Isnin, 30 November 2009

Jamming Raya!

Alang alang balik tak kira la malam raya ke jamming terus jalan!kali ni aku ngan Toxictoy practise 2 lagu baru dan cover songs dari Northern19-Never Ending Story,Dradnats-promise,MXPX-Buildings Tumble,Gumx-The Way I walked...pastu plan nak jamming ngan Pudin(Ribut) tapi tak jadi pasal ada orang lain dah book studio..huhu sori Bro tak leh nak Grinding malam tuh!

Pastu malam kedua Toxictoy layan practise lagi pastu aku jamming dengan Hi-Score pulak..band ni memang time raya je jamming,huhu rare betul!bulat bikin lagu baru yang mana spontan je di tambah-tambah..jadi la lagu macam ala-ala Fugazi..hahaha..pastu next song lagu rock and roll zaman bila ntah..reka je siap ada part solo masing-masing..hahahha..drum solo,bass solo, gitar solo..poyo je.kitan la silap taknak nyanyi sambil pakai baju lafuming..kalau tak mesti best kalu kitan nyanyi sambil tangan macam nak berdikir..tak pun RAWWIE ke nyanyi..

gambar ni masa tengah Jamming kat Studio Jerantut.

praktis apa yang patut,ha part ni aku solo!hehe






Sabtu, 28 November 2009

meriah!

Raya Haji tahun ni agak sesuatu bagi aku, pertamanya aku beraya bersama pakcik, makcik, sepupu & anak saudara sepupu berkumpul kat rumah mak aku,beraya di Pahang..petang hari khamis tu baru bertolak dari Klang..aku jadi pemandu arah kat makcik aku pasal tak biasa jalan nak ke Pahang..Jalan dah la Jem..nasib dapat pekena white coffee panas saiz large kat On The Run..pergh..segar skit mata!!

Next stop plak kat Genting Sempah, baru la jumpa pulak ngan sepupu aku yang tengah mencekik kat R&R situ..aku malas nak makan pasal aku biar lapar nanti nak makan masakan mok aku kat kampung..aku pekena buah berangan (chestnut) udah..

Gerak gerak gerak khas sampai la kat Padang Piol pukul 12 lebih jalan jem punya pasal..tetiba dapat SMS dari ken roon ajak jeming terus kat Jerantut..pergh!aku bawak pakcik aku,takkan nak suruh dorang balik sendiri!tak pun ajak layan Toxictoy jamming?..ko gile?pakcik aku lahir tahun 1926..mana nak layan!dalam kete pon aku tak boleh nak layan lagu Punk Rock sangat..nanti pakcik aku pening..hehe..bagi die dengar lagu weezer je..ok sikit..

jadi memang meriah raya kat umah aku..ramai saudara mara!tunggu turn mandi memang best..berderet macam citer seniman bujang lapok!..tapi bilik air dalam rumah la..hehe..

oh yang keduanya,,macam kata Bulat la..raya kali ni last beraya bujang..hehe..

Selasa, 24 November 2009

sayonara 25!

Selamat tinggal angka 25 pada 25 November 2009..aku melangkah ke angka 26 hari ini..Apa yang aku dah buat selama hidup setengah usia ni?ceh..bajet mati umur 50 ke?hehe

sebenarnya apa tujuan setiap manusia hidup?
macam cerita Astro Boy yang aku tengok dengan kitan & mije malam tadi..
akhirnya Astro atau toby tahu tujuan dia diciptakan..
aku pun perlu tahu apa tujuan aku.bakat aku.kenapa tahi lalat aku di tangan?
apa jasa aku selama ini?apa pahala dosa aku?
keseimbangan baik jahat..apa matlamat hidup aku?

semua masih tanda tanya..adakah aku dah jumpa jawapannya?
tapi aku masih dalam usaha.
mende-mende macam ni la yang membuatkan aku cipta lagu kertas putih suatu ketika dulu..hehe.
check out :
amp.channelv.com/dollythesheep
apa pun aku tiada siapa.
manusia biasa.
tetapi bermimpi menjadi luar biasa.
automatik terasa perubahan.
kematangan.
stereotaip manusia.
berkahwin.berkeluarga.berketurunan.

