sendiri, ada hati pulak orang library nak menjemput mereka datang, ni seperti menyerah saja, buat pesta sana sini bagi diorang makan. Penulis pulak dipaksa bekerja keras. semua staf library pun bekerja keras..Orang pangkat besar-besar pun ramai yang nak jenguk zombi. bajet burst sangat ni..jangan sampai korang kena virus zombi sudah..

nanti rajin pulak korang datang sepahkan buku penulis dekat library.Isk! menyusahkan betul.

Rabu, 2 Mac 2011

Amaran.

Malam tadi lebih kurang pukul 9.00 malam, Hassan bertugas menjaga library.Saja-saja malam tu dia naik tingkat atas library nak tengok rak buku dia..baru je semalam dia susun dengan perasaan gembira, penuh harapan sebab rak buku yang rapi menunjukkan gaya @ attitude tuan punya rak..Ini memang dititikberatkan dalam prinsip hidup Hassan. Gaya mutu keunggulan..Hassan cukup pantang kalau tak kemas, terutama rak buku..

Hassan ni baru saja bekerja di library ni.masih tak tau selok belok kebebalan zombi-zombi di library.Masih mentah untuk mementingkan attitude, sebab kalau kail panjang sejengkal, lautan zombi jangan diduga..mereka ni bukan reti bahasa. hari ni awak susun rapi, esok lusa habis disepahkan zombi. Ini yang perlu Hassan tau..jangan nak kemas sangat Hassan sebab tajk larat nanti awak nak pantau sepanjang masa..

Tapi kali ni memang gila, kesabaran Hassan memang diuji sepenuhnya. dekat atas meja tempat zombi meratah buku-buku..penuh membukit buku-buku milik Hassan..bersepah-sepah dan bercampur baur dengan air liur zombi. Langkah terakhir Hassan pabila menaiki tangga terhenti tatkala melihat keadaan buku yang bersepah di raknya..sambil melihat perbuatan zombi menyepahkan buku, sambil Hassan menggenggam tangan dan ketap gigi..

Kali ni baran Hassan datang, Hassan tak takut langsung dengan zombi.tak takut langsung digigit mereka.tak gentar langsung untuk menghapuskan mereka. Sedari tadi zombi sedang asyik enak menyelak helaian buku sambil tangan lagi satu membaling buku lain ke meja.perbuatan tu buatkan Hassan membara..tak pikir panjang kot, Hassan ambil pen kat poket bajunya. genggam. meluru ke makhluk berkaca mata tu(zombi rabun jarak jauh).

Dicucuknya pen ke mata zombi..punya kuat hentakan & tusukan tu, sampai pecah cermin mata zombi,langsung terpancul darah!teriak terus zombi tanda terkejut. tapi dalam keadaan zombi meronta, Hassan menarik keluar pen yang dicucuknya tadi..Mata zombi turut tercabut keluar..

mata zombi yang tercabut tu Hassan letak di halaman yang siap terbuka, rasanya page 134 & page 135 kot..Hassan letak secara mencucuk dengan pen, tercacak.kemudian tarik pen tu dari mata. dan tutup buku! terlenyeklah mata tu dengan buku dan keluar cecair putih dan hitam dari helaian buku..zombi dah meronta dan tersembul darah keluar di kepala..tapi masih hidup dan membalas serangan ke arah Hassan.

Hassan mengalih perhatian zombi dengan memberi tendangan ala bruce lee sambil jerit"wachaa!"...terpacul keluar dari mulut Hassan..tendangan tu tepat kena kepala & otak zombi..berkecai kot kepala dia. meletop sebab tendangan tu memang lain macam. laju. entah bila Hassan belajar cara mempertahankan diri dari zombi.Walaupun Hassan baru je kerja sini, tapi dia tau pulak kelemahan zombi ni kat kepala.Zombi-zombi yang berada berdekatan agak gementar dan lari lintang pukang melihat reaksi Hassan.

