Memaparkan catatan dengan label jepun ekploitasi gile babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jepun ekploitasi gile babi. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

Buta.

Minggu ni aku melayan filem-filem samurai buta, nak elakkan daripada membuta kat ofis, aku pun terfikir nak layan citer hero-heroin buta ni.Takdelah, sebenarnya apa yang membuatkan aku nak tengok zatoichi ni adalah lepas aku tengok filem Death Proof arahan Quentin Tarantino di mana ada watak Julia ni ejek dengan berkata "zatoichi" kat Stuntman Mike sebab tak nampak billboard iklan dia kat tepi jalan.. lagipun Beat Takashi (outrage) & Tadanao Asano (Ichi the killer) berlakon, mesti lah kena layan.Antara ketiga filem ni, Zatoichi yang 2003 ni memang best dan Bad Ass!
Zatoichi (2003)





ICHI (2008)


Zatoichi: the last days (2010)
ni bukan sinopsis, hanya info jelah.

Dalam era zaman feudal Jepun, kehidupan memang payah, dan yang berkuasa selalu menindas golongan yang lemah. Apatah lagi bila muncul golongan Samurai/buke yang hari-hari merewang bawak pedang dan anytime boleh pancung kepala orang. Penindasan mudah berlaku terutama pada siapa yang tak mahir dalam teknik bermain pedang.Golongan buke ni pulak patuh kepada shogun yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura.Maka wujud pula clan-clan dan geng-geng seperti gangster atau kongsi gelap yang masih kekal sehingga kini yang terdiri dari ronin atau samurai yang terpesong menuju ke arah kejahatan. Demi wang dan tak nak susah menjalani kehidupan maka banyak samurai yang berpaling tadah dan mencari jalan terdesak menindas orang yang lemah dan patuh kepada syo (tuan tanah) atau orang yang berkuasa dan kaya.Tapi tak semua begitu sebab hero memang di perlukan, dan hero yang dimaksudkan tu adalah Zatoichi!

Jumaat, 20 Ogos 2010

lebih.

Seterusnya, filem berikut lagi main kasar..juga turut diingatkan, jangan tengok pada waktu-waktu baik ni..Aku tengok lama dah..cuma nak review tahikan sebab filem yang bakal diexplotasikan ni amat mengusik-ngusik jiwa lara dan terngiang-ngiang suara seorang pelik yang berhobikan sinema gore.

Eat the School Girl (1997) arahan Naoyuki Tomomatsu


Jepun terus berdiri segak dengan lambakan-lambakan kepelikan dunia exploitasi-kejam filemnya..dengan make up effect dan visual yang terlalu ganas membuatkan mata-mata dahaga tertumpu menuntut untuk mendapatkan lebih lagi tumpuan kepada scene-scene pertumpahan darah..klise-klise seperti pembulian wanita terus-menerus dijadikan pendukung utama dalam filem..termasuklah Eat the school Girl..watak utama seorang psycho yang berakhir dengan pembunuhan ni tak kenal mangsa..apa dia suka dia akan laksanakan.tak kira perempuan atau lelaki dia akan tetap bunuh..trauma setelah melihat perkara kekejaman ketika masih kecil di jadikan bahan punca kepada pembunuhan yang lebih serius..Di samping itu watak utama berketagihan phone sex.hobi pelik yang tak dapat dielakkan,permulaan cerita dah memaparkan scene PS ni..namun gadis phone sex itu akhirnya muncul dalam diri dia dan menjadikan wataknya sedikit baik dan lembut..seharian menemani sendiri di rumah dia membuatkan dia terpaku dan bahagia kerana hanya gadis itu saja dia tak bunuh/rogol.

kegiatan dia ni memang jahat..menyamar,rogol & bunuh mangsa di lorong jalan,menyiat mangsa dan mencarik-carik kulit mangsa dengan pisau..semata-mata untuk mendapatkan klimaks ejakulasi.Buat secara normal dia tak mampu,tapi bila dah bunuh barulah boleh klimaks..memang ala-ala nekromantik..Di samping itu ada pulak watak geng-geng pembikin filem lucah yang memaksa, mendera & merogol mangsa lalu rakam untuk tujuan mendapatkan kelainan wayang gambar mereka..memang teruk la dia seksa dan exploitasi mangsa tu..sampai tercirit di buatnya.
Keseluruhan filem ini memang gila.Mujurla durasi filem 60minit saja.Tapi padat dengan scene rogol sampai kesian tengok perempuan diperlakukan.juga scene bunuh menjadikan kulit meremang ibarat melihat hiris pisau di badan orang , sendiri merasa sakit!


saja.

Ah kata taknak cerita pasal gore masa bulan puasa.Tapi ingkar jugak..bosan la tak tau nak update apa..nak cerita keje memang dah lali sama je setiap hari..nah refresh balik cerita apa ye aku dah tengok..ok..yang ini.

