Memaparkan catatan dengan label korek hidung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label korek hidung. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

Tanggang.

ini dipetik daripada sms antara aku dengan Inshah, kawan sekampung.

Inshah (26/11) :
Malin tak blk pdg piol ke

Me (26/11) :
sape malin? iman le

Inshah (26/11) :
Ini iman ke Malin

(tak sempat aku nak balas di reply nya lagi...)

Inshah (26/11) :
Org2 tua kata klu lupe nk blk kg bleh pnggil malin jual kundang haha

Me (26/11) :
oh haha, ni pengaruh drama sinetron kuat sgt ni.aku x blk, keje hri ni.esok ada hal.nape?

Inshah (26/11) :
saja je nk ajak jaming klu ada masa nk kutip m0vie br dr ko

(sejak bila pulak Inshah kaki jamming ni?biasa adik dia je yang ajak)

Me (26/11) :
hehe.nextime aku blk aku gtau.bleh wat screening kt sana.tgk movie rmi2 kt umh ko ke.hehe..mcm dulu
(cover line, padahal terasa sentap..macam kena letak kerengga dekat hati. ya aku tahu dah lama tak balik kampung :( )

Ahad, 3 April 2011

Chainsaw

Kali ni penulis bukan nak cerita kaitan gambar di atas dengan cerita-cerita horror. Tapi keseriusan penulis dalam menceburi bidang perladangan organik memang tidak boleh disangkal lagi. Barang ni bukan mainan, bukan juga main-main tulis je ni. Ini memang penulis nak beli. Seusia muda lingkungan 20-an sudah memilik Chainsaw sendiri.Nampak sangat petanda penulis akan menjadi taukey balak tak lama lagi. Siapa sangka, penulis masih muda dan mempunyai barangan yang entah apa-apa. Penjual kat kedai pun terkejut masa nak jual bende ni dekat penulis, tengok gaya macam kaki bangku, tangan tisu ( tak boleh buat kerja keras), muka manis (serius) tapi, beli benda gagah macam ni. Masa si penjual bertanyakan kepada penulis "nak buat apa dengan Chainsaw ni?" dengan nada tenang, berdiri tegak, tangan masuk poket, mata memandang tajam ke arah mata penjual, penulis menjawab " nak potong orang!".

Penjual merasa resah, runsing, tapi dalam hati penuh sifat kapitalis. "anda bergurau kan?" suara nipis penjual. "mestilah" jawapan yang bernas dikeluarkan penulis. terjawab semua persoalan.

Rabu, 12 Januari 2011

Petanda

Memang permulaan tahun 2011 yang jahanam! sekali lagi lewat bulan ni, memang dapat hadiah 'istimewa'.

Aku tak kira, aku nak salahkan zombie,dayang-dayang dan serata parasit kat dalam 'lubuk mara' ni! sebab kalau dah bawak sekor sebijik kete, memang sesak la jalan!cube sedor sikit dan tak kedekut nak kongsi.kalau nak bawak sorang jugak baek bawak motor!nek beskal!nek bas!

err..pukul berapa awak bangun pagi ya?

Ahad, 2 Januari 2011

bosan.

Manusia berubah.
memang manusia sentiasa berubah.
kalau betul aku membosankan,
biar saja aku mati.

Sabtu, 1 Januari 2011

ceramah 2011

Dunia sungguh mengagumkan.berusia beribu tahun bertahan hingga ke hari ini..makhluk asing belum lagi berupaya menakluk bumi. mungkin belum jumpa lagi koordinat bumi kat mana.bila masa ia dah jumpa. Masa tu manusia akan terima padah. hero-hero kat facebook pun hanya boleh update status ketakutan je waktu tu.takde lagi kisah-kisah hiburan, kisah-kisah masalah peribadi. yang ada hanyalah doa agar bumi kembali aman.

jadi di tahun 2011, Aku seperti biasa bersama orang-orang yang berada di sekeliling meneruskan kehidupan. meneruskan kerja, meneruskan doa, meneruskan mengkaji dan memuja kejadian bumi & alam. Perubahan demi perubahan bakal terjadi. dari kahwin bertukar kepada bapak. begitu jugak nasib. Apa yang bakal terjadi, akan aku harungi. sebab itulah kehidupan.

Siapa sangka kematian bakal berlaku di tahun 2011?pernah tak terfikir nyawa kita akan padam pada tahun 2011? dah puaskah kita hidup? Apa lagi impian yang tak tercapai.

Kesimpulannya kawan, kalau takut mati..yang bujang tu, cepat merasa kahwin. yang kahwin tu cepat merasa jadi bapak atau mak.Yang banyak buat dosa cepat sedor diri. yang banyak pergi oversea tu, Haji dah pergi ke belum? Yang nak cepat kaya tu, mmm kongsi2 le tips..aku taktau. aku pun nak kaya beb.

Selamat Tinggal 2010.
Blog aku still on brader.walaupun bajet burst.oh yeah?

oh yeah...

Khamis, 5 Ogos 2010

Selepas itu.

Cerita selepas gigs di Singapura berlarutan.Isnin itu aku cuti.Masa yang berkualiti digunakan untuk berehat dan tido setelah berjaga kerana urat saraf mata dah kembang akibat celik 24 jam..Sementara di sekolah, Ellia berlarutan memaksa kalenjar pituitarinya mempertahankan tubuh beliau untuk berdiri anggun bergaya di hadapan murid-murid..tapi takpe sebab dalam kereta dia sudah lelap di pangkuan aku, ibarat heroin yang sedang baring di pangkuan hero semasa ribuan tembakan meluru ke tempat persembunyian kami dan aku hanya mampu duduk sambil mengukup wajah heroin dari terkena serpihan simen di dinding akibat tembakan itu..saat genting tu aku membalas kembali tembakan mereka dengan shotgun yang mana tepat ke kepala mereka..

