Memaparkan catatan dengan label putar alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putar alam. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2011

Alasan

Sebentar, sebelum aku mula buka cerita, aku nak beritahu bahawa aku seorang yang suka kucing ok.bukan saja-saja aku mahu membuang kucing kesayangan aku.Tetapi disebabkan nak bagi pengalaman yang luas seperti kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan itu lah aku menutup perasaan belas ikhsanku demi memberi peluang kepada Livi & Edo membina hidup baru yang bakal cerah.

Kedua, Cat hilang.aku rindu Cat,tapi aku tak tau mana nak cari Cat.jadi aku percaya naluri anak/ibu akan terjalinnya satu kuasa telepati yang kuat.dengan ini,dengan menghantar Edo & Livi ke lembah yang lebih luas, ini dapat memberi peluang pada anak-anak muda seperti mereka mencari ibu mereka,Catrina.

Baiklah, alasan ketigaku lagi lah tersangat logik. Ini semua demi masa depan keturunanku.tutup kata, tak perlu panjang lebar.jauhi penyakit.sekian.

Rabu, 14 September 2011

Misteri

Sekuel terakhir bagi cerita Livi,Edo & Cat adalah aku sekeluarga mewujudkan suasana misteri di kalangan kejiranan dengan ura-ura kehilangan kucing secara tiba-tiba di masa cuti perayaan..Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebelum pulang beraya di kampung,aku membuang Livi & Edo dengan membawa mereka menaiki kereta dan memindahkan mereka ke zon yang lebih selesa agar tampak berdikari, aman dan damai...bukan itu sahaja kucing sebelah yang selalu menyusahkan aku pun menjadi mangsa buangan aku.ini semua atas desakan tak tahan dengan "hasil seni" oleh para kucing yang memperagakan sekumpulan tahi pelbagai bentuk berlonggok di hadapan pagar rumah.

Sekembalinya jiran sebelah rumah dari cuti raya, mereka merasa pelik.takde lagi kelibat kucing mereka.terus di hadapnya makanan kucing mereka..tidak disentuh..lalu mereka langsung memanggil-manggil nama kucing kesayangan tetapi akhirnya tak muncul-muncul juga..pada waktu itu, secara tak sengaja aku berada di luar rumah. langsung di tanyakan kepada aku kemana hilangnya kucing mereka itu.

Dengan wajah palsu dan menampilkan riak muka sedih dan mata agak kuyu, lakonan berkesan ini penuh emosi ditambah pula dengan dialog "entahlah, saya pun sedih kak, kucing saya yang saya bela dari kecik, mandikan dan bagi makanan mahal-mahal tu dah hilang! Ini yang saya pelik ni kak!saya pun cuti balik kampung.sedar-sedar je kucing dah takde"...

Kami masing-masing masuk ke dalam rumah, sama-sama menutup pintu..dum! dum!..mungkin akak sebelah rumah sedang bersedih.tapi aku pula setelah menutup pintu, aku ketawa dalam hati..tangan digenggam rapat..menumbuk ke arah udara! gaya seperti menang oscar!

Selasa, 4 Januari 2011

Belenggu

Sementara menunggu dapat kunci rumah ni, aku usha-usha lagi rumah-rumah lain sekitar Taman Sentosa.Ikutkan nak protes sikit dekat Wahid satey ni yang tak habis-habis buat lawak.Takpe tunggu la nanti turn dia nak kontek aku, masa tu aku tak jawap call.sms only ok.

Pagi tadi bawak le kete mundar mandir kawasan rumah taman tu, ada banyak rumah kosong. kontek la satu nama ni Miss An Lim kita..aku tanyala dia kata ada satu rumah dua tengkat tu sewa Rm500 sebulan.ok, sama dengan Wahid. tapi dia punya Total cecah RM2200.hui lagi mahal dari Wahid.cancel la ini macam. biar pun rumah bukan depan loji taik.

tak putus asa cari lagi, jumpa pulak satu rumah ni dengan nombor tepon yang tak cantek tu aku tepon la jugak,namanya Ben..Ok kali ni Rumah sewa tu RM450 sebulan. dua tingkat jugak.tapi 3 bilik jerk..macam ok.murah sikit.Aku pun buat la janji nak tengok dalam rumah..Petang tu aku keluar, tengok dalam rumah..hui..tak bleh lawan rumah Wahid. Wahid lagi sedap mata memandang. Wahid ada bau singh, mana nak dapat...maka, aku rasa menang lagi la ke wahid & sabor lagi la aku dengan kerenah Wahid ni nampak gayanya.Sebab ikutkan proses rumah si Ben tu pun makan seminggu dua minggu jugak baru boleh duduk.setelah pikir panjang...apa kata aku layan dulu filem pendek ni.rileks-rileks kan tenangkan fikiran.






Sabtu, 7 Ogos 2010

Tak pergi.


Sori la kawan-kawan aku tak boleh pergi..sejak balik dari singapura lagi aku dah sibuk..aku memang dah had kan masa dalm 2,3 minggu ni..My untie punya masalah baru lepas eksiden kereta.Transport pun terhad.Aku kena hantar die ke workshop that day..dan Mak bapak aku datang dari kampung menginap di Kl..so aku ambik kesempatan hari tu untuk berjumpa mereka..by the way, sapa buat flyers tu? mula-mula aku tengok flyers, aku terbayang ni nak buat parti pemujaan setan atau penyembelihan sesuatu ke?hehehe..kadang-kadang terlintas pulak macam cerita I drink your blood!..bukan apa..font gathering SRG4A tu memang aku peka dan likes kalau kat facebook...hehehe..horror jugak korang ni eh..majlis reunion yang garang dan suspen ke?hahaha..

Apa pun korang sila enjoy..dan lagi satu aku pun rasa lelaki tak ramai hadir, jadinya aku rasa pasti tak seronok kalau aku pergi..kekok pulak..tapi dalam kelas kita dulu memang spesis lelaki makin pupus kan?..masa dekat Politeknik dulu,every semester budak lelaki kelas SRG4A semakin hilang..missing in action..peon & chemau dengan aktiviti ganjanya, Ali, Aruah Razi & wan dengan aktiviti sosialnya..Yunus dengan extendnya..mungkin Yunus frust tak dapat berlakun dalam filem bollywood kot..ada lagi seorang dak kelantan tu..ala sapa nama dia eh?..langsung hilang diri..ntah-ntah dah jadi pembunuh upahan kot...last sem tinggallah Aku,Apis, Iman, Amir, Nandha & Chan..Chemau muncul tak muncul jer..

Sebabkan tuh,aku banyak lagi lepak dengan budak kelas SRG4B..cool..jamming sama-sama ngan budak satu rumah je..dan rumah sewa kami memang rumah macam tempat pembuangan sampah..ok, lebih teruk lagi dah macam tempat lepak dalam citer The Toxic Avenger..oh, I still remember the good old days..bilik aku ada poster besar Jennifer love hewitt..Aku satu bilik dengan Pearsot..bilik kami horror.selalu sangat kena aktiviti tindih..Angker tak angker menten je tido situ..pasang pulak lagu hantu dan layan blue..makin beranak pinak la monster-monster dalam bilik tuh..yeah that's student life di Poli JB..

lagi sekali sori girls, aku tak dapat pergi ke reunion yang ni!..maybe ada part 2 lagi?