Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2011

Pengakuan.

Argh, aku lupa memberitahu cerita ini...

Selang beberapa minggu kemudian, selepas hari raya, muncul lagi ibu kucing sebelah rumah yang selama ini menghilangkan diri. Rupa-rupanya sepeninggalan beliau, rupanya beliau membawa diri yang lara untuk berbulan madu setelah ada masa terluang tanpa anak, kononnya seperti bujang kembali,seperti janda yang masih laku, disebabkan anak beliau aku telah buang ke lain daerah, beliau rupanya memasang idea baru dan dengan harapan baru beliau pergi mencari jantan-jantan yang kegersangan dan menggoda mereka-mereka untuk mendapatkan segumpal benih!

Cis, memang hebat permainan si ibu kucing sebelah. dengan keadaan perutnya yang membunting, seperti mau menunjuk-nunjuk kepada kami. permasalahan yang dulunya disangka selesai bakal menghantui kembali. akan datang, pasti akan tersebar kembali bulu-bulu, bau-bauan tahi dan di mana ada bau di situ ada macam-macam jenis tahi di tepat hadapan pagar rumah kami.

Kemudian, hari yang dijangkakan sudah tiba, 3 ekor anaknya kecil-kecil molek sedang enak berada di depan rumahku.buka saja pintu dah kelihatan mereka membuat port di depan pintu rumah..persoalannya ialah kenapa berada di rumahku tetapi tidak di rumah tuannya? ini tak boleh jadi, lalu ku halau mereka seperti anjing walaupun mereka itu kucing. tidaklah terlalu ganas, tetapi cukup membuatkan ibunya lari melintang pukang dan meninggalkan anak beliau berurusan denganku.

Jahanam punya emak.tinggalkan anak bila berlaku musibat.yang si anak pula bijak juga lari ke bawah keretaku yang sedang elok parking di hadapan rumah.langsung aku lihat hilang entah kemana.ini tak lain tak bukan mesti menyorok dekat tayar kereta atau bumper kereta yang mana menyukarkan aku mengambil apatah lagi menghalau mereka.lalu ku biarkan begitu saja, tak kuasa nak melayan..dan pagi itu, aku bawa motorsikal saja dan biarkan kereta di rumah...

debaran ceritanya disini..nak dijadikan cerita, motosikal yang aku naiki hari itu mengalami kerosakan, sudahlah aku sudah lambat ke ofis..buat hal pula motor rosak, perjalanan masih jauh ke ofis, dan jauh juga untuk patah balik ke rumah.Lalu aku mula bertafakur mencari idea-idea bernas macam mana aku nak handle permasalahan ni..akhirnya aku menolaklah motor yang beratnya boleh kata boleh membuat kan aku berpeluh jantan..hidung kembang kempis menolak motor, muka menahan malu tapi sabar dengan keadaan sekeliling.

Berkat kesungguhan,akhirnya sampai juga ke workshop yang berdekatan..kemudian motor ku dibaiki.aku menelefon isteriku untuk mengambilku dan menghantar pulang ke rumah untuk mengambil keretaku.hari itu aku gagah juga hendak pergi kerja..di lajukan cerita ini, seperti biasa aku pandulah kereta pula ke ofis,motor aku tinggal ke bengkel nanti petang baru aku deal kembali..dalam perjalanan aku bawak memang laju, maklumlah dah lambat dan hari itu aku ada urusan penting di ofis..ada seketika aku bertembung dengan lopak dan bonggol yang agak tinggi..

tiba-tiba aku merasakan macam ada tak kena dan sekilas aku memandang ke cermin pandang belakang, pada masa tu aku ternampak kelibat mahkluk kecil berguling-guling keluar dari bawah kenderaan aku.Alamak!ini tak lain tak bukan mesti anak kucing awal pagi tadi!rupanya mereka masih ada bawah kereta aku,tidak,mungkin di dalam bumper atau celah-celah kereta yang boleh mereka menyorok.Hal ini memang diluar jangkaan dan kawalan aku. aku tak sangka mereka masih berada di situ dan kebetulan aku terpandang cermin belakang dan masa itu juga terpandang si anak kucing itu tergolek-golek keluar...

