Sabtu, 7 Ogos 2010

Tak pergi.


Sori la kawan-kawan aku tak boleh pergi..sejak balik dari singapura lagi aku dah sibuk..aku memang dah had kan masa dalm 2,3 minggu ni..My untie punya masalah baru lepas eksiden kereta.Transport pun terhad.Aku kena hantar die ke workshop that day..dan Mak bapak aku datang dari kampung menginap di Kl..so aku ambik kesempatan hari tu untuk berjumpa mereka..by the way, sapa buat flyers tu? mula-mula aku tengok flyers, aku terbayang ni nak buat parti pemujaan setan atau penyembelihan sesuatu ke?hehehe..kadang-kadang terlintas pulak macam cerita I drink your blood!..bukan apa..font gathering SRG4A tu memang aku peka dan likes kalau kat facebook...hehehe..horror jugak korang ni eh..majlis reunion yang garang dan suspen ke?hahaha..

Apa pun korang sila enjoy..dan lagi satu aku pun rasa lelaki tak ramai hadir, jadinya aku rasa pasti tak seronok kalau aku pergi..kekok pulak..tapi dalam kelas kita dulu memang spesis lelaki makin pupus kan?..masa dekat Politeknik dulu,every semester budak lelaki kelas SRG4A semakin hilang..missing in action..peon & chemau dengan aktiviti ganjanya, Ali, Aruah Razi & wan dengan aktiviti sosialnya..Yunus dengan extendnya..mungkin Yunus frust tak dapat berlakun dalam filem bollywood kot..ada lagi seorang dak kelantan tu..ala sapa nama dia eh?..langsung hilang diri..ntah-ntah dah jadi pembunuh upahan kot...last sem tinggallah Aku,Apis, Iman, Amir, Nandha & Chan..Chemau muncul tak muncul jer..

Sebabkan tuh,aku banyak lagi lepak dengan budak kelas SRG4B..cool..jamming sama-sama ngan budak satu rumah je..dan rumah sewa kami memang rumah macam tempat pembuangan sampah..ok, lebih teruk lagi dah macam tempat lepak dalam citer The Toxic Avenger..oh, I still remember the good old days..bilik aku ada poster besar Jennifer love hewitt..Aku satu bilik dengan Pearsot..bilik kami horror.selalu sangat kena aktiviti tindih..Angker tak angker menten je tido situ..pasang pulak lagu hantu dan layan blue..makin beranak pinak la monster-monster dalam bilik tuh..yeah that's student life di Poli JB..

lagi sekali sori girls, aku tak dapat pergi ke reunion yang ni!..maybe ada part 2 lagi?


Jumaat, 6 Ogos 2010

Wajib.






Bila terjebak dengan filem zombie..filem ini mesti wajib tengok..filem klasik hitam putih ini Arahan George A. Romero.

Filem yang banyak memberi inspirasi para penggemar dan penggiat seni zombie..filem indiependent baget rendah ni sangat laku..untung juta-juta walaupun kos asalnya hanya$114,000..tapi bukan itu yang menjadi ukuran,keberkesanan lakonan dan jalan cerita yang di tonjolkan sangat menggemparkan dan menghiburkan pada waktu itu..sampai sekarang pun aku rasa boleh lagi layan ni..macam tengok cerita P.Ramlee Pendekar Bujang Lapuk..masa tu pun ada zombie,tapi keluar dari kubur tiup trompet...cobaan..!!..

cerita zombie ini patut dijadikan koleksi terhebat anda!

Khamis, 5 Ogos 2010

Selepas itu.

Cerita selepas gigs di Singapura berlarutan.Isnin itu aku cuti.Masa yang berkualiti digunakan untuk berehat dan tido setelah berjaga kerana urat saraf mata dah kembang akibat celik 24 jam..Sementara di sekolah, Ellia berlarutan memaksa kalenjar pituitarinya mempertahankan tubuh beliau untuk berdiri anggun bergaya di hadapan murid-murid..tapi takpe sebab dalam kereta dia sudah lelap di pangkuan aku, ibarat heroin yang sedang baring di pangkuan hero semasa ribuan tembakan meluru ke tempat persembunyian kami dan aku hanya mampu duduk sambil mengukup wajah heroin dari terkena serpihan simen di dinding akibat tembakan itu..saat genting tu aku membalas kembali tembakan mereka dengan shotgun yang mana tepat ke kepala mereka..