Cebisan-cebisan daging zombi bertaburan di atas buku-buku Hassan. itu Hassan tak peduli.Dia buat seperti biasa mengambil buku tersebut dan menyusun kembali di raknya..kini, rak Hassan dah ada "tanda".buku Hassan ada aura membunuh, sebab cebisan kulit kepala zombi yang melekat kat buku Hassan memberi tanda amaran kepada zombi-zombi yang lain..

Hassan, selamat datang ke alam zombi di library. pemuda seperti Hassan memang diperlukan pada zaman kini. berani dan takde belas kasihan. Mulai hari itu Hassan digelar Hassan Temper.

Khamis, 24 Februari 2011

Lumat.

mak!..lumat! mak!..lumat!.Maklumat!

Apa perbezaan pepatah di bawah?

"seperti telur di hujung tanduk"

"seperti tahi di hujung jubo"

maknanya : dah dekat dah! esok lusa je ni weh!

Jumaat, 18 Februari 2011

Perihal.

Hari ini Kasim nak pergi Cash Converters . Harini ni hari pertama kedai ni dibuka cawangan dekat seksyen 9, Shah Alam..Dulu Kasim memang suka berkunjung ke Cash converters ni, masa tu Kasim tinggal dekat Ampang..Asal ada masa je jenguk cash converters, ada masa je usha barang apa yang masuk untuk dijual. Kasim tak jual barang, Kasim suka beli barang. lama ke tak lama ke tu tak kisah.

Kasim memang suke kolek barang-barang murah yang "rare", ada nama, terpakai, sebab mampu, kadang-kadang rasa untung jugak dapat beli barang bagus dengan harga murah. Kena dengan gaya, orang boleh respek wo cammane Kasim boleh mampu dapat barang-barang power yang kalau kat kedai sebenar,mahal harga dia.

Ada satu ketika tu, "luck" Kasim memang ada. sesuai dengan duit poket yang ada pada Kasim, Kasim dipertemukan mata dengan barang..barang kesukaan di depan mata, melambai-lambai meminta duit dalam poket Kasim untuk meng"grab"nya..kamera jenis DSLR yang ada nama, tapi murah, sedia untuk dimiliki Kasim. Tanpa menoleh kanan kiri, kasim menewakal tanda rela untuk beli, sebab satu keunikan beli barang terpakai ni adalah kita kena reda dan kental jiwa terhadap kondisi barang tu.Main yakin je yang barang tu berfungsi dengan baik. dah kata pun seken hand.lagi satu style beli kat cash converters ni adalah sapa cepat dia dapatlah..

Kalau tangguh beli, kemungkinan tak dapat dah barang ni dengan harga ni dik, itu la keunikan kedai barang terpakai. bukannya ada stok melambak..esok lusa masuk barang jenis lain pulak..Kasim kini sudah semakin bergaya dah, da banyak barang yang dia nak beli, dia dah beli.peduli la barang seken class ke, seken hand ke, janji apa barang yang diimpikan dapat, kualiti pun tahap ok.memadailah kan.

Kasim, warrior of barang terpakai, sekian.

Isnin, 17 Januari 2011

lemak


Suatu hari di carrefour baru bukak.

bende canggih macam ni bukan boleh caya.
Keputusannya....

Tapi aku boleh lagi terima kenyataan, setakat lebih 0.05kg lepas berak je dah boleh kurangkan berat kot..jadi, Isteriku, adinda jangan bimbang.Kekanda kayuh basikal 2,3 round pusing taman dah boleh dapat balik petak 6 kat perut Kekanda. ok?

ni tangan sambil tunjuk thumb up depan monitor.so, jangan bimbang ok!

Rabu, 12 Januari 2011

Petanda

Memang permulaan tahun 2011 yang jahanam! sekali lagi lewat bulan ni, memang dapat hadiah 'istimewa'.

Aku tak kira, aku nak salahkan zombie,dayang-dayang dan serata parasit kat dalam 'lubuk mara' ni! sebab kalau dah bawak sekor sebijik kete, memang sesak la jalan!cube sedor sikit dan tak kedekut nak kongsi.kalau nak bawak sorang jugak baek bawak motor!nek beskal!nek bas!

err..pukul berapa awak bangun pagi ya?