Selamat Hari Lahir yang ke 26.

Terima Kasih pemberian oksigen selama 25 tahun.
sayonara 25!

Khamis, 19 November 2009

we love Northern19

TOXICTOY nak cuba jamming lagu ni!..Northern19 - Never Ending Story.



Rabu, 18 November 2009

Anjing!!


Thanks to Luie sebab rekemen kat aku cerita ROMEO JULIET arahan Andibachtiar Yusuf ni.
oh ni bukan romeo juliet citer omputih tu ye..ini cerita pasal HOOLIGANS kelab bola sepak terbesar kat indonesia!Cerita mengenai sekumpulan fanatik bola sepak The Jak (Jakarta) vs Viking (Bandung) atau lebih mudah nak faham percintaan konflik antara Rangga a.k.a romeo samseng (the Jakmania a.k.a Persija) dengan Desi a.k.a juliet adik samseng geng (Viking A.k.a Persib)..

hmm..cerita yang betul2 macam kata luie menceritakan keburukan orang..hehehe..kalau kita (Rakyat Malaysia Khususnya) yang tengok mesti kita akan cakap bodoh betul diorang ni..anjing!..patutla Indonesia huru-hara..tapi kalau dilihat sudut realitinya memang ada pun sifat fanatism dalam diri disebabkan taksub terhadap sesuatu. tak kira la dikalangan sapa-sapa pun. memang dah gile bola..jadi ego dan darjat bola tu tersemat menjadi sebati dan sensitif dalam diri.lepas tu pemain dan penyokong dah macam ada semangat jitu persahabatan, keluarga...itu yang kalau kalah penonton jadi bengang..terguris,x puas ati..hahahaha...padahal tu dah adat permainan..

ok2..

cerita ni standard cerita hooligans la..macam green street..football factory..the firm..cuma beza nya asas cerita ni adalah pasal cinta,pengorbanan, persahabatan..apa yang menarik part gaduh cerita ni boleh tahan bagus..real,x berapa nak gore..cuma watak2 pelakon die tu yang bagi aku spoil juga la..karektor tak hidup..hehe..lagu background x best..senang cerita aku tengok cerita ni pasal nak tengok scene gaduh je..haha..tapi tulah..aku rasa director cerita ni memang bersikap liberal..apa yang ditonjolkan pada watak hero & heroin ni seperti seorang yang beragama islam,tapi minum arak..yang heroin nye rileks je ada tattoo..gaduh sesama sendiri..racist..cinta yang tiada batasan..dendam..hmmm sesuatu yang memang realiti dan mungkin positifnya mahu perubahan dan teladan disebalik semua yang ditonjolkan.

ok pastu skrip cerita ni sempoi abis..aku suke bahasa "anjing" nya yang memang dari mula cerita sampai abis diorang guna..masa Rangga ngan Desi mula-mula jumpa pun guna ayat ni "persija anjing"(Jak is dog) kata Desi, pastu Rangga balas "Persib Anjing"(Viking is Bitch)..masa ni diorang tengah peluk nak bercium.(?)

pastu skrip scene ni pun best bagi aku...scene lepas kawan Rangga kena belasah sebab yelah line panas Rangga pergi kawin lari ngan adik geng Persib (Viking)...

" Ga,Hey.Cinta Lu absurb gen, ah sumpah benar-benar abstrak lu! lu lihat gen, mana ada sih,orang lain jatuh cinta sampai bikin org lain balut-balut kayo gini!(luka kena belasah)lu pikir lu romeo?lu pikir Jakmania sama Viking tu montague dan capulet apey?"...hehe

Sapa yang fanatik kelab bola sepak patut tengok cerita ni..
terutama fanatik kelab bolasepak kelantan.
Harap pengarah cerita Budak Kelantan buat lanjutan cerita Budak Kelantan
mungkin pasal hooligan bola sepak kat sana ke?
hehe..

