Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan

Isnin, 6 September 2010

senyap.

Sesuatu yang tak mengerti telah terjadi..Tiba-tiba dalam library rasa sangat sunyi..apa bunyi pun tak dengar.Angin ekon rasa lagi senyap dari biasa..pintu yang selalu buka dah tak kedengaran..mula la aku teringat 25 days later & I am Legend..zombie belum muncul..zombie masih menyorok atau menunggu masa nak mengacah aku..mungkin duduk di tempat gelap atau celah-celah rak buku?tapi takde langsung bunyi tapak..sebenarnya zombie sudah lama pergi..mencari makanan baru..lemang..mesti sekarang tengah bersesak-sesak di tempat sesak..cari baju.Aku kadang-kadang merasa gila sebab buka library yang takde penghuni..Orang atasan memang bangang..ni aku mula nak berangan macam shutter island..bina satu moral story yang entah dari mana datang wataknya..tapi itu orang gila..mana aku nak cari idea bila aku tak gila..bila rasa takde aktiviti baru la aku mengolah kata untuk di lepaskan di blog ni..

Mood raya makin rasa.tapi bila keadaan macam ni.keseorangan, rasa macam berada di dunia yang lain..macam jauh dari manusia..berada di luar ruang angkasa..bezanya cuma aku masih terikat dengan graviti..mujurla masih ada jaringan komunikasi..Handphone..bila sunyi aku gunakan ia..masih ada beberapa hari untuk rasa yang sama setiap malam..kenapalah nak suruh juga buka library bila aku dah tak berdepan musuhku zombie..huh bosan betul.

Selasa, 20 Julai 2010

tukar.

Sejak kena duduk di kaunter menguruskan buku pulang dan pinjaman, aku dah menyampah dengar perkataan buku. Sampai tengok kat blog aku ada perkataan buku..aku rasa nak tukar.
aku gantikan dengan Brains!!..quote yang aku ambil dari movie zombie Return of the living dead..bila mana zombie sedang ketagihan daging manusia,sambil mengejar manusia sambil berkata "brains!Brains!"...macam tu jugakla zombie di library aku ni yang dahagakan brain!brain! dengan menyedut lemak-lemak yang terdapat dalam buku!

The Return of the Living Dead (1985)


Mr.Tarman

Sabtu, 17 Julai 2010

kira.

Aku terpaksa..hidup di sini macam terpaksa..cabaran semakin buat hilang sabar..mana tak nya, dengan hidup nak menghirup oksigen secara selesa aku terpaksa mengharungi permainan buatan manusia yang semakin kejam dan meruncingkan.Aku gadai masa, aku berburuh, aku kerah tulang keringat.Semata-mata hendak bergerak, makan, dan mengerlip mata..Ahad ku gadaikan untuk berada di dalam library..Cagarannya aku dapat la sedikit kekenyangan dari roti ke nasi..mana keluarga?masa itu lah sebagai ganti..mereka faham dan mengerti..kehidupan memang begini..di kota harus ada asam garam gula dan pedasnya..nak buang air kecil pun ada bayarannya..inikan pula Tol di jalan raya..nak tak nak kita mangsanya..lainlah setiap orang itu kaya..

Perjalanan hari-hari ke tempat kerja ikut kemuning sudah kena caj RM1.20..tol pergi.kalau balik lagi kena RM1.20..kalau sebulan?itu lah LKSA..Ada lagi satu laluan ikut Alam Impian RM0.60..pergi balik RM1.20.dah la buka 2 tol, kedua arah dengan harga yang menyengsarakan..dah kena tambah kos saraan untuk pergi kerja, petrol naik harga lagi, per liter rm1.85 (R95)..

Aku berikhtiar.Jalan alternatif mengorbankan jarak masa dan penambahan penggunaan petrol..pilihan yang mana satu?..Inilah masanya nak kerahkan tenaga motor skuter anak gajah putih..Aku harap kali ni dia gagah dan tak bermasalah..Nak pindah rumah belum lagi masanya..kereta putihku pula, sila berehat dan jangan bimbang kadang kala aku akan guna engko..nanti kita lari dari kehidupan kota..minggu depan kita balik kampung ya~!sila jangan buat hal.