Aku tak tau la apa nasib mereka, aku dalam keadaan memandu yang agak laju..langsung kelibatnya tidak kelihatan.nak berhenti ada banyak lagi kereta dekat belakang dan harapnya tak dilanggarlah anak kucing itu.aku merasa bersalah..aku tidak berdendam dengan si ibu kucing tetapi aku jangkakan sudah nasibnya bakal kehilangan anaknya lagi sekali...Aku tak berhenti, aku cuma berharap kucing itu tidak apa-apa..yang pasti cuma seekor yang kelihatan keluar tergolek, yang 2 ekor lagi aku tak tau la macam mana pula,mungkinkah sudah awal-awal lagi tergolek keluar tanpa pengetahuan aku?atau cuma seekor saja yang berada di bawah kereta..

kepada ibu kucing sebelah rumah, maafkan saya dan kepada tuan punya kucing maafkan saya, dan sehingga ke hari ini cuma seekor saja anaknya yang berada di samping si ibu..huh.nasib ada juga anaknya yang selamat, aku ingatkan sudah arwah ketiga-tiga anaknya..

Rabu, 5 Januari 2011

muncul.

Kegilaan masa remaja muncul kembali.Tahun 2011 ni aku percaya aku akan lebih banyak membaca.tak kirala mana sumber bacaan yang aku dapat.yang pasti aku akan mendalami banyak ilmu pengetahuan.chewah, ini dah macam paksa diri gayanya.macam nak jadi profesor dahi luas.dengan style rambut beruban dimakan lemak ilmu.

Sebenarnya aku nak cerita yang aku start mengumpul komik kembali.itu jer.sebab aku jumpa satu kedai komik ni yang ada edisi penuh komik yang aku minat..dulu masa belajar, sumber komik memang mudah dapat. pinjam je komik dari kawan dah boleh baca macam-macam jenis cerita komik..Tapi antara yang menjadi kegemaran aku,tetap genre Gore,thriller & kadang-kadang lucu.Dekat rumah, aku kumpul komik "Eiji Psychometrer" & "Bremen" dari majalah komik kreko.


Sekarang ni aku nak kumpul pulak buku komik " Pencak Nujum"@ FIST OF THE NORTH STAR.cerita yang klasik dan penuh dengan adegan action dan violence.baru je kumpul vol 1-3..kat kedai tu ada full volume.tu yang aku semangat balik nak baca komik ni. secara santai boleh jugak aku mengisi masa yang terluang dengan baca komik sementara nak tunggu bini aku bersiap-siap :).

Jumaat, 20 Ogos 2010

saja.

Ah kata taknak cerita pasal gore masa bulan puasa.Tapi ingkar jugak..bosan la tak tau nak update apa..nak cerita keje memang dah lali sama je setiap hari..nah refresh balik cerita apa ye aku dah tengok..ok..yang ini.

Sukeban Boy(2006)

Filem dari jepun memang tak kira la best ke tak, kalau dah main bab horror/gore, macamana pun aku akan tetap layan..tapi filem ni memang low-budget punya style..amat...simple dan kadang-kadang annoying..jenaka dia bodoh-bodoh piang dan kelakar dia tahap "hehek" je tak panjang macam "hahahahahaha"..kalau nak diukur dari runut bunyian ketawa la..

siapa dah tengok The Machine girl, Tokyo gore police..mesti rasa filem tu jauh lebih menarik la dari yang ini..tapi gore dan ekploitasinya filem ini boleh tahan juga pada setengah-setengah plot..terutama masa Mochiko membelasah dan memotong kaki Kanko yang berkebolehan membuat " Can-can Dance Kick "..dah macam siri guinea pig pulak..
Ok macam ni jalan cerita dia, filem ni pun sebenarnya dari adaptasi sebuah manga dari Go Nagai..mengenai seorang pelajar lelaki nama sukeban yang menyerupai perempuan tapi berwatakan lelaki.Sebabkan fizikal nya yang macam perempuan, dia pun bersekolah di sekolah perempuan.Sukeban ni rupa dia betul-betul macam perempuan sampaikan ayah dia sendiri pun cinta kat anak die sebab comel sangat..tapi di akhir cerita ayah sukeban memendam rasa terhadap sukeban(anaknya),hajatnya adalah untuk suruh sukeban jilat puting die seperti arwah isterinya(mak sukeban selalu buat)..haha..gila!.