Selasa, 17 November 2009

review tak habis

aku google pastu terjumpa ada orang review pasal band TOXICTOY..

tapi kenapa dia review tak habis?huhu..
aku pun tak faham..tuan die je yang tau..

ni antara review yang die buat..sumber dari :
http://resaksaksemacamberuk.blogspot.com/2009/11/ulasan-tidak-rasmi-mengenai-band.html


Apa pun terima kasih.

ulasan tidak rasmi mengenai band : TOXICTOY feat review gig NUFAN

Sebenarnya aku dah lama tak dengar secara tegar lagu-lagu pangrok ni.
Lepas aku start secara serius dengan band aku, secara tiba-tiba corak pendengaran lagu-lagu yang aku pilih lebih ke arah satu genre.Lebih-lebih lagi banyak band yang konon-kononnya pangrok muncul dalam mainstream dan buat konsert(band luar);menambah lagi pengikut-pengikut 'pangrok' yang rasa itu yang paling 'pangrok' mereka pernah dengar.
Aku jadi poser pangrok sampai la ke tahap aku tak dengar lagi album coaster nofx tu.
tetapi semuanya berubah masa gig no use for a name...(macam cerita kisah benar)


_________________________________________

Pada saat aku dapat berita no use main kat kl aku terus contact abang-abang aku,
tanya maw pergi ke tak; sebab abang-abang aku dengar no use dan band2 yang seangkatan macam tu, dan pada aku ni la masanya nak lepak lagi sama-sama sebab time raya aritu tak puas lepak ramai-ramai satu family.
Time raya hari tu aku confirmkan berapa orang nak pergi n terus beli tiket presale dengan adik abang dozo. Punye la susah memikul tanggungjawab memegang duit dan memastikan semua recruit setuju, tapi at last selesai,aku rasa lega dan berkarok dekat 2000 dengan hati yang tenang.

___________________________________________

Pada hari gig no use tu, macam biasa gig start lambat sedikit dari yang tertulis.
Biase la, crowd pun datang lambat macam mana nak start gig, kesian pulak nanti band yang main mula2 ye tak?
band first main aku tak dapat tengok sebab tunggu kawan, masuk pun dah last song rasanya, tak silap aku band Dosound la. Lepas tu baru la band Toxictoy(kalau aku tak silap, aku tulis review ni lambat sangat aku dah lupa, hahahaha), first time aku tengok band malaysia yang bawak ala-ala pangrok jepun, macam hi-standard ada, macam nofx ada, aku seronok dengar. tapi tengah aku layan baek punya, tiba-tiba ada suara cakap....




review bersambung...<--------------kenapa plak(???)

Isnin, 16 November 2009

sesiapa tolong jelaskan.


Aku adalah peminat movie gore.
baru tadi aku tengok cerita horror gore jepun bertajuk "SUICIDE CLUB" a.k.a "SUICIDE CIRCLE" (2002).cerita ni dah lama..tapi aku baru nak tengok pasal baru tau pasal cerita ni..
Sesiapa dah tengok cerita ni?sebab aku memang sungguh termisterius terhadap cerita ni!!
sungguh pyscho.x faham.karektor yang keluar masuk.tapi sangat impak.Apa yang paling menarik pasal cerita ni adalah "opening scene" dia..memang epik dan mass gore!dengan soundtrack muzik kanak-kanak yang riang,macam lagu tadika,seperti menunjukkan yang bunuh diri itu tersangatla mulia!hehe....OK cerita ni cerita indiependent dan telah memenangi "Most Ground-Breaking Film" di Fantasia Film Festival (2002).

ni opening scene yang aku maksudkan..tengok video nih!



plot-plot bunuh diri memang banyak bagi idea la kepada anda yang nak bunuh diri tu..hehe..jangan takut mati ya..just do it!hehe..

