Isnin, 30 November 2009

Jamming Raya!

Alang alang balik tak kira la malam raya ke jamming terus jalan!kali ni aku ngan Toxictoy practise 2 lagu baru dan cover songs dari Northern19-Never Ending Story,Dradnats-promise,MXPX-Buildings Tumble,Gumx-The Way I walked...pastu plan nak jamming ngan Pudin(Ribut) tapi tak jadi pasal ada orang lain dah book studio..huhu sori Bro tak leh nak Grinding malam tuh!

Pastu malam kedua Toxictoy layan practise lagi pastu aku jamming dengan Hi-Score pulak..band ni memang time raya je jamming,huhu rare betul!bulat bikin lagu baru yang mana spontan je di tambah-tambah..jadi la lagu macam ala-ala Fugazi..hahaha..pastu next song lagu rock and roll zaman bila ntah..reka je siap ada part solo masing-masing..hahahha..drum solo,bass solo, gitar solo..poyo je.kitan la silap taknak nyanyi sambil pakai baju lafuming..kalau tak mesti best kalu kitan nyanyi sambil tangan macam nak berdikir..tak pun RAWWIE ke nyanyi..

gambar ni masa tengah Jamming kat Studio Jerantut.

praktis apa yang patut,ha part ni aku solo!hehe






Sabtu, 28 November 2009

meriah!

Raya Haji tahun ni agak sesuatu bagi aku, pertamanya aku beraya bersama pakcik, makcik, sepupu & anak saudara sepupu berkumpul kat rumah mak aku,beraya di Pahang..petang hari khamis tu baru bertolak dari Klang..aku jadi pemandu arah kat makcik aku pasal tak biasa jalan nak ke Pahang..Jalan dah la Jem..nasib dapat pekena white coffee panas saiz large kat On The Run..pergh..segar skit mata!!

Next stop plak kat Genting Sempah, baru la jumpa pulak ngan sepupu aku yang tengah mencekik kat R&R situ..aku malas nak makan pasal aku biar lapar nanti nak makan masakan mok aku kat kampung..aku pekena buah berangan (chestnut) udah..

Gerak gerak gerak khas sampai la kat Padang Piol pukul 12 lebih jalan jem punya pasal..tetiba dapat SMS dari ken roon ajak jeming terus kat Jerantut..pergh!aku bawak pakcik aku,takkan nak suruh dorang balik sendiri!tak pun ajak layan Toxictoy jamming?..ko gile?pakcik aku lahir tahun 1926..mana nak layan!dalam kete pon aku tak boleh nak layan lagu Punk Rock sangat..nanti pakcik aku pening..hehe..bagi die dengar lagu weezer je..ok sikit..

jadi memang meriah raya kat umah aku..ramai saudara mara!tunggu turn mandi memang best..berderet macam citer seniman bujang lapok!..tapi bilik air dalam rumah la..hehe..

oh yang keduanya,,macam kata Bulat la..raya kali ni last beraya bujang..hehe..

Selasa, 24 November 2009

sayonara 25!

Selamat tinggal angka 25 pada 25 November 2009..aku melangkah ke angka 26 hari ini..Apa yang aku dah buat selama hidup setengah usia ni?ceh..bajet mati umur 50 ke?hehe

sebenarnya apa tujuan setiap manusia hidup?
macam cerita Astro Boy yang aku tengok dengan kitan & mije malam tadi..
akhirnya Astro atau toby tahu tujuan dia diciptakan..
aku pun perlu tahu apa tujuan aku.bakat aku.kenapa tahi lalat aku di tangan?
apa jasa aku selama ini?apa pahala dosa aku?
keseimbangan baik jahat..apa matlamat hidup aku?

semua masih tanda tanya..adakah aku dah jumpa jawapannya?
tapi aku masih dalam usaha.
mende-mende macam ni la yang membuatkan aku cipta lagu kertas putih suatu ketika dulu..hehe.
check out :
amp.channelv.com/dollythesheep
apa pun aku tiada siapa.
manusia biasa.
tetapi bermimpi menjadi luar biasa.
automatik terasa perubahan.
kematangan.
stereotaip manusia.
berkahwin.berkeluarga.berketurunan.

Selamat Hari Lahir yang ke 26.