Ok, situasi sebenarnya kami duduk di kerusi belakang saje.aku pun lelap juga. :p

Isnin itu aku sudah kembali ke Klang.Menaiki bas adalah perkara biasa semenjak tinggal berjauhan dengan isteri.Sampai je sana Apil menjemput aku di stesen..Sampai je di rumah dah tak boleh menyambung rutin menonton filem..badan letih.terus tido..

Keesokannya kerja seperti biasa bermula, tapi kali ni ada event pula di Library.Hari Mesra Pelanggan..dan aku terlibat jadi sekretariat..Ah,tak suka betul.nak bermesra pula dengan zombie-zombie..mereka boleh pula jalinkan sesuatu yang mendatangkan padah..macammana kalau kemesraan tu digunakan sebagai alat untuk menjangkitkan virus mereka..tentu susah nanti..atau mungkin ini sebagai jerat untuk perangkap zombie agar masuk ke dalam library dan memusnahkan hobi mereka!kami meracun mereka sehingga merebaknya jumlah meraka di setiap sudut rak..lalu membunuh secara beramai-ramai..

Tapi tidak!..sama sekali tidak..mereka dilayan bagai menatang minyak yang penuh.Siap diberikan hadiah bila memenangi aktiviti siapa cekap dan cepat memakan buku..pameran buku menggiurkan para zombie, mereka kelihatan kekenyangan dengan jumlah buku yang banyak terhidang di hadapan mereka.Hari inilah hari kemenangan mereka.

Melihat situasi ini terlintas di fikiran aku, teringat cerita zombie Fido.Tapi bukan fido dido.




Kisah komedi Zombie pada sudut pandangan pengarah yang melihat zombie sebagai rakan karib manusia.. Setelah perang antara zombie dengan manusia berakhir,manusia mendapat ilham di mana zombie masih boleh digunakan sebagai alat untuk membantu manusia terutama dalam tugasan harian.senang cerita zombie dijadikan hamba abdi manusia.Boneka yang boleh disuruh untuk buat bermacam-macam kerja.Tapi tak berapa sempurna di mana zombie ni tidak seratus peratus boleh dikawal.Manusia berkuasa bila alat yang diletakkan di leher zombie berfungsi..kalau tak manusia sendiri tidak dapat monitor zombie dan situasi ini lah di manipulasi oleh pengarah untuk mewujudkan komedi dan horror...Fido antara watak utama para zombie yang berjaya mengikut telunjuk Timmy dan Helen tanpa memakai alat kawalan..cerita ini menarik dan menghiburkan jika para peminat kipasusahmati filem zombie inginkan sesuatu kelainan dalan klise-klise zombie.

Aksi ngeri dalam filem ni :
1. Jiran sebelah Timmy seorang nenek digigit oleh Fido.Kemudian bertukar jadi zombie.
2. Budak yang membuli Timmy bertukar jadi zombie setelah digigit oleh Fido..lalu bertukar jadi zombie dan nak menyerang Timmy pula..tapi mak Timmy Helen sempat langgar zombie tu dengan kereta.

Rabu, 4 Ogos 2010

Jelajah.

Trip ke Singapura

Sebelum terbenam memori ditindih oleh kemasukan impuls-impuls yang baru di dalam benak,baiknya aku memahatnya di sini..peristiwa kejadian 31 Julai di kota Singapura dan hari sebelum selepasnya menggamit kenangan yang indah.Keperihan yang dialami selepas saat gembira tu dijadikan pengalaman yang cukup bermakna dan akhirnya aku bersyukur kerana selamat segala aturcara dan pulangnya aku dan kawan-kawan dengan senyuman girang tapi penuh kepenatan.