opss!jangan terpengaruh..ok harap sapa-sapa yang dah tengok cerita ni boleh tak cerita kan details..sebab aku memang tak faham dengan kepala otak director kontrovesial " Sion Sono" ni..hehe..He's so goreist!..ada juga sekumpulan POP GROUP yang sampaikan lagu mesej suicide yang memperdayakan sampai orang dengar boleh bunuh diri..entahlah..yang paling pelik geng-geng budak kecik pulak tu yang pyscho...pastu ada plak mamat gothic poyo,ingatkan dia yang mastermind..pastu..terus dibiarkan misteri..camne cerita ni boleh menang Awards eh?huhu..xpe nanti aku tengok prequel/sequel seterusnya.."Noriko's Dinner Table"...(lagi banyak menang awards cerita nih) Arahan Sion Sono.


Khamis, 12 November 2009

Hari ni esok hari semalam

Hari ni


jam dah pukul 2.35 pagi...macam biasa tak boleh tido..
baru lepas layan movies Jennifer's Body lakonan Megan Fox..bekas awek aku ni pandai berlakon...mmm jap..xde la best sgt berlakon,tapi kira berani la bawak watak antagonis yang mana aku rasa masih kureng..hehe jalan cerita..mmm bagi aku still BOSAN pasal cerita yang boleh dijangka..bab horror pon kureng..cuma yang membuatkan orang nak tengok cerita ni pun aku rasa sebab Megan Fox la..hehe..She's Hot!!

Dan lagi sekali, aku suke dengan soundtrack dalam movies yang best-best..so aku rasa nak teruskan tengok citer ni pun sebab background Muzik nya yang ok la..ada band ni nama "Low Shoulder" lagu die "Through The Trees" memang jadi anthem la dalam citer ni..ala-ala macam "One Republic"..tapi sikit dark and emo..nice la..nanti aku nak download lagu tu..ada satu scene part dalam citer ni..band ni(Low Shoulder) nak naek(famous la) tapi die kata kena ada satu cara nak bersaing ngan band-band indie lain.."kalau tak buat single killer song, tak masuk dalam show David Letterman, Band ko boleh pergi mampos la!!""hehe..so kami fikir ada satu cara nak naek kan Band kami iaitu mintak pertolongan SYAITAN!!"..lepas tu die pun sacrifice Jennifer(Megan Fox) ni kat Setan..ok this is the trailer..


Esok
hmmm..aku kena gak tido nih..esok ada sambungan kursus "Dreamweaver CS3"..makan Free lagi la..hehe..
Hari Semalam
semalam sibuk dengan Event AKNC kat PTAR 1..aku kena wat poster & brochure..huhu..nasib Video tak kena buat,ada ke letak aku jadi AJK video..minggu ni minggu kerja..banyak lagi keje bakal menimpa aku..tak pegang gitar la..huhu..

Ahad, 8 November 2009

Jamming as my exercise?

Hehe..entah mende tajuk, aku pon rasa cam best jer..
xpe2..aku baca shout mix..hei JOe..nak aku tulis pasal ko ke tuk x BOSAN?hahahahha
(u are some bunch of business-shit i think..not a blogger)xyahla..aku bukan kenal ko..
naahhh..forget that!

Malam tadi lepas jugakla lepas geram ke rindu?hehehe dengan jamming..with toxictoy..
practice make perfect lagi pun..siangnya gigs dah la cancel..tapi sayang aku x sempat nak belajar lagu baru dari ken ronn..jamming pun sempat la rehearsal part intro jer yang aku bikin..ntah ok ke tak ye ken ronn?hahahah hopefully ok!

semalam jamming kat Galeri, Ampang..with new look..rasa best gak la..beza pon sket jer ngan yang lama..tapi studio B die aku x sempat tengok rupa die..mestilah dah upgrade ni..mesti dah x barai kot..pasni..hehe..

ok dalam kul 2.30 pagi abis sesi jamming..then say goodbye to ken ronn,nama,bulat,amert,salman...damn..dah lewat ke ni nak ambik baju Always Last kat Shah...huhu...sori..