Terima Kasih pemberian oksigen selama 25 tahun.
sayonara 25!

Khamis, 19 November 2009

we love Northern19

TOXICTOY nak cuba jamming lagu ni!..Northern19 - Never Ending Story.



Rabu, 18 November 2009

Anjing!!


Thanks to Luie sebab rekemen kat aku cerita ROMEO JULIET arahan Andibachtiar Yusuf ni.
oh ni bukan romeo juliet citer omputih tu ye..ini cerita pasal HOOLIGANS kelab bola sepak terbesar kat indonesia!Cerita mengenai sekumpulan fanatik bola sepak The Jak (Jakarta) vs Viking (Bandung) atau lebih mudah nak faham percintaan konflik antara Rangga a.k.a romeo samseng (the Jakmania a.k.a Persija) dengan Desi a.k.a juliet adik samseng geng (Viking A.k.a Persib)..

hmm..cerita yang betul2 macam kata luie menceritakan keburukan orang..hehehe..kalau kita (Rakyat Malaysia Khususnya) yang tengok mesti kita akan cakap bodoh betul diorang ni..anjing!..patutla Indonesia huru-hara..tapi kalau dilihat sudut realitinya memang ada pun sifat fanatism dalam diri disebabkan taksub terhadap sesuatu. tak kira la dikalangan sapa-sapa pun. memang dah gile bola..jadi ego dan darjat bola tu tersemat menjadi sebati dan sensitif dalam diri.lepas tu pemain dan penyokong dah macam ada semangat jitu persahabatan, keluarga...itu yang kalau kalah penonton jadi bengang..terguris,x puas ati..hahahaha...padahal tu dah adat permainan..

ok2..

cerita ni standard cerita hooligans la..macam green street..football factory..the firm..cuma beza nya asas cerita ni adalah pasal cinta,pengorbanan, persahabatan..apa yang menarik part gaduh cerita ni boleh tahan bagus..real,x berapa nak gore..cuma watak2 pelakon die tu yang bagi aku spoil juga la..karektor tak hidup..hehe..lagu background x best..senang cerita aku tengok cerita ni pasal nak tengok scene gaduh je..haha..tapi tulah..aku rasa director cerita ni memang bersikap liberal..apa yang ditonjolkan pada watak hero & heroin ni seperti seorang yang beragama islam,tapi minum arak..yang heroin nye rileks je ada tattoo..gaduh sesama sendiri..racist..cinta yang tiada batasan..dendam..hmmm sesuatu yang memang realiti dan mungkin positifnya mahu perubahan dan teladan disebalik semua yang ditonjolkan.

ok pastu skrip cerita ni sempoi abis..aku suke bahasa "anjing" nya yang memang dari mula cerita sampai abis diorang guna..masa Rangga ngan Desi mula-mula jumpa pun guna ayat ni "persija anjing"(Jak is dog) kata Desi, pastu Rangga balas "Persib Anjing"(Viking is Bitch)..masa ni diorang tengah peluk nak bercium.(?)

pastu skrip scene ni pun best bagi aku...scene lepas kawan Rangga kena belasah sebab yelah line panas Rangga pergi kawin lari ngan adik geng Persib (Viking)...

" Ga,Hey.Cinta Lu absurb gen, ah sumpah benar-benar abstrak lu! lu lihat gen, mana ada sih,orang lain jatuh cinta sampai bikin org lain balut-balut kayo gini!(luka kena belasah)lu pikir lu romeo?lu pikir Jakmania sama Viking tu montague dan capulet apey?"...hehe

Sapa yang fanatik kelab bola sepak patut tengok cerita ni..
terutama fanatik kelab bolasepak kelantan.
Harap pengarah cerita Budak Kelantan buat lanjutan cerita Budak Kelantan
mungkin pasal hooligan bola sepak kat sana ke?
hehe..