Ok, situasi sebenarnya kami duduk di kerusi belakang saje.aku pun lelap juga. :p

Isnin itu aku sudah kembali ke Klang.Menaiki bas adalah perkara biasa semenjak tinggal berjauhan dengan isteri.Sampai je sana Apil menjemput aku di stesen..Sampai je di rumah dah tak boleh menyambung rutin menonton filem..badan letih.terus tido..

Keesokannya kerja seperti biasa bermula, tapi kali ni ada event pula di Library.Hari Mesra Pelanggan..dan aku terlibat jadi sekretariat..Ah,tak suka betul.nak bermesra pula dengan zombie-zombie..mereka boleh pula jalinkan sesuatu yang mendatangkan padah..macammana kalau kemesraan tu digunakan sebagai alat untuk menjangkitkan virus mereka..tentu susah nanti..atau mungkin ini sebagai jerat untuk perangkap zombie agar masuk ke dalam library dan memusnahkan hobi mereka!kami meracun mereka sehingga merebaknya jumlah meraka di setiap sudut rak..lalu membunuh secara beramai-ramai..

Tapi tidak!..sama sekali tidak..mereka dilayan bagai menatang minyak yang penuh.Siap diberikan hadiah bila memenangi aktiviti siapa cekap dan cepat memakan buku..pameran buku menggiurkan para zombie, mereka kelihatan kekenyangan dengan jumlah buku yang banyak terhidang di hadapan mereka.Hari inilah hari kemenangan mereka.

Melihat situasi ini terlintas di fikiran aku, teringat cerita zombie Fido.Tapi bukan fido dido.




Kisah komedi Zombie pada sudut pandangan pengarah yang melihat zombie sebagai rakan karib manusia.. Setelah perang antara zombie dengan manusia berakhir,manusia mendapat ilham di mana zombie masih boleh digunakan sebagai alat untuk membantu manusia terutama dalam tugasan harian.senang cerita zombie dijadikan hamba abdi manusia.Boneka yang boleh disuruh untuk buat bermacam-macam kerja.Tapi tak berapa sempurna di mana zombie ni tidak seratus peratus boleh dikawal.Manusia berkuasa bila alat yang diletakkan di leher zombie berfungsi..kalau tak manusia sendiri tidak dapat monitor zombie dan situasi ini lah di manipulasi oleh pengarah untuk mewujudkan komedi dan horror...Fido antara watak utama para zombie yang berjaya mengikut telunjuk Timmy dan Helen tanpa memakai alat kawalan..cerita ini menarik dan menghiburkan jika para peminat kipasusahmati filem zombie inginkan sesuatu kelainan dalan klise-klise zombie.

Aksi ngeri dalam filem ni :
1. Jiran sebelah Timmy seorang nenek digigit oleh Fido.Kemudian bertukar jadi zombie.
2. Budak yang membuli Timmy bertukar jadi zombie setelah digigit oleh Fido..lalu bertukar jadi zombie dan nak menyerang Timmy pula..tapi mak Timmy Helen sempat langgar zombie tu dengan kereta.

Rabu, 7 Julai 2010

Majal

Pagi ni seperti biasa tanpa mimpi yang boleh dikenang-kenang, aku bangun semalas yang mungkin kerana setiap hari macam tu juga..cuti semester dah hampir habis..tibalah giliran waktu syif minggu depan.Suasana dah lain.Dah tak perlu berburuh di waktu pagi-pagi,bersarapan pukul 8.30 pagi..kerja petang boleh lanyak tido lebih sikit walaupun sambung tido selepas sembahyang subuh.

Tapi pagi ni lain macam..agak lewat kalau mandi pukul 7.30 pagi..sebab malam tadi pekena Happiness of the Katakuris kot..kelam kabut jugak kejar waktu, sambil masa berdetik pantas aku pakai apa yang patut..Harini nak pakai lain sikit..selalu pakai Sweater Parka hari ni pakai hooded Balzac..

Baru je aku nak parking kereta aku masuk dalam kawasan umah dah kena blok pulak dengan kereta waja jiran sebelah.brother love betul la jiran aku nih..agak-mengagak le muncung kereta lu terjojol masuk kawasan umah makcik wa tu pehal.camne aku nak masuk parking..dah la da lewat.Terpaksa la aku membazir suara aku terpekik-pekik panggil dari luar rumah suruh dia alih kereta.

skuter putih si anak gajah kecil tu aku bawak keluar..mau pergi kerja dengan secepat mungkin.naek motor boleh ciluk-ciluk jalan jem.tengah bawak sedap-sedap sambil nyanyi lagu serial Butcher, tetibe dengar bunyi "PAng!"amende pulak tuh!

Haih..kipas enjin skuter pecah la pulak..adui.terus lepas tu meraung skuter kecil tu..macam dah hilang pikap..nak je aku hantar pergi workshop terus tapi kedai tak bukak lagi..terpaksa la aku patah balik ke rumah.tu pun nasib baik lepas balik..dah le pukul 9.30 pagi ada meeting pulak kat ofis..dah lewat. pukul 8 lebih baru aku sampai ofis.Terpaksa bawak kereta jugak.

Majal betul pagi ni..tu nak duit lagi le tu si skuter tuh..adui.ni aku nak salahkan baju Balzac je rasa..baru je arini pakai dah majal..ke nak aku salah kan aku sebab maki si jiran sebelah tu?..dah dapat balasannya.