Memaparkan catatan dengan label movies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movies. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

Buta.

Minggu ni aku melayan filem-filem samurai buta, nak elakkan daripada membuta kat ofis, aku pun terfikir nak layan citer hero-heroin buta ni.Takdelah, sebenarnya apa yang membuatkan aku nak tengok zatoichi ni adalah lepas aku tengok filem Death Proof arahan Quentin Tarantino di mana ada watak Julia ni ejek dengan berkata "zatoichi" kat Stuntman Mike sebab tak nampak billboard iklan dia kat tepi jalan.. lagipun Beat Takashi (outrage) & Tadanao Asano (Ichi the killer) berlakon, mesti lah kena layan.Antara ketiga filem ni, Zatoichi yang 2003 ni memang best dan Bad Ass!
Zatoichi (2003)





ICHI (2008)


Zatoichi: the last days (2010)
ni bukan sinopsis, hanya info jelah.

Dalam era zaman feudal Jepun, kehidupan memang payah, dan yang berkuasa selalu menindas golongan yang lemah. Apatah lagi bila muncul golongan Samurai/buke yang hari-hari merewang bawak pedang dan anytime boleh pancung kepala orang. Penindasan mudah berlaku terutama pada siapa yang tak mahir dalam teknik bermain pedang.Golongan buke ni pulak patuh kepada shogun yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura.Maka wujud pula clan-clan dan geng-geng seperti gangster atau kongsi gelap yang masih kekal sehingga kini yang terdiri dari ronin atau samurai yang terpesong menuju ke arah kejahatan. Demi wang dan tak nak susah menjalani kehidupan maka banyak samurai yang berpaling tadah dan mencari jalan terdesak menindas orang yang lemah dan patuh kepada syo (tuan tanah) atau orang yang berkuasa dan kaya.Tapi tak semua begitu sebab hero memang di perlukan, dan hero yang dimaksudkan tu adalah Zatoichi!

Khamis, 5 Mei 2011

Sapik.

ini cerita Jumaat minggu lepas. Sapik datang Shah Alam sebab ada interview nak sambung degree di Fakulti TEKA dekat puncak perdana. Aku taktau pulak rupanya sapik pun nak turut serta join zombie menyemakkan lagi library. Adakah Sapik dah bersedia menjadi musuh kami-kami ni nanti? kena pantau ketat lagi budak-budak baru ni nanti..paling tidak pun kasi hempuk dengan buku atau sumbat kertas A4 yang silap print dalam mulut je.Tapi takpe sebab belum tau lagi dapat ke tak dia ni masuk U.haha..itu kemudian lah.

Kedatangan Sapik ni tak la sia-sia. sebab dia ada bawak cerita-cerita yang memang aku tak sabar nak melayannya punn~~.Antaranya :
1.Dead or Alive: Hanzaisha (1999)
2.Bronson (2008)
3.I saw the devil (2010)

4. Downfall (Der untergang) (2004)




5. Moon (2009)

6. scott pilgrim vs. the world (2010)

Aku takde apa nak ditukarkan sebagai balasan, sebab movie aku banyak dekat ofis. So, Apapun aku wish good luck semoga engko Sapik dapat jadi zombie yang berjaya!

Jumaat, 15 April 2011

Kursus

Semalam I pergi kursus movie maker tau. I kena kumpul jam kredit at least 50jam untuk aktiviti staf setiap tahun. Jadi I pilih kursus ni lah walaupun i dah tau guna movie maker tapi apa salahnya untuk tau lebih lanjut lagi kan.Sampai je masa berkursus ni cikgu yang ajar I tu takde lah nak ajar sangat pasal movie maker..tau-tau je dah bagi tugasan itu ini. paling best sekali siap suruh kitorang ni buat satu filem pendek dalam masa dua hari je. hadoi, kena pulak pikir nak buat filem apa ya?

dalam kelas tu dibahagi-bagi kan dapat la 3 kumpulan. kumpulan I 4 orang. lepas tu memikirla kami nak buat cerita apa .I dah excited jugak ni dapat buat movie. macam-macam idea jugak yang timbul dekat kepala ni. tapi tu lah, kena ikut apa yang ada, masa pun 2 hari jer, I pun bincang la dengan ahli kumpulan, i terangkan itu ini..sudahnya diorang ok dan i jadi pengarahnya.hui diterima jadi Pengarah? bagus jugak, boleh jugak I nak try tengok apa hasil yang ada dalam kepala otak i ni..dengan gunakan apa yang ada, dengan masa 2 hari tu, akhirnya siap jugak movie kami. hasilnya kena tayang dekat semua dalam kelas, betapa seronoknya I dapat tengok movie dari idea I sendiri. Tapi takde lah bagus pun, pasal I sebenarnya terbayang nak buat citer gore, bunuh-bunuh orang, tapi mana I nak dapat prop, buat effect darah-darah bagai..pelakon memang dah sporting habis, dia rela je kalau I ni buatkan dia jadi pembunuh..I cakap kat dia, U nak jadi killer kan, u kena tengok cerita ni dulu ok..ambil feeling..