30 Julai.

bermulanya pada hari jumaat, sebelum bertolak ke Johor Bahru, aku kerja seperti biasa.aku masih berposisi duduk di atas kerusi ofisku.Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu..habis saraf-saraf aku salurkan dari otak ke tangan,lalu ke adobe illustrator..di sini dah jelas keserabutan urusan kerja aku yang mana semua disiapkan dengan pantas..keributan ini kerana dapat kerja minit akhir..hari selasa minggu depannya ada acara yang perlukan khidmat aku..jadi aku memang tak boleh bercuti hari jumaat tu..mana nak fikir pergi singapura lagi..Ellia sudah pun sampai di Shah Alam pukul 3 petang.Dari Pahang membawa savvy memang sudah kebiasaan baginya..semua rakan-rakan pun tinggal menunggu aku yang masih bekerja..Malam sebelumnya aku sudah tidak cukup tidur kerana sesi praktis Toxictoy berlarutan sampai pukul 3 pagi..

Akhirnya dalam pukul 7 petang jumaat itu aku berjaya siapkan segala kerja.Seberapa pantas aku mengemas apa yang ada dan bergerak pulang seawal mungkin..Kami laki bini bawa apa yang ada dan bersedia untuk bertolak..tapi ke KL dahulu untuk bersama mereka yang lain..itu pun sudah pukul 11 malam baru bertolak..jahanam betul pilihan jalan yang salah kali ini.ikut federal memang silap besar pada jumaat malam.dari Shah Alam memang jalan macam taik.Abis 2 jam dalam perjalanan ke KL sahaja. Dengan pura-pura senyum kami sampai ke KL di pelusuk rumah namO..kami menjemput Ken Ron Man dan Debab menaiki Savvy kecil ini..Bermulalah perjalanan kami dari KL ke JB pada pukul 1 pagi!

setelah 5 ke 6 jam memandu akhirnya sampai ke rumah Yanti di Perling seperti yang dirancangkan..itu pun setelah kena sound dengan mak yanti "ha korang duduk situ diam-diam!" setelah puas kami berbicara mencari lokasi yang diharapkan muncul..tapi tak jumpa-jumpa juga,akhirnya kami berhenti di 7eleven yang diketahui oleh mak Yanti. Betapa penatnya punggung aku,itu pun nasib Ellia sudi tukar memandu.Harapkan orang belakang langsung padam dah.Shutdown terus..

31 Julai

Hari kejadian, kami hanya berehat dalam 3 jam je di rumah Yanti..pagi itu kami mendapat layanan istimewa oleh Mak Yanti..hidangan sarapan dan informasi di Singapura sudah cukup untuk kami hargai..ada yang mengambil kesempatan untuk berehat lagi di bilik atas rumah yanti..pukul 11 pagi kami harus berada di kota Singa..itu perjanjian antara Namo dengan Akiff..dari Perling kami bertolak naik Bas.kami tumpang parking kereta di rumah Yanti..Sampai ke sempadan Singapura kami kena check pasport..kat sini berlaku salah faham..yang menyebabkan kami jadi lambat kerana terlepas bas yang kami naik sebelumnya..hampagas!

ini semua sebab tak ikut amanat yang mak yanti cakapkan.huhu..yalah boleh dimaafkan kot sebab kali pertama.tak tahu..Ok dapat je bas kami ke destinasi seterusnya..sampai jambatan yang memisahkan Johor dan Singapura..memasing dah teruja macam ayam masuk tempat penyembelihan.Kat situ kami kena lalui border untuk cek pasport dan cek barang-barang..semua lepas kecuali adik beradik bertoksik ni..ada sesuatu dalam diri mereka sampai ditahan oleh pihak imigresen sana..scan badan berbunyi!suspen.mungkin dalam badan Namo & Man ada satu pakcik kama letak kamera tersembunyi kot.Nak tengok apa anak die buat kat singapura nanti..tapi akhirnya lepas juga..mungkin Man mengeluarkan bau dari mulutnya menyebabkan pegawai tu caci maki dalam hati dan bertindak tak nak cari pasal dengan artis serba busuk ini..
Seterusnya, kami sampai di Jurong.Bas stesen di Singapura.Kat Sana kami bertemu dengan Akiff,Nuriman & Sahil..mereka terus bawa kami ke satu lagi destinasi..ke hotel katanya di area Gelang..kami 7 orang.mereka terpaksa membawa naik 3 teksi untuk kami..rupanya mereka tiada transpot.memang teksi adalah ejen pergerakan kami..sampai di Hotel kami melalui satu lorong yang mana terjojol la susuk badan yang menggiurkan di celah-celah dinding bangunan..bila semakin dekat semakin diperagakan gaya yang lebih melentikkan..lalu isyarat wang pun ditunjjukkan tapi aku tengok keputihan kulit je yang boleh pergi jauh,tengok rupanya alamak dah nak taraf nenek..kami pun buat-buat sombong dan tarik muka.Sampai bilik hotel kami berehat sebentar dan keluar semula mengikut Akiff,Nuriman & Sahil ke tempat studio.