Jumaat, 6 November 2009

Khamis, 5 November 2009

OST 500 Days of Summer

500 Days of Summer.
citer jiwang ke?..Mestilah!
Aku baru lepas tengok cerita ni..Apa layan Punk Rock xleh tengok citer ni ke?hehe.
ok jugalah jalan ceritanya tapi sedikit membuatkan aku teringat movie my Sassy Girl citer korea tu...pasal si Summer watak dalam citer ni lakonan Zooey Deschanel agak gila-gila sikit..ada ke sebut PENIS kuat2 masa dorang dating kat taman..hehehehe.. pastu citer ni banyak pasal muzik jugala..dorang ni suke muzik yang sama iaitu The Smiths..

ok kat sini aku just nak share OST 500 Days of Summer..sebab aku sukekan lagu-lagu dalam movie ni..

"I love the Smiths," Zooey Deschanel enthuses during the early moments of (500) DAYS OF SUMMER, thus setting the stage for her relationship with Brit-pop fanatic Joseph Gordon-Levitt. With music playing such an integral role in the storyline, it's refreshing to see that the accompanying soundtrack does its job well, distilling the characters' record collections (not to mention the movie's quirky, nostalgic ambience) into one eclectic tracklist. Regina Spektor contributes two songs to the mix, but the Smiths are awarded the most screen time, performing two songs ("There is a Light That Never Goes Out," "Please, Please, Please, Let Me Get What I Want") and providing the source material for a swoony cover song by She & Him. Another Smith -- the whimsical singer/songwriter Meaghan Smith -- delivers one of the album's most poignant moments with "Here Comes Your Man," a tune that holds it own amidst a collection of folk classics and Brit-pop hits.

sedut!
www.mediafire.com/download.php?0tijykmk3yz

Sexy Synthesizer on my stereo!!

Hi there....dari semalam aku asyik melayan lagu dari group 8 bit japan ni : Sexy Synthesizer..
lama dah x dengar alunan vacoder voc..duo ni ala2 ymck tapi more trance..walaupun gigs Toxictoy semakin dekat dengan tak berapa prepare nyer..yelah ken ronn datang KL pon hari jumaat..maknanya malam esok baru la nak jamming, practise, pastu esoknya dah performs..hmmm takpe-takpe dah pro kan..hahaha poser betul!

ok right now lets 8 bit!!



PV di atas ni dari album dorang yang di bawah ni :



sedut-sedut :
www.mediafire.com/?mmnnditmjhw


sumber download ini dari blog www.musicnes.blogspot.com/

aku just sharing.

Rabu, 4 November 2009

Adakah benar Toxictoy on Tour??

Nervhous "Struck A Nerve Tour" 2010!
Most of these dates are still tentative...

December: 12/12 -Kuala Terengganu - AL, Toxictoy, DDT, Sleepyjeremy, etc.

January: Rembau - Skunkfix, DDT, AL, etc.
Melaka - AL, C14, etc.

February: Temerloh/Jerantut - Soul Savior, Toxictoy, Skunkfix, AL, etc.

March:Johore - C14, AL, Sleepyjeremy, Sallyfaerie/Batu Pahat - Toxictoy, AL, Sally Faerie/Singapore - AL, Toxictoy, Skunkfix, etc.

April: Kerteh - SNB, TIM, AL /Kuantan -

May: Sg. Petani- DDT, SNB, TIM, Toxictoy, PKG, Last Strive & Penang - Skunkfix, AL

June: Sabah - DDT, AL, Skunkfix, Toxictoy/ Ipoh - Brayok/Soul Savior, C14, AL

July: Bangkok- DDT, AL/Kuala Lumpur - ...

November: Indonesia?

short form:
AL-Always Last, DDT - Dum Dum Tak, SNB - Stick No Bill, C14 -Carbon 4 Teen

if you are from any of these places, and can help us arranging/booking gig venues and equipments at your place, do text :
nizangmosh@gmail.com
www.myspace.com/nervhous

Ini adalah sumber-sumber dari nervhous records..
future planning maybe?project mega maybe?
hehe..hopefully ok start kod C maybe..
"maybe someday someone will kick your ass"?(Toxictoy "STAB" lyrics) maybe..

just wait..No!.can't wait..

intro

damnn...Aku masih tak konsisten dengan intro yang aku nak buat ni..
ni baru lepas give up dengan gitar..

tadi tengah mencari intro yang sesuai untuk dimainkan hari sabtu ni nanti..