Selasa, 4 Januari 2011

Belenggu

Sementara menunggu dapat kunci rumah ni, aku usha-usha lagi rumah-rumah lain sekitar Taman Sentosa.Ikutkan nak protes sikit dekat Wahid satey ni yang tak habis-habis buat lawak.Takpe tunggu la nanti turn dia nak kontek aku, masa tu aku tak jawap call.sms only ok.

Pagi tadi bawak le kete mundar mandir kawasan rumah taman tu, ada banyak rumah kosong. kontek la satu nama ni Miss An Lim kita..aku tanyala dia kata ada satu rumah dua tengkat tu sewa Rm500 sebulan.ok, sama dengan Wahid. tapi dia punya Total cecah RM2200.hui lagi mahal dari Wahid.cancel la ini macam. biar pun rumah bukan depan loji taik.

tak putus asa cari lagi, jumpa pulak satu rumah ni dengan nombor tepon yang tak cantek tu aku tepon la jugak,namanya Ben..Ok kali ni Rumah sewa tu RM450 sebulan. dua tingkat jugak.tapi 3 bilik jerk..macam ok.murah sikit.Aku pun buat la janji nak tengok dalam rumah..Petang tu aku keluar, tengok dalam rumah..hui..tak bleh lawan rumah Wahid. Wahid lagi sedap mata memandang. Wahid ada bau singh, mana nak dapat...maka, aku rasa menang lagi la ke wahid & sabor lagi la aku dengan kerenah Wahid ni nampak gayanya.Sebab ikutkan proses rumah si Ben tu pun makan seminggu dua minggu jugak baru boleh duduk.setelah pikir panjang...apa kata aku layan dulu filem pendek ni.rileks-rileks kan tenangkan fikiran.






Selasa, 21 Disember 2010

Beware!

Encik Wahid memang nak kena!dah banyak kali Razak telefon dia tak angkat-angkat.Padahal Razak nak berbincang hal yang mudah je.Razak dah hangin satu badan.Kaki kanan dah sepak-sepak dinding simen..agak retak di buatnya.kuat juga Razak ni.Dia sendiri pun terkejut tengok dinding tu retak, tapi kaki kanan yang bogel tu tak rasa apa-apa.Macam ni kalau dia tendang Encik Wahid nanti memang padu la,silap-silap boleh ICU kat hospital.

Dah macam sial perangai Encik Wahid!kalau tak setuju ke apa ke jawab je la telefon, cakap betul-betul.ni buat Razak ternanti-nanti..Apa takde telo ke nak bagitau hal sebenar?Ini Deal betul-betul, bukan main-main..mau makan ribu-ribu ni kalau jadi..sekali lagi buat razak berasap.!terus tepuk pulak tapak tangan kat atas meja.Mata dah merah saga..kali ni meja tu steady je..Jati tu..taknak kalah dengan hentaman tangan Razak...sebenarnya kali ni agak terasa jugak kesakitan kat tapak tangan Razak ni..merah-merah dah tapak tangan.pedih..Itu lagi beri impak nanti bila dapat lepaskan kemarahan kat Encik Wahid.

Jaga lah kau Encik Wahid.Razak dah marah!..jumpa nanti tau lah nasib..jadi Wahid satey la kena cincang-cincang!

Isnin, 20 September 2010

hantu

Wow hari raya kali ni TV hidangkan dengan lambakan cerita-cerita seram/hantu..dah macam hari raya hantu dah..anak buah aku pulak main PS2 game tembak-tembak hantu.

kat luar sana manusia pun dah ikut perangai hantu, dahagakan darah bunuh orang sana sini.

Lalu, aku pun terpengaruh jugak bagi nama ikan guppy aku dengan nama hantu.

Edward dan lagi sekor nama Bella (bukan hantu)..Jacob belum masuk campur..
kami beli dua ekor je..

Ahaks!