Kat situ tempatnya tak ubah seperti di Masjid India di KL..lebih kurang.bangunannya pula seperti di Melaka & Ipoh..old school.kat situ kami jenguk-jenguk tengok studio dulu.Kemudian kami letak barang muzik dan jabat tangan dengan tuan punya studio..ramah orangnya.kami turun dari situ dan cari tempat untuk makan..Kami mengambil keputusan untuk menjamah Nasi Penyet di satu kedai di sana..Makanan dia memang sedap!kami siap tambah-tambah nasi lagi..Dalam pukul 5 petang gigs pun bermula..

Dalam 7 band terlibat.memasing memberikan persembahan yang bertenaga.semua Punk Rock band..aku lebih memberi perhatian pada band Murder by Ska..persembahan yang biasa tapi memukau juga dengan vocal yang sedap dan menarik..ala-ala Operation Ivy & Rancid..band Norphrunt adalah band sebelum kami..memang persembahan yang mantap..sebelum tu ada band yang mana mengikut kata Akiff band yang dah komersial di Singapura..sedang meningkat naik dalam industri muzik Singapura dan pernah memenangi anugerah di majlis muzik di sana..Oh, ini memang buatkan aku goyang..dan aku tengok persembahan mereka memang tight.Nuriman terlibat dan main drum..
Kami diberikan bilik yang khas untuk berehat, dikesempatan tu kami ambil masa untuk berlatih dan berbincang pasal playlist lagu..best pulak rasa ada tempat khas.sekali lagi terharu dengan layanan kawan-kawan di singapura..bilik cukup selesa siap penghawa dingin..kami seperti artis besar!.padahalnya..dengan kepercayaan itu kami tekad nak bagi persembahan terbaik malam tu..setelah semua band beraksi, kami band yang terakhir main..crowd yang pada mulanya ramai dah semakin tiada.ramai yang dah pulang kot..baru pukul 10 malam..tapi ada jugalah ahli-ahli band sana yang setia menunggu..kami pun tak kisah dan harap semua enjoy malam tu..setiap persembahan diiringi tepukan dan suasana masa Toxictoy main menjadi semakin meriah setelah kami menjemput Nuriman dari random Arrival untuk sama nyanyi dengan kami..seperti biasa lagu Hopefully OK menjadi lagu penamat dan setelah 13 lagu dimainkan kami pun selesaikan misi kami dengan ucapan ribuan terima kasih..

Dah habis main kami lepak-lepak lagi di studio dan tak sangka Abang Tuan studio suka Toxictoy dan membeli CD kami.bukan itu saja,dia siap minta autograf dari kami.betapa terharunya peristiwa tu.janggal betul nak siap sain-sain ni..setelah bergambar dan bersalaman kami pun beredar dari studio dan berehat untuk makan di kedai mamak..kat situ kami makan Murtabak ayam & daging yang berharga 5 dollar.sedap!..kami belanja semua makanan bersama-sama dengan wang yang diberikan oleh akiff sebagai "wang upah main" dia kata..

masa tu dah pukul 12 malam.Esok kami dah berangkat pulang..jadi kami masih tak puas berada di Singapura.lalu kesempatan yang ada tu kami gagahkan juga untuk pergi pusing-pusing town Singapura..akhirnya keputusan dibuat dengan pergi ke Mustafa Central..tempat yang sesak denagn manusia..Bangla ramai..komplek beli-belah tu buka 24 jam.memang ramai tourist,.masa perjalanan ke sana Sahil tolong bawakan beg gitar aku..mereka tidak tangan kosong.masing-masing berat sama di pikul.sikap itu buatkan aku kagum dan hormat pada mereka.Sampai di Mustafa Central,mereka menjaga barang-barang kami, dan hanya Sahil yang menemani kitorang berbelanja..memang tahan sabar jelah budak sahil ni dengan kitorang.lama betul bershopping.

kemudian pukul 2 pagi kami pulang ke hotel.Waktu macam ni para-para prostitute lagi la banyak berkeliaran..lorong yang gelap tu di bawanya Akiff saja nak tengok-tengok katanya..dengan kepenatan yang melampau kami dah tak sabar nak masuk bilik hotel.Esok hari jumpa lagi dengan mereka.