Adakah aku nak ciplak HI-Standard nyer intro?GUMX?
atau nak buat standard jer start ngan E..

hmmm maybe aku nak buat ala2 Pennywise jer kot..oldschool

blur2..
Any suggestion?



ni gambo masa tribute to Hi-Standard..apahal aku upload?ntah.ler!lantak aku ler..haha

Selasa, 3 November 2009

Fixed For A Ride

hi..kali ni aku nak share apa yang aku dapat masa jumpa Mohsein tu hari..die memperkenalkan kat aku satu aktiviti yang best..iaitu fixed-gear bikers/riders..alamak ketinggalan zaman tul aku..mende ni xde la baru sangat,dah lama da.,aku jer yang taktau.

apa tu fixed gear riders?
yang aku faham la dari cerita dan kitorang sama2 tengok dari youtube, geng ni main basikal yang menggunakan freewheel mati..sebab tu dia panggil fixed gear..pastu penggunaan basikal yang sangat minimal..takde break..ada la skill dia nak break..memang nampok pelik,tapi cool!hehe tak caya tengok kat youtube..taip fixed gear riders..so mereka menggunakan basikal ni dengan bebas dan berkonsep kan lantak ko lah kalau ko dah terlajak.. apa yang ko perlu buat hanya do some tricks dengan aksi yang paling ekstream bior nampok lagi thriller..haha..

mana asalnya menatang nih?
ok kat sini aku malas nak taip..aku just copy paste jelah eh..(tapi dalam englishla hahahaha)

It all began in New York, where the traffic was so bad that it was easier to ride a bicycle to get from one block to the other. New York bike messengers found that the fixed-gear track bicycles were perfect for the surface conditions in the city. Unlike the modern bikes a fixed-gear (fixie) bike is very minimal; no gears or brakes making it incredibly lightweight. What was a necessity in past has now become a hobby for hipsters all over the world including UK, Japan, Thailand and now, Malaysia.

ada ke fixed gear riders kat Malaysia?
Mestilah!..ni antara geng2 fixed gear riders sekitar KL
lebih lanjut aktiviti dorang pergi ke blog dorang :

www.klfixed.blogspot.com


Ada sapa2 yang berminat nak jadi fixed gear riders?
hehe,dapatkan la dulu basikal ni..aku tengok kat mudah.my ada gak orang jual (secondhand) around rm500-600 camtu..x pon korang guna je basikal tua atau basikal sapa-sapa..
tapi dengan syarat!!
sila buangkan break basikal dan pakai freewheel mati ok!!

k have a nice day!

Isnin, 2 November 2009

Toxictoy next show At Youthsquare,Stadium Bukit Jalil


Tet..Tet..tetiba bunyi sms handphone aku..aku bacala
" Amacam sabtu ni boleh ke? "dari Namo
mmm?apa dia ni...aku pun reply kat dia
"boleh apa Namo?"
"Toxictoy men gigs kat Bukit Jalil Sabtu ni"Namo
oh..aku dah terlupa!Toxictoy ada gigs!aku pun reply
"boleh ajer!"
"ok set!"Namo
Aku pun mintak details kat dia..pastu dia suh update flyers kat myspace Toxictoy..
so ni lah flyers dia..dengar dari Namo yang kawan kitorang band Geng Gemok Keji yang invite kitorang..Thanks yea GGK!

FREE ENTRANCE.
datangla ye nanti siapa-siapa yang free..
jom tengok band Asna,Geng Gemok Keji best tu.
tu jer la yang aku tau hehe..

ok apa pun see ya this Saturday!

Ahad, 1 November 2009

Kenduri Kahwin Zul & Shuma di SimPunk Renggam..