Sukeban Boy(2006)

Filem dari jepun memang tak kira la best ke tak, kalau dah main bab horror/gore, macamana pun aku akan tetap layan..tapi filem ni memang low-budget punya style..amat...simple dan kadang-kadang annoying..jenaka dia bodoh-bodoh piang dan kelakar dia tahap "hehek" je tak panjang macam "hahahahahaha"..kalau nak diukur dari runut bunyian ketawa la..

siapa dah tengok The Machine girl, Tokyo gore police..mesti rasa filem tu jauh lebih menarik la dari yang ini..tapi gore dan ekploitasinya filem ini boleh tahan juga pada setengah-setengah plot..terutama masa Mochiko membelasah dan memotong kaki Kanko yang berkebolehan membuat " Can-can Dance Kick "..dah macam siri guinea pig pulak..
Ok macam ni jalan cerita dia, filem ni pun sebenarnya dari adaptasi sebuah manga dari Go Nagai..mengenai seorang pelajar lelaki nama sukeban yang menyerupai perempuan tapi berwatakan lelaki.Sebabkan fizikal nya yang macam perempuan, dia pun bersekolah di sekolah perempuan.Sukeban ni rupa dia betul-betul macam perempuan sampaikan ayah dia sendiri pun cinta kat anak die sebab comel sangat..tapi di akhir cerita ayah sukeban memendam rasa terhadap sukeban(anaknya),hajatnya adalah untuk suruh sukeban jilat puting die seperti arwah isterinya(mak sukeban selalu buat)..haha..gila!.

latar belakang cerita ni penuh dengan adegan bogel..tapi bukan porno..mungkin pelakonnya dah biasa buat macam tu kat filem-filem lain..dan yang lawaknya dekat sekolah tu ada banyak geng-geng ditubuhkan..macam cerita crows zero..nak buktikan geng mana yang paling kuat..yang tak leh blah nyer..diorang ni tak reti nak pakai baju..lawan pun macam budak tadika yang terdiri dari pesakit sindrom down..kebanyakan plot memang keseluruhannya diambil dekat dalam sekolah je..mungkin masa cuti sekolah kot..sebab tak nampak pelajar lain pun selain watak utama..yelah..budget ciput..tapi takpe aku sabar dan layankan aje..sampai habis..sekali surprise & lawak dia bagi..ada pulak senjata rahsia kat musuh-musuh sukeban ni..siap ada senapang dalam payudara dia (kakak Kanko), dekat peha pun ada (kanko)...Jepun memang pelik.

Cerita ni aku tengok sebelum puasa lagi,jadi jangan salah anggap..ni aku nak ingat balik dan baru nak tuliskan di sini.Filem ni pelakon dia enjoy sangat,main-main jer, ala nak makan berjemaah lepas berlakon..macam tu..lakonan diorang pun suka-suka jer,kalau nak nilai betul-betul,memang teruk betul watak-watak dia..Sukeban Boy cerita yang menghiburkan tapi belum cukup meriah,cuma Awas! penuh dengan darah!

Isnin, 16 Ogos 2010

Tak jumpa.

Puasa tak penat.Tapi kerja di library buat aku penat otak..kadang-kadang jelah..bila datang keje lain yang mana bukan skop kerja aku,tu yang buat aku penat..Design itu ini meeting sana sini..bosan bile terpikir kembali ke pekerjaan dulu..melayan kerenah pelanggan buta seni..

Aku kan dah keje di library, kenapa kena buat design jugak?itu keje designer..bagi la aku gaji designer..ok sebenarnya ini tak de hal sangat..buat je design 10sen sudah..diorang approve je..tapi aku rasa aku bosan la nak bekerja by group ni, bila mana ahli dalam group tu tak sekepala..masa meeting rasa bosan je.

Ok.Pasal zombi pulak.. sejak akhir-akhir ni zombie tak ramai la bertandang ke library.mungkin aku yang tak layan diorang sangat dah.zombie-zombie tegar library pun dah lama tak nampak..puasa penat nak naik tangga library kot..haha..tu lah nak kasi korang bersenam. jalan lembab je..mata kuyu jer..tau-tau kasi selerek buku dekat rak..smack down tengkuk baru tau.

Tapi itu hari aku berkenalan dengan zombie dari jepun..dari Tokyo..aku lupa la nama dia..dia nak guna connection internet dalam pusat IT..aku bagi jer..die on Laptop dia lepas tu pakai baju hooded..tutup kepala..pelik je aku tengok..aku pun beranikan diri tegur die..ajak sembang-sembang..tu yang aku tau dia dari Tokyo.Aku taktau sangat nak sembang apa sebenarnya, Tiba-tiba dalam kepala aku teringat cerita jepun..Aku cakap kat dia aku suke tengok filem gore dari jepun arahan Takashi Miike.Dia macam tak berapa tahu..aku bantai pulak borak pasal manga..ha yang tu dia tau..dia kata dia baru balik dari Kinokuniya. beli manga untuk anak dia..tapi kitorang sembang pasal manga femes je macam naruto..aku malas nak cakap pasal manga horror..nanti dia takut pulak aku asyik horror je dari tadi..sebenarnya aku ingatkan dia ni suke bende horror pasal lain je gayanya..duduk pusat IT pakai hooded tutup kepala..macam pembunuh.hehehe..lepas tu dia nak blah,dia salam tangan dia kata sebulan je dia tinggal di Malaysia..Lepas dia blah keesokannya aku ingat boleh jumpa lagi..tapi takde pulak kelibat dia..terus lost..