latar belakang cerita ni penuh dengan adegan bogel..tapi bukan porno..mungkin pelakonnya dah biasa buat macam tu kat filem-filem lain..dan yang lawaknya dekat sekolah tu ada banyak geng-geng ditubuhkan..macam cerita crows zero..nak buktikan geng mana yang paling kuat..yang tak leh blah nyer..diorang ni tak reti nak pakai baju..lawan pun macam budak tadika yang terdiri dari pesakit sindrom down..kebanyakan plot memang keseluruhannya diambil dekat dalam sekolah je..mungkin masa cuti sekolah kot..sebab tak nampak pelajar lain pun selain watak utama..yelah..budget ciput..tapi takpe aku sabar dan layankan aje..sampai habis..sekali surprise & lawak dia bagi..ada pulak senjata rahsia kat musuh-musuh sukeban ni..siap ada senapang dalam payudara dia (kakak Kanko), dekat peha pun ada (kanko)...Jepun memang pelik.

Cerita ni aku tengok sebelum puasa lagi,jadi jangan salah anggap..ni aku nak ingat balik dan baru nak tuliskan di sini.Filem ni pelakon dia enjoy sangat,main-main jer, ala nak makan berjemaah lepas berlakon..macam tu..lakonan diorang pun suka-suka jer,kalau nak nilai betul-betul,memang teruk betul watak-watak dia..Sukeban Boy cerita yang menghiburkan tapi belum cukup meriah,cuma Awas! penuh dengan darah!

Isnin, 17 Mei 2010

Sekolah

Semalam Sambutan Hari Guru di sekolah Ellia.
Dia kata dia dapat Anugerah chegu paling comel..hahahha
pastu dapat banyak hadiah dari murid-murid dia.

Jeles nya aku dengar, mesti best kan sentiasa dihargai..tambah pulak dapat spesel surat dari murid tertulis "saya sayang cikgu".hmmm jangan lebih2, budak buat cara budak..hahahha nanti aku pelangkong baru tau.kahkahkah. dulu aku nak jugak jadik chegu..mak aku banyak kali suruh masuk maktab jadi cikgu. tapi ntah aku tak menjurus ke situ jugak..Biarla abang aku, adik aku yang meneruskan perjuangan tu..aku duk library sambil tengok kerenah "zombie" sudah..Kadang-kadang kena mengajar jugak zombie-zombie ni nak gunakan database dan macam-macam lagi.so, cikgu la jugak kan?tapi takdelah sampai nak nyanyi lagu cikgu di hari guru..~

Sebut pasal cikgu, teringat zaman persekolahan dulu..jom aku bawak korang flashback dengan menaiki kenderaan doraemon..masuk celah laci kat meja kerja aku ni..wossshhhh!~

kite berenti di destinasi pertama ni :

Sekolah Tadika.

Hui jauh pergi ni..start Tadika tu..tak berapa banyak yang aku ingat,tapi yang bestnya tadika ni aku teringat jer kat makanan die..mee goreng / bihun goreng kat pinggan plastik kecik dan air susu kat gelas plastik kecik..rasa paling sedapla kalau makan masa tu..belajar sikit je,banyak nyer bersukan, main itu ini...yang paling best di ajar gosok gigi..hehehe..oh, masa tuh aku ingat partner aku si kitan..rupanya dari tadika lagi aku kenal kitan ni eh..masa tuh budak ni pandai giler..aku banyak meniru die jer apa-apa..mak dia la tukang masak kat tadika..patutla kitan kerek masa tadika..lain-lain bende aku tak ingat dah..lama sangat.

Jom kita skip pergi tempat lain..

Sekolah Rendah.