01/11/2009
Pada tarikh ni Apil, Mohsein, Wong, Pesot, Baji & aku plan nak pergi ke rumah Along(Zul) kat Simpunk Renggam, Johor..tak sangka betul si Along ni dah kahwin..oh,Along ni budak sama blaja ngan aku kat Poli JB..sama course Grafik tapi Class dengan Apil,Mohsein,Pesot & Wong.hari semalam Sabtu berlangsung dah di rumah pengantin perempuan(Shuma)...So Hari ni pagi-pagi lagi dalam pukul 6.30 pagi Apil sampai kat umah aku dengan Yana..aku dengan Mohsein atau Musang baru bangun..hehe..Sori Apil, kena tunggu..(padan muka!)haha... pastu isi minyak kereta..tapi si Wong ngan Pesot tak jadi pergi sebab hal masing-masing. (Apa da..).yosh! pastu kitorang pon terus je gerak gerak gerak khas!
pastu dalam kete je..baru borak2 kejap aku da tetido..hahahha..ngantuk beb!..sambil budak ni duk layan lagu Always Last, ToxicToy, Senandung Pawer Kord...aku terus je bantai nak sambung tido..x puas tido kat umah tadi..borak ngan mohsein sampai kul 4 pagi..mana tido sangat!..pastu aku sedar jer rupanya budak-budak ni berhenti jap kat RnR Pagoh..pekena Sarapan..jalan-jalan cari sarapan...lalalalalala~memang lapar pon, sepanjang perjalanan tadi usha signboard tengok banyak iklan makanan jer..mana leh tahan..
kitorang makan ni je kat RnR tu..Sheedapppaa


Sebelum nak sambung balik perjalanan layan dulu gambo se due fremm..pawwer!

Pastu sambung perjalanan sambil Apil melalak lagu Jrock!pastu kitorang plan nak kasi hadiah kat Along n Isteri..hmmm nak beli apa ye..bincang-bincang pastu beli la mende nih..siap tulis-tulis sket pastu bungkus kat situ jugak..nasib Yana ada, boleh jadi tukang bungkus!hehehe...baguih2, anak sapa la ni pandai bungkuih hadiah..


ni dekat RnR mana ntah aku lupa da nama dia..beli hadiah kat sini pastu amik gambo kunun-kunun art la..hehehe..budak paling beria sekali=Apil..Art pil a.k.a wajib tayang.
seterusnya!teruskan perjalanan...sarapan sudah,beli hadiah sudah, ambik gambar on the way pun sudah..tetiba Baji call..dia dari JB gerak dan sampai dulu kat SimPunk Renggam..lepas tol tu die tunggu situ..die berdua dengan awek dia..barulah meriah sikit ramai-ramai pergi kenduri kan..dah lama tak jumpa Baji..dulu kitorang housemate masa belajar kat Poli JB..
dah jumpa lepas tol dengan bayaran RM38.20..salam2 pastu gerak cari umah Along..nasib ingat ingat lupa arah nak pergi ke rumah Along ni..akhirnya sampai juga...

nilah gambar-gambar semasa kenduri..tengoklah the making photographer dan 3 orang director..hehehehe wajib tayang.

makan dolu!sesi menunggu pengantin tibeewah-ewahteam Tasaday

lepas dah puas sesi bergambar dalam rumah,lepas ni kitorang lepak-lepak dulu borak-borak lepas tu plan nak suruh Along bergambar kahwin outdoor pulak..
ni lah gambar nya..ada ke sapa-sapa nak rocket?hehe


lepas dah puas beraksi, bergambar, jadik kuli kameraman, orang suruhan kepala tak betul..akhirnya sesi gambar kahwin outdoor pon setel..pastu kami berborak-borak kejap..salam-salam pastu berpisah...
Apil,Mohsein,Yana & aku pon gerak balik Shah Alam...
begitulah trip aku pada hari Ahad..
pergi kenduri kahwin Along kat simpunk Renggam.

Kepada Along, Tahniah aku ucapkan,
Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal ke Akhir Hayat...~~