Nyawa

Ok, blog ni kembali bernyawa..dah lama dibiarkan tanpa sebarang update.kerana terjerumus dalam realiti dunia yang macam macam peristiwa.Hari Raya meninggalkan kenangan yang tercalit sejarah dalam catatan memori aku malah dalam catatan Malaikat Raqib dan 'Atid juga.

Ironinya, Hari Raya kali ini telah menganjakkan aku ke satu platform dewasa yang mana sebagai pemberi dan bukan penerima..
faham-faham sudah.
Dulu keseronokan raya bagi aku adalah bila seluruh keluarga kita dapat bersama.Zaman abang & kakak bujang memang lain.
Perantau yang setahun berapa kali je muncul batang hidung akhirnya bawa diri kembali ke pangkuan perut ibu di kampung..Pulang bersama perubahan..mungkin bawa kereta atau motor berkuasa besar..
Bila abang pulang ke kampung dengan tampak bergaya, aku boleh kembang hidung dengan sahabat handai dan jiran sebelah..bergaya sakan dengan pinjam kereta/motor abang.
pernah sekali tu, Motor kawasaki kips je pun abang aku bawa balik..habis aku lenjan pergi racing dengan Atan jiran sebelah..kali pertama aku bawak motor sampai meter mencecah 200km..Jakun betul.sebab raya je boleh merasa bawak motor besar waktu tu.

yang penting sekali, duit rayalah..dulu dapat duit je..
Tapi sekarang?
Komitmen...
hehe.

Selasa, 17 Ogos 2010

Lama.

Pagi ni terasa nak berjiwa Thrash/Death Metal.Ada video baek! b/w style macam cerita wayang lama..
video ni Baek punya kualiti.

3 Inches of Blood - The Goatrider's Horde (2007)

Muzik ni buatkan aku teringat kat kampung, zaman 90-an dulu, masa sekolah aku dah terdedah dengan lagu-lagu Metallica, Cromok, FTG, Megadeath..dari jiran-jiran rumah sebelah.Orang depan rumah aku pagi-pagi suka pasang lagu kat radio kuat-kuat..di bantainya lagu Cromok..sebelah rumah pulak layan FTG..semua berjiwa muda tak hirau pun mak bapak berleter..rasa zaman tuh memang zaman Thrash kuat..budak-budak keluar rumah je berbaju Metallica, Slayer, Pantera..macam-macam..Jiran aku Atan..banyak kaset lagu Thrash..selain tunjuk minat dengan pakai baju band, dia chop baju jugak..D.I.Y dye sendiri je..lukis kat baju..memang gempak..

dulu, Atan pergi sekolah, dia suka pakai singlet kat dalam baju sekolah sebab singlet tu dia akan dye dengan nama-nama band dia suke..baju sekolah kan putih..bila dye tulisan kat belakang baju singlet kaler hitam atau merah nampak jelas la dari dalam baju sekolah .Style..aku pun ikut style macam tu..tapi aku dye nama band punk rock the pilgrims..yang logo ikan tu..gile payah buat blok dia.nak potong-potong.

Lepas kemunculan Pudin..masa tu pudin sekolah asrama,jadi dia jarang-jarang balik.tapi kalau balik memang aku dengan Atan antara orang yang mula-mula bertandang ke rumah pudin nak tengok stuff-stuff best macam zine, poster, kaset ,baju.Banyak band-band yang aku tak kenal dah mula kenal daripada Pudin ni..masa tu pudin berjiwa Punk Metal.pakaian dia memang smart n rabak abis..aku akui Atan dan Pudin memang sumber inspirasi aku masa tuh..dari Pudin la juga aku belajar pegang power chords..belajar main lagu punk rock..kemudian kami jamming kat bandar..Atan main drum..tapi masa tu di persekitaran aku..muzik Thrash,Death Metal..heavy Metal memang kuat..rata-rata budak lepak di jalanan bersenjatakan gitar kapok..mengocak gitar irama Metal..hanya group aku dan pudin jer mendendangkan irama Punk rock , oi, adalah Metal sikit-sikit..