Sekolah rendah best..tapi nak refresh balik ingat kenangan lama..banyak..aku cerita apa yang aku ingat je..Darjah satu sampai 2 aku ingat aku duk kelas pandai..cuma darjah tiga ada banyak lukis kartun sangat kat buku..banyak berkhayal terus aku turun kelas bawah..ke tiga bawah..tapi tak bermakna aku tak pandai..hehe..aku jadi ketua kelas..memang apa-apa dalam kelas aku le yang handle..bagi salam, tolong bawak buku cikgu..tu standard..masuk kelas tu aku jadi paling pandai woo..apa jer cikgu tanya mesti aku orang pertama angkat tangan jawab..pawer..aku ingat lagi pelajaran bahasa inggeris..Sir Naqiuddin(Bernard)suruh satu kelas buat cerita dongeng dalam bahasa Inggeris..abis sorang-sorang die suh pergi depan bercerita..sapa tak dapat kena denda..semua dak kelas melopong takut..semua terdiam tak bleh langsung cerita..hahahaha..masa turn aku..aku pun dengan konfiden nya pergi depan..kahakahakah..tajuk jer aku bagi bahasa omputih..tapi ceritanya terus dalam bahasa melayu..tapi sebabkan itu, aku sorang jer tak kena denda..lain satu kelas kena denda jalan itik kat luar kelas..hehehhe..kembang idung masa tu..aku kasi tajuk je dalam inggeris..kahkahkah...

Tahun berikutnya aku naik balik kelas atas.darjah 4.masa ni cikgu kelas aku cikgu Nan. Dia ni nampak rileks,tapi kalau kasi die hot memang bahaya, lempang la jawapannya..garang betul..tapi aku tak penrnah la kena lempang ngan die..geng aku takde wat kecoh sanagt..cume suke gelak-gelak je..cerita itu ini pastu gelak..tapi lepas je periksa tengah tahun aku turun balik kelas kedua atas..huhu..masa ni best..aku satu meja ngan geng budak kaya..Mat Rejab femes masa ni..kacau die jer die akan petik nama abang dia "ROZI"..rumah dia depan sekolah je..penah sekali tuh Rejab ni kena lempang ngan cikgu sebab nakal..apa lagi bila berita ni sampai ke telinga Rozi, abis dia mengamuk kat sekolah..bekap adik dia..Taiko betul Rozi..Rejab pun naik takhta la kereknya..siap ada pembantu lagi si Faisal..hehe..hari-hari jadi balaci Rejab..masa rehat jer mak die antar makanan ikut pagar..pastu makan mesti mewah-mewah..ramai betul budak bodek-bodek ampu si Rejab ni..nak kecek makanan..pow duit beli air kotak..

Pastu yang bestnya aktiviti nakal budak sekolah aku ni adalah kejar ayam yang berada dalam sekolah..cabut bulu!kahkahakah..memang spesel la kalau tengok ayam dalam sekolah aku ni..abis bulu takde!kejam betul budak..geng-geng aku ni plak waktu rehat suke main lumba lari..masa ni aku kawan ngan Rapi..budaknya gemuk tapi lari kuat betul..pawer!..pastu kat kelas, aku femes bab melukis..pendidikan seni memang lukisan aku bleh la champion..tapi yang bestnya ada satu hari tu kitorang disuruh lukis pemandangan, si Azmi ni bengong pergi lukis pemandangan tepi pantai pastu ada batu..kat batu tu ada kapel tengah beromen..kahkahkahkah..siap tulis F.U.C.K kat batu..dah la anto artwork kat cikgu plak,kantoi la..kahkahkah..dah kena sebat kat punggung..pastu cikgu pun eksplen kat kitorang maksud FUCK tu apa..tulis kat papan itam..KAhkahkah...memang banyak kalau nak aku ceritakan bab sekolah rendah ni..cukupla sini je dulu..cuma yang aku ingat takde satu pun aku rapat dengan cikgu masa sekolah rendah..aku cuma ingat kat kawan-kawan je..huhu
Sekolah menengah pulak jom..