1 Ogos

Pukul 1 tengahari kami dijemput semula oleh mereka dan memasing ada hal sebelah petangnya..aku pun mengejar masa kerana perlu segera pulang ke pahang lagi.Ellia kena kerja pada hari Isnin..lalu mereka terus saja hantar kami pulang ke stesen bas Jurong..dari tarikh kami dijemput sampai la kami dihantar semula ke stesen segala penginapan, perjalanan, makan di belanja oleh mereka..memang kami terhutang budi dengan layanan mereka..Sampai di stesen bas kami berborak dan ikut perancangan seterusnya mereka mahu bertandang ke Pahang pula.kedatangan mereka memang di alu-alukan di sini..nak rasa suasana kampung kata Boy.Kami sempat juga pergi ke pasaraya berdekatan untuk shopping terakhir di sana.Man beli Ray Ban untuk bapa kesayangannya..Ellia dan Ina beli pakaian dan beg di Esprit sana.Murah kata mereka..Selesai saja pukul 4.30 petang baru kami bertolak ke JB semula..Suasana perpisahan bagaikan Askar yang hancur kaki terpijak periuk api lalu di bawa pulang oleh helikopter setelah cedera di medan perang..lambaian tangan je boleh di praktikkan..kami melihat kelibat Akif,Nuriman & Sahil semakin berjauhan dari tingkap bas..(bukan helikopter)huhu..
Begitulah perjalanan kami di Singapura.Kepenatan tak berhenti di situ.Sampai di JB, kami terpaksa menyusahkan Mak Yanti untuk jemput kami semula di Perling..dan sampai di rumah Yanti kami ambil kesempatan untuk berehat dan sembang-sembang dengan mak Yanti.tepat pukul 8.30 malam barulah kami bertolak ke KL.Sebelum tu kami sempat jenguk Yanti dulu di tempat kerja dia.Terima Kasihla Yanti sudi jadikan rumah yanti jadi tempat persinggahan kami.kali ni aku dah tak boleh berkompromi dengan Man.dia terpaksa juga bawa kereta ke KL,sebab aku nak simpan tenaga.dah sampai di KL.pukul 3.30 pagi, aku pulak kena memandu balik ke Shah Alam.kemudian dalam pukul 4 pagi tu..aku memandu pula ke Pahang!..aku memaksa pituitari dalam badan aku untuk berjaga 24 jam..Akhirnya selamat sampai juga di rumah pukul 6.30 pagi Isnin.Ellia lagi dasyat, sampai je rumah terus kena bersiap pergi sekolah!..

ps : gambar dan Video live di Singapura terdapat di facebook aku.

Selasa, 27 Julai 2010

Bandito..


Dah lama aku tak update pasal band..Ok terbaru ni Toxic Toy akan main di Singapura..Bila dapat tau perkara nih dalam beberapa bulan lepas, aku dah rasa teruja sebab dapat pergi sana terutamanya melakukan persembahan kugiran..Ini semua atas jemputan Akiff dari band Random Arrival yang berasal dari Singapura..perkenalan dan sama-sama menjayakan gigs di Melaka membuahkan rasa minat di antara kami..minat yang macam mana tu?minat muzik yang menyatukan kami.Punk Rock.tak sangka rupanya ajakan Akiff bukan omongan kosong..Rupanya dia aktif juga dalam mengajurkan aktiviti kugiran di sana..