Bedevilled


Bedevilled, 2010_The Sun is talking to her from easybird on Vimeo.

Trailers.

Isnin, 20 September 2010

virus.

Dari cuti raya itu hari lagi badan aku jadi tak sihat..sekarang persekitaran rasa teruk.jangkitan selsema demam menular..bermula dari kakak aku, pergi ke aku, pergi ke bini aku,..di luar sana gejala kencing tikus lagi..rata-rata orang terkena demam..batuk sana sini..ini la syndrome..tapi bukan..


Filem exploitasi dari Hong Kong ni memang garang habis..sempena selsema dan sakit-sakit ni buat kan aku teringat pada filem ni..tapi watak Ah Kai dalam cerita ni memang bapak setan jahatnya..orang yang bertanggungjawab buat huru hara dan menyebarkan virus Ebola..dah la jahat, jadi pembawa virus penyakit pulak tu.Adegan pertama Ah Kai cuba merogol bini bos dia tapi kantoi dengan bos dia.Tapi Ah Kai berjaya membunuh bos dan konco-konco dia dengan kejamnya..kemudian membunuh bini bos dia..kemudian baru je Ah kai nak membakar anak bos dia, Akhirnya tak jadi setelah jiran sebelah perasan dan Ah Kai pun melarikan diri..

Ah Kai melarikan diri ke Afrika Selatan dan bekerja di restoran cina di sana serta tinggal bersama bos barunya..Di Sana Ah Kai turut membuat hal di mana Ah Kai tak tahan di buli oleh bini bos dan orang putih di sana, lalu Ah Kai pun berang dan membunuh Bos barunya bersama bini bos baru tu..Sebelum tu Ah Kai dah dijangkiti Virus Ebola setelah merogol orang Asli Afrika..

mayat bos dan bini dia tadi Ah Kai cincang-cincang dan buat hidangan daging berger di restoran tersebut..melalui makanan tu habis tersebar virus Ebola di serata Afrika selatan..Ah Kai jugak merompak wang-wang dari Bos dia dan gunakan wang tu untuk balik ke Hong Kong..


Sampai kat Hong Kong, Ah Kai mula menyebarkan virus Ebola pula di sana..dengan kelicikan Ah Kai polis-polis sangat sukar nak menjejaki dia..semakin ramai orang dijangkiti virus maut ni..sehinggalah watak budak kecil yang dulunya Ah kai nak bakar tu muncul di Hong Kong..dan dengan bantuan perempuan tu, barulah Ah Kai ditemui dan memang drastik gila la kematian Ah Kai..

filem ni bagi aku memang terbaik dari segi pembawakan watak dia..lakonan Anthony Wong memang jadik..filem ni memang antara 10 filem gore terbaik yang aku paling suka!

Jumaat, 20 Ogos 2010

lebih.

Seterusnya, filem berikut lagi main kasar..juga turut diingatkan, jangan tengok pada waktu-waktu baik ni..Aku tengok lama dah..cuma nak review tahikan sebab filem yang bakal diexplotasikan ni amat mengusik-ngusik jiwa lara dan terngiang-ngiang suara seorang pelik yang berhobikan sinema gore.

Eat the School Girl (1997) arahan Naoyuki Tomomatsu


Jepun terus berdiri segak dengan lambakan-lambakan kepelikan dunia exploitasi-kejam filemnya..dengan make up effect dan visual yang terlalu ganas membuatkan mata-mata dahaga tertumpu menuntut untuk mendapatkan lebih lagi tumpuan kepada scene-scene pertumpahan darah..klise-klise seperti pembulian wanita terus-menerus dijadikan pendukung utama dalam filem..termasuklah Eat the school Girl..watak utama seorang psycho yang berakhir dengan pembunuhan ni tak kenal mangsa..apa dia suka dia akan laksanakan.tak kira perempuan atau lelaki dia akan tetap bunuh..trauma setelah melihat perkara kekejaman ketika masih kecil di jadikan bahan punca kepada pembunuhan yang lebih serius..Di samping itu watak utama berketagihan phone sex.hobi pelik yang tak dapat dielakkan,permulaan cerita dah memaparkan scene PS ni..namun gadis phone sex itu akhirnya muncul dalam diri dia dan menjadikan wataknya sedikit baik dan lembut..seharian menemani sendiri di rumah dia membuatkan dia terpaku dan bahagia kerana hanya gadis itu saja dia tak bunuh/rogol.