Ahad, 27 Jun 2010

Bola.

Ok.skang musim bola nak citer sikit lah pasal bola..baru up to date..

pertama, aku takleh tengok orang main bola kat tv, aku jadi mengantuk!

kedua, aku takdelah taktau langsung pasal bola!hehe..aku tau Messi dari Argentina, aku tau Cristiano Ronaldo dari Portugal, dan aku tau Park Ji Sung dari korea selatan!

ketiga, aku tau pasukan asia sekarang berharap kat jepun jer..huhu..gambate neh!~korea Selatan pun main bagus walaupun kalah!

keempat, tetibe bile dah masuk pusingan kalah mati ni aku nak sokong Argentina & Portugal pulak..

Kelima, aku tak pernah tengok game yang pukul 2 pagi tuh!walaupun aku layan movie sampai pukul 3 pagi!

Keenam, aku suka lagu waka waka nyanyian Shakira!

Ketujuh, aku selalu berimaginasi macam manala kalau zombie main bola?mesti stadium kena ada gate besar untuk pisahkan penonton manusia dan zombie..dan kalau letak referee tu manusia, zombie tu nak rebut bola ke nak rebut referee?

Jumaat, 14 Mei 2010

Chotti.

Lama pulak aku rasa cuti.
Cuti tahunan aku pun dah tinggal bape hari jer.
Cuti Ellia lagilah langsung dah habis.
tapi takpe nanti die ada cuti sebulan, cuti-cuti sekolah yang lain lagi.
Skang aku duk melepak je kat umah kami di Jengka.
takpelah, kemas-kemas rumah..buat apa yang patut.
shopping beli barang dapur.
seronoknya ada rumah sendiri eh?
Dari hari selasa aku minta cuti pergi Kedah, pastu balik pahang hari Rabu..
penat woo..dari Kedah pergi Shah Alam, dari Shah Alam pergi Pahang..satu hari.
Drive da macam apa..langsung tak peduli pasal piala Thomas & Uber.

sepanjang perjalanan teringat cerite Dead End la pulak..
penah tengok citer tu?citer horror lama.
cerita die banyak scene perjalanan dalam kete jer..jalan2 balik2 ikut situ juga..
tak sampai-sampai ke destinasi..pastu sorang-sorang ahli keluarga dia mati..
layan gak~!Eh apahal aku terbayang citer ni plak, jap lagi tak sampai..
dah la jambatan baru Jengka tu memang dah horror & mistik macam dalam buku novel Ramlee Awang Murshid..huhu..
bek pasang bacaan-bacaan Al-Quran dalam kete..
Aman perjalanan.

hui jadi surirumah la pulak aku dua hari ni, khamis & Jumaat.
Ellia sibuk dengan persekolahan..aku layan lagi cuti hari Jumaat.
maknanya macam seminggula aku cuti..hehe
alang-alang dan sambil tu boleh skip hari untuk rasa cepat jer hari gaji bulan ni.
duk umah layan Badminton separuh akhir..tapi hampeh la..speed tak pawer lagi pemain Malaysia~!
kena tambah RAM weh!~

Hari Ahad ni kena balik ke Shah Alam naik bas..kete aku tinggal kat situ..
takkan nak bawak balik guna kete Ellia pulak.
mau patah kaki die takde transpot.
takpelah..aku kena berkorban sikit.
dah lama tak naek bas..LRT, Komuter..hmmm
Hari ni apa aku nak buat eh?
Ellia ada Perkhemahan kat sekolah & Trekking kat Gunung Senyum.
aku tak ikut,tu aktiviti sekolah dia,biar jelah..
aku tunggu dia update blog dia jelah..dan baca apa die buat hari tu..
huhu..aku balik umah mak & bapak kat Padang Piol..boleh layan bundle pasar malam kat Jerantut..carik baju Band@movie ngan Ken Ronn Man.
sambil-sambil bincang pasal show Toxictoy akan datang!
Cool gak kalau tiap minggu camni!
tapi duit pokai la weh!
hehehe..

Rabu, 12 Mei 2010

scene

Hari Isnin aku kena study lah!Esoknya nak exam!

by the way malas nak baca..


I'm looking forward for the next show!