Semenjak Pusat IT buat sistem layan diri..aku banyak habis masa di meja kerja saja..sampai la aku penat berinternet..hahaha..Hari ni aku sangat penat..dari tadi tak dapat-dapat carik cerita-cerita nih!jadi pada sesiapa yang baca ni..aku nak request tolong upload atau inform aku..

REQUEST!

1. Niku Daruma


2. Muzan E


3. Naked Blood


4. Red Room


5. Kichiku dai Enkai

Aku nak file Mediafire..please..

Isnin, 19 Julai 2010

Khamis, 1 Julai 2010

Pelik,

Oh aku pelik hari ini kenapa aku boleh bangun pagi-pagi walaupun hari cuti..oh aku pelik kenapa aku kena beratur begitu panjang menunggu giliran untuk ke Puspakom walaupun aku dah standby di awal pagi..aku pelik kerana satu orang satu kereta saja di benarkan berada di Pussypakom.oh aku pelik kenapa nak cek kereta pun kena RM30 ringgit..oh tak pelik agaknya sebab itu mungkin sudah murah..oh lagi aku merasa pelik kenapa tinted di kereta ku tidak melepasi piawaian Pussypakom..oh aku pelik kenapa aku sendiri yang kena tanggalkan tinted yang dikatakan gelap sangat itu..dan lagi aku pelik kenapa kereta aku je yang berani bertinted gelap dan bersemuka dengan mereka yakni tukang cek..akhirnya mereka yang merasa jelik dengan keegoan aku..daripada aku gagal aku turuti juga kehendak mereka.Walaupun masing-masing ketat tapi aku berjaya juga lulus ujian itu.Benar tapi tak pelik.

Setelah itu aku semakin celik kerana hari semakin tengah hari dan peliknya cuaca panas seperti petang..aku menuju ke JPJ untuk proses seterusnya..ini tidak pelik..kerana seperti biasa menunggu giliran dengan menekan nombor giliran..tunggu tak lama dalam beberapa minit peliknya sudah dipanggil nombor aku..begitu laju prosesnya..ini pelik.biasanya lama..nak ke aku puji servis JPJ?..tak perlulah..sebab banyak lagi proses seterusnya aku nak selesaikan..setelah itu berutus la aku ke satu lagi destinasi untuk mendaftar insurans kereta menggunakan NAMA aku..ini baru dan tak pelik..lagi teruja adalah kerana mempunyai aset sendiri..setelah sekian lama bertahun beransuran akhirnya kini tidak lagi...kini keretaku bebas bergerak kembali..roadtax yang formal je designnya, tak pelik itu aku tampalkan lagi di kedudukan yang sama..oh rupa-rupanya proses penukaran hak milik makan masa sekejap je.takdelah sampai satu hari..jangan pelik la kenapa runner JPJ caj mahal untuk upah tersebut..mereka cari makan..jangan jadi bodoh.ini boleh buat sendirilah.

Perasaan kepelikan hari ini didorong setelah semalam aku menonton filem dari Jepun .Bukan terpengaruh tapi terngiang ngiang suasana ambient dan noise dari muzik latar filem itu..wataknya yang pelik, jahat, gila, sakit, psycho.ini la filem cyberpunk!terbaek dari ladang.

TETSUO :The Iron Man (1989)

peminat Akira mesti suka.

Filem hebat berkonsep hitam putih ,Tetsuo selepas berlaku metamorphosis.
Idea gila si director Shinya Tsukamoto..Penis bertukar menjadi mesin gerudi!Brilliant dan masterpiece!
Berselirat dan padat dengan metal!teringat gaya seni Artech dari geng cube.

the "Metal Fetishist" kreator Tetsuo.

filem Cyberpunk ni penuh dengan stop motion.memang brilliant dan hasil kerja yang menjadi ikutan dan inspirasi.

next, aku tengah cari siri ke 2 pulak.Tetsuo II: Body Hammer

Ada lagi, Tetsuo tak pelik mana..
ini lagi pelik.
964 pinocchio (1991)

citer arahan Shozin Fukui

Pinocchio dan Himiko

sinematografi cantik menambah elemen teknologi dan cyberpunk.

Himiko bahan ujian yang gagal. (brain failure)

sakit dan ereksi.
Selepas ni aku akan tengok prequel citer 964 pinocchio, iaitu Rubber's Lover.

Selasa, 29 Jun 2010

harakiri.

Lost Paradise (1990)

lebih baik ko download dan tengok sendiri..filem pendek arahan Masami Akita A.K.A Merzbow.cerita dia sangat real, make up effect terbaik dari Fuji Akio & CHIMUO NUREKI..Adegan Harakiri dalam cerita ni memang boleh membuatkan terkeluar dengan secara sengaja angin kentut aku..fuh!..berdebarnya!

Download :

Click sini