kegiatan dia ni memang jahat..menyamar,rogol & bunuh mangsa di lorong jalan,menyiat mangsa dan mencarik-carik kulit mangsa dengan pisau..semata-mata untuk mendapatkan klimaks ejakulasi.Buat secara normal dia tak mampu,tapi bila dah bunuh barulah boleh klimaks..memang ala-ala nekromantik..Di samping itu ada pulak watak geng-geng pembikin filem lucah yang memaksa, mendera & merogol mangsa lalu rakam untuk tujuan mendapatkan kelainan wayang gambar mereka..memang teruk la dia seksa dan exploitasi mangsa tu..sampai tercirit di buatnya.
Keseluruhan filem ini memang gila.Mujurla durasi filem 60minit saja.Tapi padat dengan scene rogol sampai kesian tengok perempuan diperlakukan.juga scene bunuh menjadikan kulit meremang ibarat melihat hiris pisau di badan orang , sendiri merasa sakit!


saja.

Ah kata taknak cerita pasal gore masa bulan puasa.Tapi ingkar jugak..bosan la tak tau nak update apa..nak cerita keje memang dah lali sama je setiap hari..nah refresh balik cerita apa ye aku dah tengok..ok..yang ini.

Sukeban Boy(2006)

Filem dari jepun memang tak kira la best ke tak, kalau dah main bab horror/gore, macamana pun aku akan tetap layan..tapi filem ni memang low-budget punya style..amat...simple dan kadang-kadang annoying..jenaka dia bodoh-bodoh piang dan kelakar dia tahap "hehek" je tak panjang macam "hahahahahaha"..kalau nak diukur dari runut bunyian ketawa la..

siapa dah tengok The Machine girl, Tokyo gore police..mesti rasa filem tu jauh lebih menarik la dari yang ini..tapi gore dan ekploitasinya filem ini boleh tahan juga pada setengah-setengah plot..terutama masa Mochiko membelasah dan memotong kaki Kanko yang berkebolehan membuat " Can-can Dance Kick "..dah macam siri guinea pig pulak..
Ok macam ni jalan cerita dia, filem ni pun sebenarnya dari adaptasi sebuah manga dari Go Nagai..mengenai seorang pelajar lelaki nama sukeban yang menyerupai perempuan tapi berwatakan lelaki.Sebabkan fizikal nya yang macam perempuan, dia pun bersekolah di sekolah perempuan.Sukeban ni rupa dia betul-betul macam perempuan sampaikan ayah dia sendiri pun cinta kat anak die sebab comel sangat..tapi di akhir cerita ayah sukeban memendam rasa terhadap sukeban(anaknya),hajatnya adalah untuk suruh sukeban jilat puting die seperti arwah isterinya(mak sukeban selalu buat)..haha..gila!.

latar belakang cerita ni penuh dengan adegan bogel..tapi bukan porno..mungkin pelakonnya dah biasa buat macam tu kat filem-filem lain..dan yang lawaknya dekat sekolah tu ada banyak geng-geng ditubuhkan..macam cerita crows zero..nak buktikan geng mana yang paling kuat..yang tak leh blah nyer..diorang ni tak reti nak pakai baju..lawan pun macam budak tadika yang terdiri dari pesakit sindrom down..kebanyakan plot memang keseluruhannya diambil dekat dalam sekolah je..mungkin masa cuti sekolah kot..sebab tak nampak pelajar lain pun selain watak utama..yelah..budget ciput..tapi takpe aku sabar dan layankan aje..sampai habis..sekali surprise & lawak dia bagi..ada pulak senjata rahsia kat musuh-musuh sukeban ni..siap ada senapang dalam payudara dia (kakak Kanko), dekat peha pun ada (kanko)...Jepun memang pelik.