Selasa, 17 November 2009

review tak habis

aku google pastu terjumpa ada orang review pasal band TOXICTOY..

tapi kenapa dia review tak habis?huhu..
aku pun tak faham..tuan die je yang tau..

ni antara review yang die buat..sumber dari :
http://resaksaksemacamberuk.blogspot.com/2009/11/ulasan-tidak-rasmi-mengenai-band.html


Apa pun terima kasih.

ulasan tidak rasmi mengenai band : TOXICTOY feat review gig NUFAN

Sebenarnya aku dah lama tak dengar secara tegar lagu-lagu pangrok ni.
Lepas aku start secara serius dengan band aku, secara tiba-tiba corak pendengaran lagu-lagu yang aku pilih lebih ke arah satu genre.Lebih-lebih lagi banyak band yang konon-kononnya pangrok muncul dalam mainstream dan buat konsert(band luar);menambah lagi pengikut-pengikut 'pangrok' yang rasa itu yang paling 'pangrok' mereka pernah dengar.
Aku jadi poser pangrok sampai la ke tahap aku tak dengar lagi album coaster nofx tu.
tetapi semuanya berubah masa gig no use for a name...(macam cerita kisah benar)


_________________________________________

Pada saat aku dapat berita no use main kat kl aku terus contact abang-abang aku,
tanya maw pergi ke tak; sebab abang-abang aku dengar no use dan band2 yang seangkatan macam tu, dan pada aku ni la masanya nak lepak lagi sama-sama sebab time raya aritu tak puas lepak ramai-ramai satu family.
Time raya hari tu aku confirmkan berapa orang nak pergi n terus beli tiket presale dengan adik abang dozo. Punye la susah memikul tanggungjawab memegang duit dan memastikan semua recruit setuju, tapi at last selesai,aku rasa lega dan berkarok dekat 2000 dengan hati yang tenang.

___________________________________________

Pada hari gig no use tu, macam biasa gig start lambat sedikit dari yang tertulis.
Biase la, crowd pun datang lambat macam mana nak start gig, kesian pulak nanti band yang main mula2 ye tak?
band first main aku tak dapat tengok sebab tunggu kawan, masuk pun dah last song rasanya, tak silap aku band Dosound la. Lepas tu baru la band Toxictoy(kalau aku tak silap, aku tulis review ni lambat sangat aku dah lupa, hahahaha), first time aku tengok band malaysia yang bawak ala-ala pangrok jepun, macam hi-standard ada, macam nofx ada, aku seronok dengar. tapi tengah aku layan baek punya, tiba-tiba ada suara cakap....




review bersambung...<--------------kenapa plak(???)

Isnin, 16 November 2009

sesiapa tolong jelaskan.


Aku adalah peminat movie gore.
baru tadi aku tengok cerita horror gore jepun bertajuk "SUICIDE CLUB" a.k.a "SUICIDE CIRCLE" (2002).cerita ni dah lama..tapi aku baru nak tengok pasal baru tau pasal cerita ni..
Sesiapa dah tengok cerita ni?sebab aku memang sungguh termisterius terhadap cerita ni!!
sungguh pyscho.x faham.karektor yang keluar masuk.tapi sangat impak.Apa yang paling menarik pasal cerita ni adalah "opening scene" dia..memang epik dan mass gore!dengan soundtrack muzik kanak-kanak yang riang,macam lagu tadika,seperti menunjukkan yang bunuh diri itu tersangatla mulia!hehe....OK cerita ni cerita indiependent dan telah memenangi "Most Ground-Breaking Film" di Fantasia Film Festival (2002).

ni opening scene yang aku maksudkan..tengok video nih!



plot-plot bunuh diri memang banyak bagi idea la kepada anda yang nak bunuh diri tu..hehe..jangan takut mati ya..just do it!hehe..

opss!jangan terpengaruh..ok harap sapa-sapa yang dah tengok cerita ni boleh tak cerita kan details..sebab aku memang tak faham dengan kepala otak director kontrovesial " Sion Sono" ni..hehe..He's so goreist!..ada juga sekumpulan POP GROUP yang sampaikan lagu mesej suicide yang memperdayakan sampai orang dengar boleh bunuh diri..entahlah..yang paling pelik geng-geng budak kecik pulak tu yang pyscho...pastu ada plak mamat gothic poyo,ingatkan dia yang mastermind..pastu..terus dibiarkan misteri..camne cerita ni boleh menang Awards eh?huhu..xpe nanti aku tengok prequel/sequel seterusnya.."Noriko's Dinner Table"...(lagi banyak menang awards cerita nih) Arahan Sion Sono.