Dari sekolah rendah ke menengah aku sekolah kat kampung aku je..tak ke mana..masuk tingkatan satu terus jer duk kat kelas pandai..hehe..tingkatan satu best.sebab aku ingat masa part aktiviti lakonan..Aku ngan geng aku buat la persembahan,yang bestnya cerita tu aku la directornya,siap buat skrip lagi..kasi kat budak-budak, pastu aku plak pegang watak utama..lakonla..ntah masa tuh konfiden level aku memang terbaik la..lakonan menjadi..terus jer geng kami menang dapat tempat pertama dalam aktiviti tu...pastu femes la sekejap aku dengan watak gangster yang aku bawak tuh..melekat nama "Leman" orang panggil aku..kahkahakah..siap dapat surat layang pulak tu..ada peminat dari senior..budak form 2..kahkahkah..nak jadi kakak angkat katanya..heee..aku bukan layan sangat jiwang..kat sekolah aku pemalu beb..dalam otak pikir rock-movie-kartun..kalau ada minat pompuan pun pendam jer..

Masa dari form 1 sampai form 3 aku giat main motor..motor aku Honda Fame.memang ramai anti..bunyi dia pergh siap keluar api kat ekzos..hahahaha..aku ngan Jali la satu geng..tapi sejak eksiden nagn Indera aku dah tak main motor sangat..aku tukar main Gitar.masa ni la aku kenal Ro, Man.Kat sekolah Man kelas belakang, Ro senior..aku kelas ngan Rapi, Kitan...form 2 aku ngan kitan jadi pengawas koperasi..memang tak amanah langsung!kahkahakah..form 4 dah ramai yang berpecah..kitan, Man sekolah teknik..aku ngan Rapi je menten sekolah kat kampung..masa ni la kitorang rapat ngan cikgu..siang malam ngan cikgu..sekolah tambahan..aku ngan rapi paling ok ngan Cikgu Najib..cikgu seni..kitorang la mengejakan buat Mural kat sekolah..banyakla kenangan masa ni..bab Seni memang kitorang la femes kat sekolah,menggantikan geng kembar Ali,Rahim & Hamzah..diorang dah kuar sekolah..

Ok , nak ikutkan aku memang jenis pelajar baek la kat sekolah..takde kena tampar, denda atau di benci oleh cikgu-cikgu..paling kuat pun kena ketuk kat belakang je ngan cikgu Akaun aku..itu pun sebab bising dalam kelas..tapi petandanya..lepas sekolah jer terus aku dapat tawaran kat UiTM belajar Akaun..hahahahha..cube cikgu matematik yang ketuk aku..mungkin aku dapat tawaran belajar Matematik kot..kakahkahkah...

wah ni entry terpanjang..dahla..jom kita balik..syoknya cerita bab sekolah bila bersama kawan-kawan sekolah..Seingat aku,aku tak pernah pun bagi hadiah kat cikgu sempena hari Guru, aku hanya mampu ucapkan Jutaan terima kasih yang mana jasa cikgu akan aku kenang sampai bila-bila..

Rabu, 12 Mei 2010

konvo

Tahniah!







Jejak # 4

Selasa.
9.00 Pagi-10.00 Pagi.
dekat Dewan Sukan UiTM.
Aku pekse.

10.20 pagi.
sharp.
keluar dewan.
pergi mana?



tuuuu dia.....5 jam Perjalanan.
akhirnya sampai.
Casa Lagenda Hotel.
Sg. Petani, Kedah..

adewh...lega dapat baring.
esok kena bangun awal..7.15 pagi.
Ellia konvo di IPSAH.

Selasa, 13 April 2010

atuk.

kenangan di Politeknik Johor Bahru.


A.M. 180 Lyrics
Artist(Band):Grandaddy

Don’t change your name
Keep it the same
For fear I may lose you again
I know you won't
It's just that I
Am unorganized
And I want to find you
When something good happens

If you come down
We'll go to town
I haven't been there for years
But I’d be fine
Wasting our time
Not doing anything here
Just doing nothing

We’ll sit for days
And talk about things
Important to us like whatever
We'll defuse bombs
And walk marathons
And take on whatever, together

Teringat Balik kenangan lama bila dengar Grandaddy dalam movie 28 days later.