Cerita ni aku tengok sebelum puasa lagi,jadi jangan salah anggap..ni aku nak ingat balik dan baru nak tuliskan di sini.Filem ni pelakon dia enjoy sangat,main-main jer, ala nak makan berjemaah lepas berlakon..macam tu..lakonan diorang pun suka-suka jer,kalau nak nilai betul-betul,memang teruk betul watak-watak dia..Sukeban Boy cerita yang menghiburkan tapi belum cukup meriah,cuma Awas! penuh dengan darah!

Ahad, 13 Jun 2010

Gaduh.

Dah lama tak layan citer gangster..last tengok citer crow zero 2..citer ni famous.ramai yang dah tengok rasanya..tak kisahla citer gangster budak sekolah ke apa ke.janji ada style..ya, orang jepun kalau buat citer mesti bergaya..imaginasi diorang melampau dan hebat..tengok citer yakuza :

Like A Dragon..contohnya..fuh!penuh bergaya,kedua watak hero dan watak jahat aku kagum.Tapi jepun kalau buat cerita die ada sedikit mengarut..dia tak real sangat macam orang korea buat cerita gangster..Korea lebih menarik bagi aku..jalan cerita pun best..Masterpiece..gangster dari barat pulak, cerita-cerita Martin Scorsese la best layan..Goodfellas, Casino contohnya..tapi belah-belah sana gangster pakai senjata macam pistol,machine gun..jarang yang nak fight bertumbuk..belah-belah asia ni cool sikit, pakai besi, pedang, kayu baseball, penumbuk, penerajang jer..ok,yang terbaru ni dari jepun..aku layan citer nih..

Drop /Doroppu (2009)
Citer gangster budak sekolah, biasalah citer budak yang suke gaduh sama geng sebab nak buktikan sapa yang paling kuat..citer ni komedi sikit, tapi part gaduh die bergaya jelah, macam tak kuat pun bertumbuk, boleh jer bangun dan pergi sekolah esoknya..luka sikit-sikit je.yelah budak yang gaduh..apa pun layan gak la~!Unite & Fight!

Seterusnya lebih bagus!!

Attack the Gas Station (1999).


Citer ni Best..Masterpice..pasal 4 orang gangster (Seorang tu bekas pemain baseball,seorang lagi budak fine art, sorang lagi penyanyi rock & seorang lagi budak yang suka marah (mad dog))diorang ni saja-saja jer nak rompak kat Gas station..mula-mula dah rompak sekali..pastu pergi makan jap..bosan.die pergi rompak lagi sekali kat tempat gas station yang sama..macam-macam hal la yang berlaku, dan masing-masing ada kisah yang tersendiri..sampai la kemuncaknya gaduh besar-besaran kat gas station..bersama geng motor, geng budak delivery, geng kongsi gelap dan polis..memang gempak!dan lucu..

Attack the Gas Station 2 (2009).


Cerita ni macam remake la dari yang first.jalan citer lebih kurang sama..4 orang ni masing-masing ada cerita tersendiri..asalnya diorang ni keje kat gas station ni..bos die hire diorang ni khas untuk lawan dengan budak-budak rempit kat sana yang nak rompak kedai diorang..last-last budak 4 orang ni tak tahan nak boikot bos kedai tu pastu nak benti keje tapi gaji diorang tak dapat..duit cash takde malam tu..jadi diorang pun porak perandakan kedai tu dan satu cara nak dapat balik duit cash dengan handle sendiri gas station tu..malam tu memang kecoh habis, sampai kemuncaknya sama jugak..gaduh besar-besaran macam filem yang pertama!tapi lebih menarik dan menghiburkan!!

Banyak lagi sebenarnya citer gaduh yang best-best kat luar sana..citer gaduh dari UK pun best..tapi diorang lebih pada geng skinhead, hooligan bola sepak..ha..ni Luie banyak layan.hahaha..oit citer Malaysia plak..emmm ada la satu citer tu kan..tajuk je gaduh..hehe tapi tak gaduh-gaduh pun..pepun buat pe nak gaduh..banyak bende lain lagi yang boleh have fun!

Ahad, 23 Mei 2010

lepas-lepas

dah lama aku tak up atau review movie yang aku dah tengok.
Skang ni aku taksub melayan zombie.
tambah pulak movie-movie George A. Romero,
bukan setakat tu, jap lagi aku nak sambung men game Left 4 Dead 2.
nak berentap ngan tanker, hunter, boomber...hehe..aku prefer guna kapak..best skit rasa darah terpercik di skrin monitor..nak guna chainsaw kadang-kadang je dapat..
ni semua gara-gara game plants vs zombies.
fenomena hebat kat tempat keje satu masa dulu.
staf partner sibuk bercucuk tanam nak hapuskan zombie terutama pak geli mat!

kat sini aku nak ringkaskan dengan kasi poster movie-movie yang aku layan 2-3 minggu lepas.
tak sempat nak review satu-satu.
selebihnya baek check kat http://www.imdb.com/ je kot.
gambar tu ambik kat google jer..

jom check this out!

citer ni sequel.jadi korang kena layan yang pertama dulu baru faham.
peminat Ichi The Killer mesti suka movie nih!