Dan kali ni, aku mengajak isteri untuk turut sama pergi ke Singapura.kebetulan masa kerjanya terluang.tiada halangan kali ini dan seterusnya kami perlu buat pasport untuk ke sana.Bila mana nak kena buat pasport tu mencuakkan diri aku kejap.pasal apa?sebabnya takut tak boleh ke luar negara di sebabkan sekatan dari PTPTN.leceh betul.nasib cek senarai blacklist nama aku dan Ellia tidak terlibat.mungkin belum lagi..dengan kepercayaan itu, kami membuat pasport dengan perasaan teruja.Bukan apa, selain ke Singapura mungkin di hujung tahun boleh pergi ke mana-mana destinasi lain pula..dapat pergi ke Bali pun da cukup bagus..Abang aku pun setiap tahun pergi ke Indonesia, kali ni aku mesti ikut dia!Al Maklumla pasport dah ada kan.

Berbalik pada show di Singapura ni nanti, dalam minggu ni aku giat praktis..dengan kesempatan masa yang ada aku gunakan untuk mengocok-ngocok tali gitar aku.Mengikut alunan lagu Punk Rock ciptaan Man Ken Ron..dah seberapa lama tak jamming bersama.memasing dengan agenda hidup sendiri.tapi sekali lagi muzik menyatukan kami..Khamis malam barulah Man akan ke KL dan malam tu kami akan praktis..persediaan memang perlu, demi menjayakan show di singapura..walaupun agendanya berhibur selain itu dapat jugalah berkenalan dan tukar-tukar stuff ke.. Ini adalah kali pertama kami ke Singapura.kali pertama Toxic Toy begitu jauh menjelajah dan bermain muzik.Jadi, Ini perlu di pandang serius.kami kena berikan persembahan yang terbaik.

Kali ni juga kami menjemput Boy dari GGK untuk sama-sama memeriahkan Toxic Toy.hehe sebenarnya untuk bantu aku yang selalu tersalah chord bila bermain di khalayak..dengan bekap dua gitar juga boleh dapatkan sound yang lebih padat dan harmoni..Terima Kasih Boy sebab ko mau join..Goyang jugak ni aku nak main kat sana..sebab kali pertama.Tapi dengan ada Boy aku ok sikit..Tambah pulak Boy sudi bagi khidmat kenderaan beliau..setel masalah tansport.Asalnya nak pergi ke sana menaiki keretapi dari sentral.Tetapi tiket dan penuh pulak, lepas tu nak naik bas, tetapi kami rasa goyang la pulak nak naik bas..akhirnya keputusan di buat dengan menaiki kereta sahaja..dua biji kereta.kereta Ellia dan Kereta Boy.lepas tu cadangnya nak singgah di rumah Yanti di JB dan esoknya menaiki Bas masuk Singapura.Mungkin itu plan yang terbaik buat masa ini..

Tengok kat Flyers tu.Betapa penghormatan diberikan kat Toxic Toy.Tulisan besar-besar pulak tu.Malaysian Punk Rockers dan opening band datangnya dari band-band singapura.Betul-betul kami rasa macam budak sekolah yang baru pindah ke sekolah lain dan dikerumuni oleh Budak sekolah yang hensem-hensem dan cantik-cantik.Macamlah kami ni band yang besar dan bagus sekali di Malaysia.Walhal, Kami ni amatlah barainya dan kelu/kaku bila melakukan persembahan..tapi apa ada hal, dah orang ajak,pergi jelah..timba pengalaman.hehe

Buat sesiapa yang nak join.Marilah ke Singapura sama-sama..Meriah-meriahkan walaupun venuenya di Studio sahaja.kira ok lah tu sebagai permulaan.

Selasa, 20 Julai 2010

tukar.

Sejak kena duduk di kaunter menguruskan buku pulang dan pinjaman, aku dah menyampah dengar perkataan buku. Sampai tengok kat blog aku ada perkataan buku..aku rasa nak tukar.
aku gantikan dengan Brains!!..quote yang aku ambil dari movie zombie Return of the living dead..bila mana zombie sedang ketagihan daging manusia,sambil mengejar manusia sambil berkata "brains!Brains!"...macam tu jugakla zombie di library aku ni yang dahagakan brain!brain! dengan menyedut lemak-lemak yang terdapat dalam buku!

The Return of the Living Dead (1985)


Mr.Tarman

Isnin, 19 Julai 2010