Scanners (1981)

filem ni memang buat aku kempunan nak kuasa macam nih!

Masa zaman videotape..tahun 80 an movie ni jadi fenomena di mana banyak videotape movie ni rosak sebab orang suke rewind scene kepala meletop nih!~

My Bloody Valentine
(2009)

citer ni memang layan!~buat orang tak nak sambut hari valentine.hehe.

Survival of the Dead
(2009)

..of the dead kembali..daripada grandfather of the zombie.
nanti aku nak buat koleksi semua movie zombie dia!

Zombieland (2009)


cerita ni aku layan masa dalam bas on the way balik dari Jerantut ke Shah Alam.
memang Gore la bas Jerantut..selamba pasang movie ni dalam bas..memang lepas ni aku nak kawan la ngan driver die..aku nak request suruh pasang movie A serbian Film pulak..
pasni aku akan suka balik naek bas!~

Ahad, 2 Mei 2010

Penat.

Aku hampir blur nak cerita untuk kali ni..sebab aku kepenatan..Semalam nak berhibur punya pasal kan..pergi ke KL melepak dengan nama kat Capsquare..layan KL Design Weeks..layan Arty Party..tapi tu aku ceritakan kemudianlah.

Hari Ahad selepas cuti hari bekerja, aku dah kena kerja..pagi-pagi dah buka library..mata kuyu jer tapi selepas buka pc jadi ok pulak..pelik..bukan apa..sebabnya pagi tuh aku try download movie kan macam biasa..huh!lajunya..satu movie aku dapat dalam tak sampai 10 minit..cayalah..tu yang celik mata..dan tak lain mestilah cerita horror yang aku sedut! DEAD END!..THREE..SCANNERS..tapi tu nanti kelak la aku review kan..

Sebabnya aku teringat kata-kata Apil kat aku..

" Man, Aku nak copy movie-movie kau..nanti aku datang kat umah kau, aku bawak hardisk aku."

aku cakapla..

" ha datangla..tapi movie aku ni semua cerita belah kepala orang takde kesian punya! hahahaha"

Apil terus aje seloroh.

"ahh..ko ni aku taknak ah cerita-cerita camtu! apsal ko nih suke tengok cerita camtu?! ko jangan Man, nanti terpengaruh..ko termimpi pastu bangun pergi bunuh orang!..hehehe"


dalam hati aku "uih boleh tahan imaginasi Apil!" aku jawab je.

" Ala..ko ni aku tengok biasa jer..aku nak cari lagi adegan-adegan yang lebih kejam dari apa yang aku tengok..potong-potong kepala ni cam dah bosan la!hehehe..."

" ko nih, aku tengok tuh sebagai sesuatu yang art je..Horror art! eh grunge Art..kan dulu aku suke edit bende2 camtuh!" "hahahaha"

"ni semua start dari orgish.com la nih!" tambah lagi.

Apil tetap tak puas ati.

"takde-takde..aku tengok mesti ada movie-movie ko yang biasa-biasa..yang lain..yang lagi Art dari tu..yang budget mahal-mahal..hehehe..nanti aku datang!"

"ye.ye..ada.."

hahaha aku gelak aje..padahal memang totally movie aku mesti ada KILL punya..hahahha..

hal kat atas ni terus buat aku teringat kan movie ni..

Evil ED (1995) (Anders Jacobsson)

cerita ni pasal Edward bekerja sebagai penyunting filem dalam Loose Limbs..die lama-lama jadi gile lepas banyak sangat tengok adegan Gore @ kejam yang jahanam-jahanam..sampai benak kepala otak dia..langsung terus praktikkan kat Bos..(bunuh la). mayat bos die dikerat-kerat..pastu satu persatu orang yang datang kat die akan die bunuh..kewl~!..pawer woo mamat Ed ni, macam kena rasuk la sebenarnya..style..kena tembak pun steady..sampailah last die kena tembak tang kepala berkecai bersepai kepala otak die..hehehehe. spoil.ahaks~!